12/20/17

Update : Penyelesaian Pinjaman PTPTN

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Nampaknya entri Notis Tuntutan PTPTN ni memang memang mendapat sambutan hangat di blog ni, sehinggakan ada yang emel personal.Saya faham, bukan semua graduan akan dapat kerja terus lepas grad. Tapi jangan pula kita memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan kita.Sebab Ilmu itu sangat luas. Pendidikan formal yang kita dapat ini merupakan panduan dalam hidup kita.

Yang paling mencabar untuk para graduan, sekarang mereka perlu mencipta pekerjaan sendiri menerusi skill yang ada dan terus "survive" . Sekarang kan kita pun dah nampak bisnes dan perkhidmatan tumbuh macam cendawan dengan pelbagai brand.Saya juga tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian usahawan -usahawan yang ada,Tahniah Tahniah dan Jutaan Tahniah dari saya. 

Prosedur PTPTN dan Mahkamah sekarang sudah jauh berbeza ye. Kalau dah ada saman, kemudian tak hadir ke mahkamah dan tidak ada usaha untuk buat penyelesaian dengan PTPTN, automatik pada hari sebutan tu, Penghakiman Ingkar akan dimasukkan untuk seluruh jumlah keseluruhan pinjaman beserta kos guaman. Kos dah bertambah sebab ada kos guaman yang perlu ditanggung.Syarat ini telah disebutkan didalam Notis Tuntutan dan Writ Saman tersebut.Jadi tak yah lah nak gaduh-gaduh kenapa kena bayar kos lebih.Sebab itu hakikat sebenar bila kita kena saman untuk tuntutan hutang. Kan dah rugi kat situ?

Makanya, kalau ada pinjaman PTPTN yang belum diselesaikan , berhubunglah  dengan segera dengan pihak PTPTN, sudah ada banyak dah kaedah penyelesaian pembayaran tunggakan PTPTN.

Eh, syarat nak buat pinjaman bank sekarang juga tertakluk kepada pembayaran PTPTN ye.Kalau ada tunggakan PTPTN, memang tak lepas nak buat loan bank.

Boleh cek di sini untuk berita terkini di PTPTN . mudah untuk tahu prosedur terkini dan promosi jika ada.Contoh promosi yang ada sekarang..


Cabutan Bertuah PTPTN 
Maksudnya kita pun kena selalu mencari  peluang bagi mengurangkan pembayaran semula dari PTPTN. Kita juga yang dapat penjimatan kan?

Pertama- Pengeluaran duit KWSP

Pergi ke EPF dan isi borang EPF. Buat keputusan tentang jumlah penyelesaian yang ada. Boleh juga buat permohonan online di website KWSP.Sekarang semuanya mudah kan.Tapi sebelum tu sila semak penyata KWSP dulu kemudian buat keputusan sama ada;

  • Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan teruskan bayaran bulanan seperti biasa secara konsisten.
  • Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan resechedule jadual bayaran bulanan yang telah diperbaharui
  • Selesaikan kesemua jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN dan bebas hutang.

Pembayaran melalui KWSP akan terus dibayar kepada PTPTN ye.Tapi bagi yang membuat penyelesaian bayaran tunggakan , sila semak penyata kembali kerana ada kemungkinan ada lagi jumlah tertunggak tambahan.Jadi yang terbaik, ketika membuat dan menentukan jumlah bayaran tunggakan lebihkan bayaran untuk satu bulan ke hadapan melainkan anda sedia untuk membayar .Kalau tak alert kat sini, mungkin pinjaman PTPTN itu akan masih ada baki tertunggak dan ianya akan berulang kembali.Kita juga yang pening kan?

Link- Antara Jenis Pengeluaran KWSP yang dibenarkan
Boleh explore ye di link yang disediakan.Hanya ikut sahaja langkah yang KWSP sediakan.

