7/6/15

Umrah : Antara Dua Umrah & Ziarah Luar Mekah (Part 4)

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

***Catatan ini sebagai kenangan dan dijadikan panduan untuk masa akan datang, Semoga bermanfaat!

Antara Dua Umrah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ﴿العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ
 إِلَّا الجَنَّةُ


Dari Abu Hurairah r.a berkata, Sesungguhnya Rasullullah s.a.w bersabda, “Umrah satu ke Umrah lainnya adalah penebus dosa antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain Syurga.” 

Bawah Andalusia, ada pakej tiga kali umrah bawah mutawwif dan umrah keempat adalah opsyen sendiri, sama ada mahu atau tidak. Mutawif pesan, sesiapa yang ada umrah nazar, umrah untuk orang yang meninggal, boleh dilakukan bagi umrah kedua dan seterusnya,Saya ni mampu buat tiga kali sahaja.Sebab nak fokus untuk ibadat sunat di sana.Mahu tampung amal ibadat yang ada.huhu

Bagi umrah kedua dan ketiga dilakukan pada hari biasa berbanding umrah pertama pada hari Jumaat yang sentiasa sibuk di sana. Jadi ia memudahkan kami melakukan umrah. Sebab sebelum ni dah bersesak-sesak kan.Mau tak letih.But, the best part, ia buat kami jadi kuat mental dan fizikal sebab dapat yang sukar dulu.hehe.


Suasanaa di Masjid Tana'im
Umrah kedua, kami bermiqat di Masjid Tanaim.Masjid ni antara miqat yang terdekat dengan Mekah. Sampai masjid, solat tahiyatul masjid, solat sunat ihram. Bagi "lollipop"pada Aina. Baru boleh solat hehe. Cari tempat solat yang senang nak pantau anak.

Di luar masjid, sibuk sekali orang Arab sebut "Haram! Haram! Haram!" Ingatkan pasal apa, rupanya mereka merujuk kepada Tanah Haram.Sesiapa yang berniat nak menunaikan umrah, boleh guna perkhidmatan yang disediakan mereka.Tapi bagi kita, lebih baik ikut jemaah dan berpakat dengan mutawif kan.



Aina dah tertidur selepas habistawaf umrah kedua kami..
Alhamdulilah, Allah swt sangat memudahkan perjalanan kami, kesihatan kami sepanjang berada di di Tanah Haramain. Umrah yang berikutnya kami dapat bertawaf sambil dukung Aina di Mataf, betul- betul dekat dengan Kaabah. Hajarul Aswad, Multazam macam melambai je kami ni, tapi kena jaga bahagian baru kiri supaya sah tawaf. Sebaik habis tawaf umrah kedua, Aina tertidur, Maka saei kami bergilir gilir.Saya dan emak habiskan dulu saie berdua, dan zauj jaga Aina. Kemudian , zauj habiskan saie.Alhamdulilah,Syukur semuanya berjalan lancar.



Miqat ketiga kami pula di Masjid Ja'ranah bagi umrah yang ketiga.Berkejar kejar juga dengan Aina dalam masjid.Drama biasa kami dua beranak.:-P

Umrah ketiga, Aina dah tertidur selepas bermiqat di Masjid Ja'ranah.Makanya, zauj minta saya dan emak pergi dahulu selesaikan umrah ketiga dan dia jaga Aina di hotel dalam keadaan berihram.Bertabahlah zauj menjaga pantang larang ihram yek.Kami pun cuba segerakan supaya masing masing bertahalul dengan segera.


balik solat survey perfume mekah, pak arab ni bagi hadiah minyak attar kat aina..

Hari hari terakhir di Mekah, nampak jemaah lain dah "melontar" ("shopping"). Hajat hati nak juga berjalan kan kot-kot dapat jubah Mekah satu sebagai kenangan .Tapi , bila fikir -fikir, keputusannya dan tujuan utama kami, kami buat ibadat sunat sahaja di Masjdiilharam untuk tawaf sunat, melaksanakan tugasan kiriman doa dari kenalan, menatap Kaabah lama-lama, pergi tempat mustajabnya doa dan seumpamanya,


Aina kena paksa bergambar dengan umi hehe..

