Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulilah diizinkan Allah untuk menjejak kaki ke Baitullah.
Berdebar rasanya.
Bayangkan, masa teman zauj ke pejabat Andalusia, Kuantan untuk booking, dah mula rasa longgar lutut..Gementar..Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika saya melangkah satu persatu tangga masuk ke pintu Andalusia. Paut tangan zauj kuat-kuat sampai di muka pintu.Bayangkan, nak pandang muka Tn Hj Othman, pengurus Andalusia Kuantan, saya pun tak sanggup.Biasanya, sayalah yang paling banyak tanya nak tahu tentang prosedur kan,.tetapi kali ini, saya jadi kelu.
Sebenarnya perancangan umrah sudah lama bertapak di hati kami, dari awal perkahwinan.Baru sekarang dizinkan, dilapangkan masa untuk ke sana. Hajat ibunda tercinta juga untuk ke sana.
Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah
Pesan zauj berulangkali kepada saya, perlu persediaan mental yang kuat sebab nak bawa Aina Syafiyah sekali.Maka kami memilih bulan Mei sebelum cuti sekolah, Sebab pakej umrah waktu cuti sekolah agak mahal berbanding pakej biasa. Pakej Ramadhan mestilah agak mahal kan? Untuk tambang kanak kanak dua tahun ke atas, ada potongan 20% daripada tambang dewasa.Bawah dua tahun RM1,800.00.Setakat hari tula yek.Tambang dewasa bergantung pada pakej yang kita ambil. Kami sekeluarga ambil pakej berempat.
Rancangan Tarikh berlepas 18/5/2015 sehingga 30/05/2015.
Daftar bulan Januari sebelum pelaksanaan GST.Harga lepas GST dah berbeza yek.
Ok.Kami mula mengumpulkan dokumen yang berkaitan bagi memudahkan urusan visa.Dokumen lengkap, maka mudahlah urusannya.Kena pastikan cop untuk sijil tertentu dari pejabat yang tertentu sahaja, jangan main cop sebarangan yek
Kemudian buat passport.Kami sekeluarga buat di UTC Kuantan.Malam je kami ada masa untuk buat semua perkara tu.Nasib baik UTC dibuka pada waktu malam,Aina pun memberi kerjasama yang baik semasa menurunkankan cap ibu jarinya, ambil gambar untuk pendaftaran passport.Comel sangat gambar Aina.Tapi bagi saya yang memakai spek mata,kena tanggal spek, Memang lain lah mukanya, mata nampak macam kecik je.Muka pun nampak lebar, sebab kena nampak dahi, tak leh cover la muka yang lebar dan ada double chin ni haha..
Suntikan vaksin buat di Poliknik Ar Razi Kuantan. Rupanya baru tahu, klinik kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan vaksin untuk umrah kecuali untuk haji sahaja.Kemudian kalau di klinik swasta, ianya bergantung kepada stok yang ada,Harga pun lebIh kurang je RM125.00 seorang.Kalau di Kuantan, Perkhidmatan vaksin untuk umrah ni ada di Klinik Al Amin, Hospital Farabi dan Poliknik Ar Razi.Lebih elok hubungi klinik terlebih dahulu, untuk semak stok vaksin ada atau tidak sebelum pergi.
Touch up Aina untuk passport visa |
Kemudian serah kesemua dokumen di pejabat Andalusia untuk urusan mereka yang seterusnya.
Kemudian susun jadual kursus dengan suami, untuk elak bertindan jika suami ada kelas, ada jemputan perkahwinan dan keluarga. Tujuannya, supaya kami ada tempoh bertenang untuk mengulangkaji ilmu umrah dan ziarah,Supaya ada backup- plan jika terjadi apa-apa sebelum berlepas.
Kami pergi ikut giliran, Gilir-gilir jaga Aina di rumah. Pernah bawa Aina, tapi tak bertahan lama, maka tinggal zauj dan emak di tempat kursus.Saya dan Aina dah merayap keliling bangunan hehe..Boleh latih saie yek Aina. Kursus itu diadakan setiap hari Sabtu 3-5 petang.
Alhamdulillah.Kami habis kursus "on time" walaupun ada juga aral dan "drama" yang datang. Upload video dan tengok di rumah.Baca pelbagai buku mengenai umrah dan ziarah.Emak yang rajin membaca selalu bercerita kepada saya.Perkongsian ilmu yang baik dari emak untuk saya yang kadang-kadang tak sempat baca buku hehe..Saya risau jika pergi ke sana tanpa ilmu.Memang ada yang kata just ikut mutawwif.Tapi saya kena double effort.Sebab mungkin ini sahaja peluang saya untuk pergi umrah.
Sehinggalah kami dapat panggilan telefon daripada pihak pengurusan Andalusia,memberitahu Mufa No. kami sudah diluluskan.tetapi hanya terhad untuk 15 hari berbanding sebelum ini 30 hari.Mufa No, adalah nombor giliran yang diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi sebelum Visa diluluskan. Dan tarikh umrah dan ziarah kami diawalkan iaitu 14 Mei 2015! Dan kami perlu meminda semula permohonan cuti kami di tempat bekerja.
Masya Allah, hebat perancangan Allah.Semoga segalanya dipermudahkan urusan.Semoga segala ujian dan cabaran di sana dapat dihadapi dengan sabar.
Live Di Saudi.Menunggu waktu tiba di Miqat Pertama kami. |
Labbaikallahumalabaik!
2 inspirasi naluri :-):
Debar-debar baca. Bestnyaaaaa !
rindunyaaaaa..semoga dapat pegi lagi..
Post a Comment