6/26/15

Umrah :Debaran Berihram (Part 3)

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

***Catatan ini sebagai kenangan dan dijadikan panduan untuk masa akan datang, Semoga bermanfaat!


13/05/2015-Bertolak dari Kuantan-KLIA
 kami naik flight dari Airport Kuantan. Aina takut juga dengar  bunyi enjin flight yang kuat, sambil sebut "Allahu Akbar Allahu akbar!" Memang penumpang depan belakang mencari la siapa empunya suara tu. Setelah dipujuk, Aina tertidur sampai kami tiba di KLIA. Seronok dia mengira berapa kapal terbang yang ada. Malam tu kami ziarah di rumah Pak De saya di Cheras, sebab dia akan menghantar kami ke KLIA keesokannya.

"Saya tolak beg saya je yek"..Aina di KLIA sebelum taklimat

Debaran 14/05/2015- Jemputan Allah ke Mekah
Ya Allah, hati tak hilang lagi berdebar.Dah mula mandi sunat ihram siap siap di rumah, solat sunat musafir dan ihram. Mandikan Aina dan niat mandi sunat ihram untuknya.Sebab flight kami direct ke Mekah dulu, Bergerak dalam jam 4.50 petang. Dianggarkan sampai 8.30 malam waktu Mekah, malam Jumaat.

Perasaan bila waktu solat sunat pada pagi tu, ini adalah antara hari terbesar saya lalui, Kali terakhir perasaan macam tu ketika hari pernikahan kami.Tak dapat nak digambarkan perasaan tu macam mana, seolah olah ada sinar hidup baru yang akan menyusul.Insya Allah

adik beradik yang menghantar kami ke KLIA
Alhamdulilah dah sampai KLIA dengan jayanya dan "on time". Kami berpakaian biasa terlebih dahulu.Selepas Jama' Zuhr dan Asar, barulah  berpakaian ihram. Maklumlah pakaian sunat ihram adalah warna putih, Jadi nak elakkan kekotoran dan sebagainya.Tapi akhirnya kotor juga terkena makanan, dan pampers Aina yang basah (sejuk dalam aircond flight SV agaknya). Perkara biasa bila ada anak kan?

Tips: Jika baju kotor terkena najis, jangan panik. Sebab nanti kita akan singgah hotel dulu, jadi sempatlah untuk membersihkan diri dan menyalin baju baru sebelum menyelesaikan umrah (hakikatnya saya pun panik, cuba juga bawa bertenang huhu sebab pertama kali ke sini kan). Cuma kita amalkan sahaja perkara sunat yang dianjurkan ketika waktu berihram.Insya Allah.

Masa sesi taklimat dan  masuk transit KLIA
Tiba di Airport Jeddah
Kami tiba di  Airport Jeddah jam 8.30 malam.Pemeriksaan Imigresen. Cabaran pertama, mengendalikan Aina waktu nak beratur panjang.Bekalan air masak untuk buat susu pun dah habis, nasib baik bawa bekal air kotak untuk Aina.Maka ia membantu.sebab pemeriksaan imegresen untuk lelaki lama sangat.Rasanya kami siap lebih kurang hampir 11.00 malam di sana. Sementara zauj beratur tu, sempat borak dengan perempuan Turki. Katanya, "Malaysian have lot of struggles to arrive to Mekah  for 8 hours". Fuh!

Tips: kalau boleh solat, solat dulu di kawasan transit terlebih dahulu sementara menunggu.Tapi kalau di luar airport Jeddah ada juga surau sebelum menaiki bas untuk terus ke Mekah. Perjalanan dalam dua jam. Banyakkan talbiah dan istighfar.Sebab kita sampai dalam keadaan yang sangatttt letih dan dalam keadaan berihram.Tapi Ustaz yang masa kursus kata, biar nampak serabai, Kerana yang paling serabai itulah , yang lebih afdhal dan mendapat umrah maqbulah.Insya Allah (Saya memang dah serabai dah waktu ni haha) 

Sebelum bertolak ke Mekah, ada orang jual sim kad  di perhentian bas.Tak ingat berapa SR sebab zauj yang belikan.Jadi sebab no Malaysia mahal ye billnya.Guna no simkad di sana lebih berbaloi.Kalau tak silap, simkad Zain rasanya.Tujuan beli, memudahkan komunikasi antara jemaah dan update aktiviti jemaah  kumpulan. Dan jika kami terpisah, ia boleh memudahkan kami berhubung.