Kalau nak hilang lenguh lenguh kaki, pergilah ke puncak bukit Marwah. Duduk berlunjur kaki kat situ, baca doa untuk hilangkan lenguh kaki.Memang hilang lenguh. Aina pun jadi teruja tengok puncak bukit tu dan sibuk juga nak usap batu di bukit tu.Oh ya, saya ada terserempak dengan jemaah lelaki dari mana yek.lupa plak. Katanya kehilangan adik perempuan isterinya hampir dua hari.Nampak kakaknya susah hati dan mencari kelibat adiknya di kesibukan orang bersaie..Semoga Allah memudahkan urusan mereka.

Kalau nak doa untuk perkara keduniaan, pergilah ke Rukun Yamani, tempat kita beristilam, Doa untuk anak, di tempat Siti Hajar berlari lari anak ("kawasan lampu hijau") Siap minta mak doakan saya sebagai anak dia hehe..Saya hanya dapat doakan Aina je la kan?


Suasana di Kaabah, masa ni saya coverline zauj solat.
Multazam, tempat mustajab untuk pengampunan.Allah...Alhamdulilah dapat pergi dengan zauj.Caranya ,bergilir-gilir . Mula mula zauj bawa emak, saya jaga Aina. Kemudian, zauj bawa saya, mak jaga Aina. Masa tu Aina tidur.Tapi kalau dia tak tidur, mesti saya angkut juga dia.hehe.Aina pun memang suka tengok Kaabah, Sayu je mata dia memandang Kaabah masa tawaf,Sekarang ni kalau nampak Kaabah dalam tv,mesti dia pun teruja sekali . Alhamdulilah.




Aiskrim Mekah yang sering disebut>beli dalam mangkuk, sebab tak mudah tumpah
Sepanjang Aina di sini, macam-macam jemaah sana bagi gula-gula,minyak wangi, coklat, usapan di kepalanya waktu dia tidur, merengek.Aina pun dah pandai bagi gula-gula pada rakan sebaya dia di sana.Semoga Aina menjadi anak yang solehah dan taat pada Allah, Itu je yang umi impikan untuk Aina.

Masa lepas tawaf wida tu lagi kelakar, rupanya ada budak lelaki Arab kejar Aina .Waktu tu saya dukung Aina.Rupanya nak bagi gula gula pada Aina .Amboi, Aina ada peminat ke ni.Ingat lagi pada budak lelaki dan ayahnya beria mengejar kami pada waktu tu.Saya tak perasan pun sehingga zauj yang minta saya berhenti berjalan.

Masa nak keluar gate Masjidilharam tu pula, biasanya kami akan melalui petugas perempuan.tetapi hari tu kami melalui petugas lelaki.Siap ambil dan angkat Aina, cium peluk lagi. Itulah kemesraan orang Mekah dan jemaah di sana yang tidak dapat kami lupakan.

Ziarah luar


Di Jabal Nur
Tempat pertama kami ziarah, di Jabal Nur. Dari tepi jalan dah nampak, kawasan agak berdebu sedikit. Aina pun tutup hidung.Selepas itu kami pun pakaikan niqab untuknya, bila melintasi kawasan berdebu.Jabal Tsur, kami  lihat dari dalam bas je.


Di Jabal Rahmah. 
Jabal Rahmah, Tempat Nabi Adam bertemu dengan Hawa,Di dataran bawah tu, pun penuh dengan orang berniaga.Saya stay kat bawah dengan Aina sebab zauj dah laju-laju panjat Jabal Rahmah. Jadi doa kusyuk kusyuk di bawah sahaja . Harapan supaya dapat jadi ketua bidadari untuk zauj..Aamin Ya Rabb Alamin:-)


Emak dah mcam hijabista dah gayanya
Bila zauj dah turun, katanya jangan risau, dia dah doakan untuk kami . Terharu rasanya.Sambil sambil tunggu zauj turun dari Jabal Rahmah tu, sempatlah beli mainan kereta untuk Aina 5 riyal. Inai Mekah, kejar burung merpati dengan Aina. And last, upah aiskrim Mekah untuk Aina, 2 riyal sebab penat jalan dan jadi anak yang baik di sini,


Tempat orang berniaga di Dataran Jabal Rahmah

Lori Aiskrim di Jabal Rahmah

Museum of Two Holy Mosque


Muzium di Mekah

Semua pakat dahaga belaka..;-)
Kat luar muzium tu dah ada tong air zam-zam.Serbu air zam zam dulu sebelum masuk muzium,Kalau nak tengok sejarah Kaabah dulu dan perkembangan Kaabah dan Mashidilharam, boleh tengok di sini.

