2/21/14

Target Januari 2014 Accomplished!

BY humble.yat IN , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdullillah.Misi 2014 tercapai.


Kecintaan dalam dunia jahitan, diteruskan dengan misi pertama , iaitu membeli satu mesin jahit baru.

Cadangan Zauji pada awalnya mesin Jahit JUKI. Guna mesin jahit JUKI waktu pergi belajar jahit jubah.Tetapi bila bertanya pada kawan-kawan yang lain, kata mereka, Portable Singer Heavy Duty pun dah sama macam JUKI. Dan model mesin jahit ini adalah yang terkini, dan yang penting mampu milik, setelah menabung.Lama tau memendam nak membeli ni.

Beria-ia tengok kedai jahit tu sama ada dibuka atau ditutup pada tahun baru.Kebanyakan kedai pada hari cuti am ditutup.Macam mission imposibble pula rasanya bila asyik mengintai kedai membekal alat jahit ni. Akhirnya


Aina pun dapat mesin jahit musikal mini juga.Percuma dengan pembelian mesin jahit Singer Heavy Duty.Suka sangat.Bila ada mesin jahit ni,bertambah la angan-angannya.

Kelebihan mesin ini ianya mungkin lebih lasak berbanding model lain, sesuai untuk kain yang tebal.:-)

Yang ni macam Aina punya, buka laci, terus bunyi lagu..ada juga komponen yang berpusing , jarum, dsb

Maka,misi kedua saya menjahit jubah abaya!zauji target saya dapat siapkan tiga helai jubah sebab nak bagi mesin jahit tu tidak berhabuk.Jangan membazir katanya.Gunakan semaksimum mungkin.



Alhamdulilah dapat siapkan 3 jubah abaya walaupun dalam kesibukan yang ada.:-)Untuk saya dua helai, versi nursing  abaya, berzip di depan, dan satu lagi abaya lace adik.:-)

Bulan ini, saya nak siapkan 4 jubah abaya lagi, untuk saya, dan ada juga tempahan dari kawan-kawan.


Misi ketiga-ILHAMNA VISION sudah berdaftar di SSM.Tetapi business card, logo, invois, resit dan sebagainya masih dalam proses.Doakan rezeki kami ye.


Oh lupa nak update, saya juga wakil pengedar sah ANA EDAR SDN BHD, asalnya sebagai pengguna QASEH GOLD ADINDA , KEKANDA & JUNIOR.Tetapi kerana keberkesanannya, ambil manfaat sebagai pengedar sah di samping memartabatkan ekonomi ummah.

Tak sangka saya dah dapat bonus saham pertama walaupun baru sebulan menjadi pengedar.Takdelah serius sangat menjualnya, hanya sekadar berkongsi dengan kawan-kawan dan masing-masing mendapat manfaat di samping mengamalkan pemakanan sunnah.Semoga rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan dariNYA.Ameen!



Ada satu impian besar lagi.Menunaikan umrah/haji....Semoga dipermudahkan walaupun dalam kesibukan yang tidak pernah putus.Amin!

Apa lagi, jom join takaful haji bersama saya..:-) dan nikmati manfaatnya..

4 inspirasi naluri :-):

SalwaYusra said...

xtau camne nak komen, jumpa jugak kotak komen...waaah, yati suka menjahit ke? bagus tu..bnyk leh jimat bila jahit sendiri..teringin plk beli mesin jahit. skrg bnyklah masa nk jahit, dh stat keja smula ahai rsnya berabuk je mesin jahit sy

ieza ashaari said...

Yati!!! Za pn teringinnnn sgt nk mesin jhittt!! Brp ringgit jnis ni? Tp za xpndai jhit sgt..idaman sgt rsa ni..wah,aina pn ada ye..

humble.yat said...

salwa:
wah terima ksih sebab dtg komen..lepas ni rancak lah kita..saya tak laju sgt update blog berbanding dgn salwa..tapi seriusly seronok bc pengalaman salwa di negeri org...

suka sgt..klu tak keje..ada byk masa, mesti say nak menjahit je..ikut mak la ni hehe :-)

humble.yat said...

ieza:
za, belilah..belilah...takpe. tak reti menjahit, boleh belajar menjahit, daha ada mcm2 kelas skrg...just join je..

mesin jhit rasa dlm rm1+++, beli cash..hasil menabung...tap boleh juga buat instalment..survey je tempat singer...

a, ah aina ada, version musical box hehe:-)