Kedua- Gigih dan Disiplin di Dalam Mengasingkan Simpanan Semasa 

Bahagian yang ini memang kena kuatkan hati, tahan diri dari menghabiskan duit gaji dari tujuan yang bukan-bukan seperti hiburan, shopping benda yang tak perlu pun.

Tips Shopping dari saya- Fikir dahulu barang yang hendak dibeli itu keperluan atau kehendak.Utamakan barang keperluan dahulu berbanding kehendak.

Perbelanjaan yang matang adalah pandai membezakan keperluan dan kehendak, dan bukannya atas barang branded sahaja.

Dah beli barang, sila pakai dan gunakan sehabis maksimum,Jangan tambah keperluan dan survive dengan barang yang ada.Kena kuat hati sikit ye.Pejam je mata dari nak buat koleksi handbag ke, kasut ke, alat makeup ke, aksesori kereta ke.Please..please..

Ketiga- Tips dari SocMed yang ada

Sekarang dah banyak yang kongsikan kejayaan mereka menyelesaikan PTPTN dengan cepat .Boleh baca dan ambil insiprasi dan gunakan tips mereka.Maklumat kan dihujung jari sekarang.Lebih mudah untuk mengakses maklumat. Sama ada teori dan tips mereka adalah praktikal atau tidak sahaja untuk digunakan dalam situasi kita.

Itu sahaja tips dari saya setakat ini

Semoga bermanfaat ye.

12/15/17

Idea Program Cuti Sekolah

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sebuah perkongsian dari Pn Lina Karim, ibu kepada Darwisy dan Darwisya yang telah menghafaz ayat Al Quran sejak kecil..Saya copy paste kat sini je ye...cepat sikit nak publish and kongsikan entri hehe..

Emel from Pn Lina Karim:

Alhamdulillah.. anak-anak happy sebab dah cuti sekolah. Tentu ada plan bercuti kemana-mana dalam salah satu agenda. Cumanya, selepas atau sebelum bercuti tu, jika tiada pengisian apa-apa, saya ada senaraikan idea dibawah ini. Ada yang tak perlu kos. Ada yang perlu kos tapi tidaklah mahal mana jika dibandingkan dari kos bercuti walaupun bercuti dalam Malaysia. Apapun ia bagai self enrichment program untuk anak-anak. Boleh pilih yang mana rasa kita boleh buat dan punya masa untuk buat.

1. Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi


Kita tahu Allah akan melindungi kita dan anak kita atau sesiapa yang membaca 10 Ayat pertama Surah AlKahfi pada hari Jumaat. Akan dilindungi selama 7 hari dari Dajjal dan fitnah. Membaca 10 ayat ini akan jadi mudah jika kita selalu mendengarnya, apa lagi jika kita menghafalnya. Apa kata kita mula hari ini? Download 10 ayat ini, dan pasangkan non-stop. InsyaAllah ia akan cepat terhafal. Ianya PERCUMA di  link ini 


2. Lawat Zoo Negara dan Kenali Haiwan Dalam Al Quran (Masa yang diperlukan : 1 Hari)
Programnya begini... download Flashcard PERCUMA di link ini . Imbas ia berulang-ulang hingga mereka boleh ingat majoriti haiwan yang ada dalam quran. Bawa mereka ke Zoo. Lihat haiwan dan tanya... Haiwan 'X' ni ada dalam Quran tak? Jika ibu sibuk untuk mengimbas dengan kerap, boleh tontonkan video Vocabulary Builder :  Animals in Quran di sini 

3. Financial & Business Knowlege untuk anak (Masa yang diperlukan : 1 jam/sehari, selama 26 hari)
90% daripada rezeki adalah dari perniagaan. Program ini adalah untuk mengajar kewangan dan bisnes pada anak umur sekolah rendah lagi. Ada 28 video kartun animasi untuk penerangan setiap topik kewangan & bisnes beserta 28 worksheet yang berkaitan. Jika berminat dan mampu untuk meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak, dapatkan link ini