Perjalanan Jeddah ke Mekkah mengambil masa lebih kurang dua jam. Mutawif ajak talbiah sama-sama, tapi kebanyakannya akhirnya dah terlentok hehe disebabkan perjalanan yang jauh. Tahu tahu dah sampai ke Mekkah. dalam jam 2.00 pagi Masya Allah..

Kemudian kami check in ke hotel Malak At-Taqwa, lebih kurang 400 meter ke Masjidilharam. Lokasi berdekatan dengan Safwah Tower. Alhamdulillah, dapat yang agak dekat. Kami berehat dalam satu jam dan menunaikan rukun umrah yang seterusnya pada jam 3 pagi, hari Jumaat. Kota Mekah mulai lebih sesak dan padat dengan jemaah dari seluruh dunia pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Syukur kerana dipilih untuk sampai ke Mekah pada hari Jumaat, ketika satu pertiga malam.

Baru sampai di hotel di Mekah, inilah emak saya.Alhamdulilah, cita cita bawa emak ke Mekah dah tercapai..
Tips. Pilih pakej yang direct ke Mekah, sebab itu tujuan utama kita, iaitu umrah.Waktu ihram pun bermula dari Miqat Qarnumanazil, 1 jam sebelum mendarat.  Dua jam perjalanan dari Airport Jeddah ke Mekah. Berbanding perjalanan dari Madinah ke Mekah yang bermiqat di Masjid Birr Ali yang mengambil masa lebih kurang 7-8 jam.

Umrah Wajib
Kami dibawa mutawif kami, Ustaz Reza dalam jam 3 pagi dari hotel ke Masjidilharam. Ustaz bawa bendera Malaysia yang kecil sebagai tanda kumpulan jemaah kami SV14Mei. Kami dingatkan juga, jika kami terpisah (Masjidilharam pada hari Jumaat sangat padat dan sesak) , Ingat jalan Hotel, ingat King Fahd Gate, Jangan jalan seorang diri .Paling kurang jalan berdua.

Sedang kami berjalan, terdengar azan subuh, rupanya itu laungan azan subuh sejam sebelum masuk waktu.Pernah baca di blog-blog tentang Azan Subuh dua kali di Mekah, sejam sebelum masuk waktu. dan azan masuk waktu Subuh. Dalam diam, saya bersyukur , kerana kedatangan kami disambut dengan laungan azan Subuh pertama pada hari Jumaat , penghulu segala hari dari MasjidilHaram, Live dari sana, Biasa dengar di TV sahaja kan.Syahdu sangat.Speechless

From google..sebab memang tak sempat ambil pic:-) Masya Allah, tidak dapat nak gambarkan perasaan tu macam mana..
Terpisah Dengan Mutawif
Kemudian kami cari Mataf (tempat tawaf). sambil mencari cari Kaabah. Masya Allah, pertama kali melihat Kaabah, perasaan tidak terkata.Syukur sangat sangat. Tetapi disebabkan kesesakan ketika nak masuk ke Mataf, kami terpisah dengan Mutawif.Makanya, kami buat keputusan, cari mataf di tingkat 1, dan cari port untuk solat subuh terus, Aina pula tidur sambil berdukung. Suami tawaf dulu untuknya.kemudian baru kami tawaf sekali bersama Aina.

Subuh pertama kami di Mekah
Solat subuh pertama kami di Masjidilharam. Emak ikut jemaah subuh dahulu, sementara saya jaga Aina, tujuan, untuk menjaga ketenangan solat masing-masing.Risau kalau Aina berlari ke sana sini, susah nak cari pula.Semoga kami sentiasa dilindungi Allah.

Kepentingan menjaga ibadah orang tua dan pasangan masing-masing adalah sangat penting.Pada mulanya saya juga agak terkilan sebab tak dapat nak solat jemaah lima waktu berderet-deret, tetapi emak saya mengingatkan, mengutamakan dan memuliakan ibu dan suami juga adalah satu ibadah.Insya Allah ada ganjarannya.

