4/9/14

Aina dan HFMD

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Bagaimana nak mulakan entri ini.Sebagai catatan kami catatan untuk kami kenang sampai bila-bila.

Dalam kesibukan yang sangat-sangat di Bulan Mac ni, iaitu 12-16 Mac 2014, kami diuji dengan kesihatan Aina, iaitu HFMD (Hand, Foot Mouth Disease), penyakit berjangkit sederhana di kalangan kanak-kanak.Cuti EL tiga hari non-stop sambung Sabtu dan Ahad.

Al-kisah, pada mulanya Aina demam, kemudian dia tak nak menyusu, tak nak makan.Dalam erti kata lain, perut dia kosong.Risau masuk angin atau kembung perut.

Nak susukan,dia pun tolak.Masa tu dramatik juga sebab dia lapar tapi dia tolak balik sambil menangis yang beria-ia.Tak pernah lagi dia macam tu.Rasa pelik juga.Tapi terus pujuk dia.Akhirnya dia menangis tersedu-sedu sampai tertidur.Sedih sangat.Tak pernah lagi dia tidur dalam keadaan macam itu.Biasanya wajib peluk umi, dan tangan atau kaki dia mesti mengulit Abi.Pendek kata bila dia nak tidur malam, umi dan abi wajib ada kat sebelah dia.Siang hari kami sibuk bekerja, bila malam, inilah masanya kami curahkan kasih sayang kami.

Hari kedua Aina demam. Bila nak basahkan kepala dan badan dia (masa ini tak nak makan ubat), saya perasan ada bintik-bintik merah pada siku dia.Berdebar jugak.Tapi saya basahkan juga  kepala dan badan dia sebab nak redakan demam.

Susu, air, makanan memang langsung Aina boikot.Nampak juga air liur meleleh dari mulut dia.Mungkin ada gigi geraham bawah ada nak tumbuh.Jadi, saya biarkan.

Petang tu, Abi Aina belikan "honey dew" untuk Aina.."Honey dew" ini antara buah kegemaran Aina.Mesti dia tak tolak.Abi potongkan buah tu, tapi Aina tetap tak nak. Akhirnya saya blend buah tu, buat macam jus buah. Alhamdulilah laju dia minum,memang nampak dahaga sangat-sangat.Masa tu saya bagi dia makan banyak, sementara selera dia masih ada untuk elak perut kosong dan dehidrasi.

Sambil-sambil tu saya pujuk Aina, "Aina, tempat mana yang sakit, cuba tunjuk kat umi? kalau sakit kat tangan, tunjuk tangan, sakit gusi, tunjuk kat gusi..kalau sakit perut, tunjuk kat perut"..Maklumlah Aina tak pandai bercakap dengan lancar, jadi saya guna kaedah tu.

Ulser

Tiba-tiba Aina tunjuk pada bibir bawah dia.Oh ada ulser , lebih kurang tiga biji, pada lidah ada 1 biji, bawah lidah ada satu.Terkejut saya. Patutlah dia tak selera nak makan.Jadi saya guna petua aiskrim pada ulser, untuk bagi dia terus selera makan.Alhamdulilah menjadi.Seronok tau bila tengok dia makan.Tapi masa ini,saya guna "reversed psychology" kononnya, saya minta semua makan aiskrim, sebab Aina ni suka makan berkawan.Bila dia tengok semua makan aiskrim, dia pun teruja sekali.Memang saya yang paling teruja bila tengok dia selera nak makan.Lega pun ada.Alhamdulilah.

Hmm..tapi masa nak mandikan dan pakaikan baju, saya nampak lagi bintik-bintik merah pada lengan, kaki.Ok. mungkin HFMD, cuma tak heavy je.Maka, saya buat keputusan, kalau bintik-bintik tu mula berair macam melepuh, terus ke hospital untuk "HFMD confirmation".

Apa yang saya tahu, HFMD memang tiada penawar, dan ia akan berkurangan setiap hari.

Alhamdulilah Aina Syafiyah sekarang dah sihat, kembali cergas dan makin pandai.

Kenangan yang terpahat

Aina selfie-version..:-P
Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan, bila Aina rasa sakit, dia akan baring, menangis dan berguling-guling.Diangkat pun tak mahu.Puas kami pujuk.

Masa nak tidurkan dia.Selalu tertidur sambil menangis.Ada satu ketika tu, untuk redakan tangisan dia, kena bawa jalan-jalan dengan kereta dan akhirnya tertidur atas riba.Abi bawa kereta sampai ke Sungai Soi, Indera Sempurna.Nak tidur dalam air cond kereta sambil pandang langit agaknya.

Hmm.. satu lagi, dalam tempoh dia HFMD, Aina ada menangis lebih kurang hampir 1 jam lebih tanpa henti.Apa lagi, kami cuba cari bantuan dari aki Aina.Tapi tak berjaya juga.Bacaan Al Quran 3 Qul, Ayatul Qursi dan selawat juga tak henti henti diperdengarkan.Tapi tak berjaya juga. Kami juga basahkan Aina dengan air wudhu untuknya.Tenang sekejap.Kemudian sambung balik menangis.Akhirnya aki Aina cadangkan berjumpa Pakcik Din untuk membuat air tawar untuk Aina.Aina masih menangis.Tapi bila siap, dan pandu balik rumah, akhirnya Aina tertidur atas riba saya di dalam kereta selepas saya bacakan azan di telinganya.Alhamdulilah, malam tu Aina tidur lena sangat sampai ke pagi.Leeega sangat.Alhamdulilah!!

Minta Air

Bila Aina bangun dari tidur, dia ada minta air.Rasa comel sangat dengar suara Aina minta "Umi, Air....".Laju-laju, saya bagi dia air tawar untuk diminum, habis juga dua gelas penuh.Syahdu tau.Aki dan tok Aina ada juga ziarah pagi sabtu bawa roti kek untuk Aina.Aina buka dan cubit sikit untuk makan, dan kata "Mmmm...dap.." Aina, sejuk hati umi dengar tau.Pandai ambil hati aki dan tok yek.

Dan sebenarnya, satu nikmat yang tak ternilai, bila Aina nak menyusu kembali dengan saya, bila melihat Aina mengunyah makanan dengan selera, bila melihat Aina tersenyum gembira.Memang rasa sebak dalam hati.Hanya Allah yang tahu.

Alhamdulilah dan syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang diberikan.

Nota Naluri:
Teringat kata-kata seorang ibu yang mempunyai anak yang sedang menderita sakit.Katanya, "biar hidup tak senang, janji anak sihat".Saya setuju sangat dengan pendapat tu.Nikmat sihat adalah nikmat yang tidak ternilai , dan tanda kasih sayang Allah swt.

1 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

Rasa nak nangis baca. Aina walaupun cik ieza tak pernah jumpa kamu dgn umi kamu, acik rasa dekat dengan kamu. Sentiasa sihat ye Aina sayang.

Yati, Darwish baru recover dr batuk. Jangkit dr ayah dia. Bila dia nangis,dia tarik nafas, betul2 mcm org bsr sakit dada. Seriously, za nangis. Betulkan, biar tak kaya asalkn ank sht.