4. Eksplorasi Sains - Pendedahan Awal pada Fizik, Kimia dan Biology musim cuti sekolah 
    (1 DVD/sehari, selama 16 hari)
Program ini akan memupuk minat mereka pada sains. Jika mereka tahu lebih awal dari silibus sekolah, akan meningkatkan keyakinan diri dan menarik minat untuk fokus di kelas nanti. Ada 16 DVD dalam set ini. Tontonkan 1 DVD satu hari. Untuk keterangan lanjut, boleh layari link ini

5. Membantu Kelancaran Membaca al Quran 
    (masa yang diperlukan 15 minit/sehari selama 10 hari)
Programnya.. download Flashcard PERCUMA di link ini. Tontonkan DVD flashcard ini, satu set sahaja satu hari. Contoh satu set flashcard ada di link ini.

6. Lancar Baca & Hafal 14 surah pendek al Quran (1 surah/hari)
Programnya.. dapatkan video DVD perkata dan tontonkan pada anak. Download flashcard perkata di CD B dalam set tersebut untuk menguji mereka. Contoh satu surah dalam video tersebut boleh lihat dilink ini.

7. Menghafal surah al Mulk (30 minit/hari selama 20 hari)
Programnya.. dapatkan CD Teknik Chunking Surah Al Mulk. Bermula Track 1 yang punya bacaan hanya ayat 1 hingga ayat 5. Repeat Track 1 sahaja non-stop satu hari dari pagi hingga ke malam. Pada malam hari, baca ayat ini di al Quran dan cuba hafalkan. InsyaAllah sangat mudah!

8. Memberi kemahiran Mental Arithmetic (1 jam/sehari selama 30 hari)
Download PERCUMA untuk memperkenalkan nilai manik abacus pada anak di link ini. Jika tidak tahu nilai manik abacus tersebut, boleh belajar di video ini. Seterusnya ajar mereka latihan mental arithmetic. Jika tidak tahu kaedah mengajar arithmetic, boleh ke kursus saya disini 


9. Jika Yati dapati semua yang diatas tidak ada yang sesuai untuk dipraktikkan kerana anak masih sangat kecil,  Maka, yang sangat sesuai adalah praktis menghafal Al Quran dari bayi. Mula dengan flashcard! Untuk kursus ini, boleh layari disini 

SEMOGA BERJAYA BERI PENGISIAN YANG BERMANFAAT PADA ANAK SEPANJANG CUTI SEKOLAH MEREKA 


12/4/17

Review:Radio Al Quran

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.



Saya beli radio JOC Al quran pada awal tahun 2016, dengan harga RM120.00.Sekarang rata-rata dah jual RM50.00 paling murah.Tapi masa itu nak cari review radio Al Quran, pro and cons memang susah. Kebanyakannya mengenai penjualan sahaja. Manalah tahu review saya kali ini akan membantu orang lain kan yang sering mencari review dulu sebelum membeli.Nak cari trusted seller lagi kan?

Tujuan beli ketika itu, kerana saya pregnant kan Adhwa , jadi mahu memperdengarkan Al Quran setiap kali tidur dan kegunaan ketika berpantang.

Masa kali pertama beli, saya ada masalah mengecaj, bil caj, battery tak full. Ingatkan dah rosak dah.Saya pulangkan balik kepada penjual untuk lihat apa masalahnya.So saya dapat tukar radio baru.Pastu masalah yang sama berulang lagi.dah full caj, tapi speaker radio pula tak berfungsi,Sampai saya test guna earphone and bluetooth speaker.

Saya kenal pasti and restart balik , macam mana cara caj radio ni sebenarnya?haha

Puas juga saya google macam mana nak trouble shoot masalah ni.Saya tukar usb charge dengan kawan. Ha, masa tu, baru dapat detect ada masalah usb charge.Tapi sayang radio ni tak boleh charge direct ke powerbank ataupun pc computer walaupun mempunyai usb charge kabel yang sama.Kena guna plug juga macam kita caj handset.