Saya ada baca satu artikel dalam panduan umrah dan ziarah, menjaga kekusyukan dan ketenangan jemaah lain ketika solat berjemaah adalah lebih baik dari membiarkan anak-anak kecil berkeliaran tana pengawasan ibu bapa dan menangis.Maklumlah di sana , memang ramai anak kecil menangis ketika ibu ayah mereka bersolat jemaah.Apa-apa pun terpulang pada masing masing. Bagi saya, jika ke sana membawa anak kecil, kita perlu bertolak ansur dalam menjaga kepentingan ibadah masing-masing, contohnya bergilir-gilir jemaah solat Fardhu dan alternatif banyakkan solat sunat, berzikir dan perkara-perkara sunat di sana.Ganjaran bagi perkara yang baik di Mekah bukankah sangat besar?

Tawaf
Sebelum mula tawaf, kami tukar dulu pampers Aina, ada tong sampah disediakan. Kemudian kami mulakan tawaf bermula dari penjuru Hajarul Aswad . Mula mendukung Aina, kalau lenguh, kami ketepi dan berehat sekejap.Sambil tawaf, saya amalkan baca tasbih Fatimah, untuk kuatkan hati dan hilangkan letih, sebab dukung Aina.tak sangka betul boleh dukung Aina dan bertahan lama,Kata zauj, umi dah jadi kuat,sebab boleh dukung Aina masa buat umrah. Saei macam Siti Hajar dan anaknya.Terharu rasanya dapat penghargaan macam tu. kesannya, sekarang saya tak kisah dah dukung Aina lama -lama.Aina pun dah ada taktik sendiri untuk meringankan badan dia bila hendak didukung.

Alhamdulilah, masa tawaf, Aina dah terjaga masa kami salin pampers dia sebelum tawaf. Adakalanya dia berjalan bersama kami di mataf, kalau penat baru berdukung.Sambil tawaf tu, ada sahaja jemaah luar yang mengusap kepala, bagi makanan pada Aina. Penat memang penat hehe.Sebab ianya ibadah fizikal kan? Air mata pun murah je kat sana kan?Habis tawaf , memang bercawan cawan minum air zam zam,

tong air zam zam.Ada yang sejuk, ada yang biasa..pilih je yang mana sejuk di tekak
** Air zam zam ni  bersifat kenyang, jadi minum banyak-banyak sampai sendawa (tanda kenyang). Biasa saya minum 4-5 cawan, baru sendawa. Tapi serius memang tak rasa lapar. Kami pun tak bawa bekalan apa-apa ke Masjidilharam. Air zam zam itu sahaja yang masuk ke tekak kami.Minum air zam-zam mengadap Kaabah dan baca doa dan niat yang baik baik

Saie
Lampu hijau di kawsan saie.Sunat berlari-lari anak
Kemudian kami cari tempat Saie, Alhamdulilah dimudahkan untuk kami ke sana walaupun tanpa mutawif. Yang ni, umi nak ucap tahniah untuk Aina, sebab Aina semangat nak buat saie sendiri. Bila sampai ke puncak bukit Safa dan Marwah baru dukung, sebab di situ sangat sesak ye.Jemaah mulai penuh.Ada juga kami berhenti minum air zam zam bagi melepaskan lelah. Susu aina bancuh guna air zam zam je.Takde dah air panas.Alhamdulilah Aina tak cerewet.Sampai Malaysia pun tak nak dah minum susu panas.Nak susu sejuk je.Habis tujuh pusingan, kami duduk, tahu tahu Aina tertidur di riba saya.Allahuakbar. Aina ni memang kuat orangnya yek

Dapat duduk lepas saie. terus Aina tidur .Penat sangat buat saie sendiri..:-P
Alhamdulilah, kami siap dalam 9.15 pagi Jumaat. Kami dapat maklum dari Ustaz Reza, jemaah kami siap dalam 8.45 pagi.terkejut juga kami, waktu selesai pun lebih kurang je. dari Bergunting di hotel, kemudian bertahalul.maka selesailah umrah wajib kami. Selera makan di Mekah pula memang menjadi-jadi walaupun masakan Indonesia sebab penat dan banyak guna aktiviti fizikal.

Alhamdulilah , selesai umrah pertama abi, umi, Aina dan emak walaupun dalam keadaan yang sangat penat dan letih,keadaan Masjidil Haram yang sesak pada hari Jumaat. Balik hotel..terus rehat..:-)

Habis Umrah , kita makan soft icecream mekah, ambil yang besar punya SR 4  sahaja ;-)
Misi selepas ini, fokus umrah sunat, solat berjemaah, bacakan doa dari kenalan, ziarah luar dan mencari lokasi sejarah dan tempat doa mustajab. Insya Allah, next entri yek

0 inspirasi naluri :-):