Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Tunngu kes di bilik mediasi mahkamah sambil tambah ilmu |
Alhamdulilah, akhirnya saya ada pengalaman mengendalikan mediasi di mahkamah majistret. Biasanya, mana-mana kes-kes tuntutan sivil yang dibawa ke mahakamah akan secara terus ke bicara.Tetapi proses mediasi yang ditawarkan adalah peluang yang terbaik untuk pihak-pihak bertemu muka bagi membincangkan penyelesaian dan titik pertemuan masalah mereka.
Dan ini adalah kali pertama saya bawa kes mediasi seorang diri dan menjadi pengerusi mediasi di mana pertemuan di antara pihak plaintif, defendan dan peguam defendan .Itupun setelah dipujuk oleh peguam defendan untuk jadi pengerusi.Saya teruskan sahajalah. Redah dan kena berani. (Maaf, fakta kes saya tidak ceritakan yea-binding by Personal Protection Act). Cuma saya akan kongsikan bagaimana proses mediasi dijalankan supaya saya juga tidak akan lupa tentang prosedurnya dan ianya berdasarkan pengalaman peribadi saya sahaja.
Gambar di atas ini adalah gambaran bilik mediasi yang disediakan oleh pihak Mahkamah, dibahagikan mengikut huruf A,B, C dan seterusnya.Dalam bilik tu ada meja dan kerusi untuk hakim, plaintif dan defendan.
Persediaan Peguam Plaintif Defendan, pastikan tahu fakta kes, bukti-bukti yang dibawa, jumlah tuntutan dan segalanya tentang kes itu.Kalau boleh, Master the knowledge on that file.Means, secara menyeluruh.Kira macam dah boleh hafal fakta kes, bila peguam lawan mengutarakan apa-apa isu pun, pastikan bersedia untuk balas balik, dan ianya disokong dengan bukti yang ada.
Sesi pertama, peguam plaintif dan defendan akan dipanggil hakim di dalam mahkamah tertutup atau bilik mediasi (seperti gambar di atas) untuk menceritakan fakta kes dan isu-isu kes.Segala isu-isu yang dibangkitkan dan masalah yang timbul akan dibincangkan di sini.Hakim akan jadi pengerusi proses mediasi dan mengenal pasti tawaran yang diberikan oleh pihak-pihak bagi menyelesaiakn kes tersebut.
Sesi kedua, plaintif (yang menuntut) pula di panggil hakim di dalam mahkamah tertutup atau bilik mediasi .Plaintif akan secara terus menceritakan kepada hakim apa yang dituntut olehnya, dan kenapa dia menuntut.Hakim juga akan mencadangkan jika plaintif boleh menerima tawaran defendan atau tidak.
Sesi ketiga, Defendan (yang kena tuntut) dipanggil masuk oleh hakim di mahkamah tertutup atau bilik mediasi.Melalui proses yang sama, menceritakan fakta kes dan tawaran-tawaran penyelesaian (jika ada) kepada pihak plaintif.
Rehat sekejap di bili mediasi, sementara menunggu turn. |
Sesi keempat, peguam plaintif dan defendan pula dipanggil masuk sekali lagi.Diterangkan oleh hakim tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak, dan tawaran penyelesaian yang ada.Maka di minta oleh hakim, supaya pihak peguam duduk bersemuka dengan anak guam masing-masing di dalam satu bilik.
Sesi kelima ,maka di sinilah, peranan peguam untuk mempengerusikan, dan menyelesaikan tawaran-tawaran penyelesaian yang ada.Kemudian setelah mendapatkan tawaran penyelesaian oleh pihak-pihak dan mereka menerima dengan hati terbuka.
Sesi keenam, kesemua pihak iaitu peguam plaintif. peguam defendan, plaintif, defendan dan hakim akan bertemu sekali lagi di mahkamah untuk merekodkan persetujuan penyelesaian di antara pihak-pihak.
Fuh!lama juga rasanya, dah macam marathon dah rasanya. Tapi proses ini akan berjalan lancar jika pihak-pihak ada tawaran penyelesaian.Jika tidak ada, maka bicara penuh akan dibuat.Lagi susah, sebab memakan masa dan kos yang tinggi.Bicara penuh biasanya berhari-hari dan bergantung kepada saksi yang ada.
Tetapi apa yang saya tak boleh lupakan di sini, tunjuk ajar dari peguam senior, tentang "art of trial" dan "art of mediation".Ada skill tersendiri yang berkarisma.Terima kasih En Aznel ,Mr Stephen , Kak Azni.Jasa mereka akan dikenang kerana sudi menambahkan ilmu buat saya yang kecil ini.
Terima kasih Allah atas segala pengalaman dan pertolongan yang Engkau berikan secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses mediasi sehingga ia berjaya.
Nota Naluri:
Apa-apa pun kerja yang kita buat, jangan lupakan DIA (Allah swt).