Rupanya, wayar usb charge tu longgar, radio tak dapat dicaj sepenuhnya.Itulah masalah radio yang saya beli. Jadi cari usb charge kat Mr DIY sahaja.Lepas tu terus ok, kan? So, kalau sesiapa ada masalah macam tu, cuba cek usb charge ye.

Cara caj dia, bila kita caj, akan ada simbol bateri tengah charge, kemudian ada lampu merah kecil kat atas radio tu.Bila lampu merah tu padam maknanya dah fully charged. Pastikan radio off dulu sebelum caj ye. Bateri di macam bateri handphone je.

Setakat ni dah hampir tiga tahun saya guna radio Al-Quran tu.Fungsinya sangat ok.Speaker yang kuat dan jelas.Boleh bertahan sampai setengah hari tanpa henti.Biasa saya pasang waktu malam, sebelum tidur. Tau tak yang magiknya, bila kita tidur, dan dengar bacaan ni selalu, tanpa sedar kita boleh sambung bacaan tu secara automatik.Masya Allah.

Selain bacaan surah.Fungsi radio pun ada..

Kali ini  saya beli lagi Radio Al Quran untuk adik ipar, dari LAZADA, dari TOKO AR RAYYAN dengan harga RM36.00 sahaja. Dapat harga tu sebab ada sale. Alhamdulilah terima dalam keadaan yang dah dicaj penuh, dengan senarai surah, ceramah dan sebagainya

Update, Adik adik saya pun dah beli radio Al Quran seorang satu tau..Punya lah puas hati dengan radio JOC ni kan?

Sekarang perisian Radio Al Quran sudah semakin banyak dan menarik  termasuk ceramah berbanding edisi awal dahulu yang hanya ada bacaan AL Quran sahaja.Kemudian seller non-muslim pun ada. Banyak yang saya baca review , ada juga kualiti bacaan Al Quran yang tak jelas, Maka tugas kita, sila semak bacaan Al Quran dari Radio Al Quran tu ye kalau kalau ada yang tak kena nanti.Maklumlah akhir zaman ni macam -macam.Jangan sekadar beli dan dengar sahaja ok?

Ok diharap perkongsian ini membantu kepada semua pengguna radio Al-Quran.

Semoga bermanfaat.Satu lagi perkongsian ke syurga dalam membudayakan Al Quran dalam hidup kita.

11/6/17

Cara Dapatkan Tiket Penerbangan Yang Super-Duper Murah

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Hujung tahun pun tak lama dah.Mesti ramai yang dah merancang hendak pergi bercuti sama ada bersama keluarga mahupun kawan-kawan kan.Meh sini nak bagi tips untuk dapatkan tiket penerbangan yang super duper murah.Harap tips ini boleh membantu kawan kawan pergi bercuti dengan bajet yang murah.Siapa yang tak nak kan?

jom pergi bercuti!mood cuti cuti dah datang dah ni

Selalu tengok orang bercuti, travel sana sini tak kira dalam atau luar negara. Kekadang terdetik dihati banyak ke duit diaorang tu erk ??? Tapi tengok diaorang tu biasa-biasa je. Tak lah kaya mana. Macam manalah mereka kumpul duit pergi melancong. Kita pula kekadang jer jalan pastu terasa banyak duit habis especially untuk kos penginapan dan penerbangan. Haaa tu la kesilapannya. Hendak pergi bercuti tak kira dalam atau luar negara tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Salah satu faktor kalau kita hendak bercuti lagi-lagi ke luar negara adalah cheapest tickets. Meh nak share bagaimana cara-cara nak dapatkan tiket flight yang murah untuk pergi ke destinasi idaman kita semua. Berikut adalah cara-caranya:-

1. Bandingkan harga tiket

Cara yang pertama ialah mahir tentang beberapa laman web yang menjual tiket penerbangan. Sekarang ni banyak tau laman web yang menawarkan khidmat maklumat mengenai perbandingan harga-harga tiket daripada beberapa syarikat. Antaranya ialah Traveloka, Skyscanner,booking, kayak, cheapflight google flight dan banyak lagi.