Baru perasan tapak telaga air zam zam di kawasan Kaabah telah ditutup,Replika telaga air zam zam pun ada di muzium ni.




Masjid Hudaibiyah

Miqat keempat kami, sesiapa yang nak buat umrah bolehlah berniat di sini.Ada tapak asal Masjid Hudaibiyah. Belakang masjid tu ada kedai ke mini market.beli Aiskrim lagi untuk Aina. Di sinilah Perjanjian Hudaibiyah dilakukan.


Tapak asal Masjid Hudaibiyah


Kagum tengok tapak hudaibiyah lama agaknya si Aina ni

Di sini, kami beli kekacang dan kismis buat kunyah-kunyah dalam bas dan bawa balik.Sebab memang tak sempat nak singgah mana-mana kan.





Spotcek aiskrim la tu.
Baru perasan tak ambil gambar pun Masjid Hudaibiyah yang baru. Kekal dalam ingatan sahaja yek.

Gua Hira
Kami tengok dari jauh je. Ada ekspedisi Gua Hira pada waktu malam.Tapi tak pergilah, sebab saya perlu utamakan Aina dulu kan.Kalau tak, teringin juga nak join ekspedisi ni.

Mina, Padang Arafah, Tempat Melontar Jamrah
Luas rupanya tempat ni, Tak dapat nak bayangkan bagaimana jemaah haji berkumpul di sini dengan cuaca panas dan dikeliling padang pasir.Bagaimana la agaknya keadaan mereka yang uzur menunaikan haji ye?Memang sangat perlu kekuatan fizikal yang sangat kuat,Tapi kena ingat,Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita kan,apatah lagi kalau nak mendekatkan diri kepadaNya.Insya Allah.

Tandas pun ada disediakan.Katanya baru dinaiktaraf. Pokok pokok pun dah ditanam. Kalau pokok dah ditaman di kawasan padang pasir ni, ada kisah dan riwayatnya, tentang petanda akhir zaman.Akan ada sekumpulan binatang yang menyerupai monyet akan keluar dari tanah, lalu bergayut pad adahan dahan pokok , kemudian akan menghuru harakan kota Makkah.Wallahualam..Nanti kena cek balik yang ni, sebab katanya dari kitab lama ni..pernah dengar waktu sekolah dulu.

Hari terakhir di Mekah.

Malam terakhir di Mekah, sampaikan hajat kepada zauj, nak tawaf sunat dan ke Multazam.Dalam pukul 12 tengah malam, kami ke sana, merakamkan kenangan malam -malam akhir di sana.Allah sayunya rasa hati ni.Nak ambil gambar pun takde hati, macam rasa terpaksa je huhu

Rasa sayu bertambah bila nak mengemas baju ke dalam beg.Tak nak tinggalkan Mekkah sebab banyak perkara dan ilmu yang saya belajar di sini. Insya Allah, jika dimurahkan rezeki kami akan datang lagi.Sekarang baru tahu perasaan tinggalkan Mekah. Banyak-banyak tempat bercuti sekalipun,Mekkah juga paling kekal di hati.

Semoga kami membawa segala kebaikan amar maruf  dari Tanah Haram dan kebaikan penduduk di sini

Semoga umrah kami,  umrah yang maqbulah.

Insya Allah.

Aamiin.

Maka bermulalah kembara kami ke Madinah, tempat jasad Rasullulah s.a.w disemadikan.

Allahumasolli 'ala sayyidina muhammad...


1 inspirasi naluri :-):

SalwaYusra said...

Umrah maqbulah inshaAllah...