Banyak kan pilihan harga Kl-Perth pergi balik..Mudah je nak cari nak tiket sekarang..dengan Traveloka lagi senang

Sebagai contoh saya merancang hendak pergi ke Perth Australia. Segera mencari cheapest tickets here di website Traveloka! Isi di bahagian departure city (contoh Kuala Lumpur), kemudian isi ruangan destination (Perth). Tak pasti nama Lapangan terbang, boleh click gambar kapal terbang kat tepi kiri. Ada list lapangan terbang. Jangan lupa isi ruangan departure date dan return date serta passenger. Selesai isi semua ruangan tu click search now. Nanti akan keluar semua syarikat penerbangan beserta harga tiket. Untuk lebih mudah kita boleh sort ikut price atau filter mengikut departure time, arrival time, airline, no of transit atau transit city. Bila kita dah pilih mana airline yang kita berkenan, nanti akan keluar pop out untuk minta pengesahan continue. Sebelum bayar better buat semakan dengan laman web lain juga untuk perbandingan harga.


2. Buang ‘cookies’



Sekiranya kamu pernah masuk laman web penerbangan yang kamu nak search dalam tempoh 30 hari, silalah delete cookies yang terdapat pada komputer atau handphone  ok. Sebab system syarikat tu pickup yang kamu dah tengok laman web dorang banyak kali. So system dorang akan tetapkan harga tempahan same jer walaupun kamu on off handphone. Sometimes harga semakin naik. Jadi rajin-rajinla yer padam cookies. Cara-cara nak padam cookies boleh minta bantuan encik google. Hehe.

3. Tempah awal tetapi jangan awal sangat.


Sumber

Berdasarkan maklumat, disarankan membuat tempahan tiket penerbangan seawal 3 minggu sebelum tarikh penerbangan. Dalam sistem syarikat penerbangan telah menetapkan kouta tertentu untuk tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Sebagai contoh 30 penumpang awal akan mendapat harga tiket murah, seratus lebih dapat harga medium dan selebihnya mungkin lebih mahal. Syarikat penerbangan selalunya dah tetapkan harga tiket berdasarkan margin keuntungan yang dorang hendak. Jadi marilah kita menjadi pembeli yang bijak yer.

4. Elak menempah tiket pada hujung minggu.


Sumber

Seperti yang kita maklum, ramai yang mempunyai masa yang lapang pada hujung minggu. Makanya, kebanyakkan kita akan mula survey harga pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Harga pada masa itu akan lebih mahal.  Masa yang terbaik adalah pada Selasa dan Rabu. Sebab kebiasaanya syarikat penerbangan dan tetapkan sistem tempahan pada petang Selasa.

5. Pilih penerbangan transit


Sumber
Direct flight memang lebih mudah dan efektif. Tapi dengan penerbangan transit lebih murah dan berbaloi. Kadang-kadang harga berbeza hampir separuh harga. Kenapa perlu membazirkan. Just enjoy your journey. Dah namanya nak mengembarakan. Lainlah nak cepat sebab ada urusan kerja. Ini lah peluang untuk tambah destinasi tempat dikunjungi sementara untuk tunggu flight seterusnya. Chillex!!

6. Join Media Social Traveller


Sumber

Selain itu kita juga disarankan untuk bergaul mesra dengan traveller. Joinla group di social media seperti Backpacker Malaysia, Backpacker International, pemburu tiket murah, dan sebagainya. Macam- macam infomasi yang kita akan perolehi. Untung dapat juga informasi berkaitan hotel murah, itenary dan budgeting.


Eh eh Mr Pilot la pula..
Itulah serba sedikit info tentang harga tiket murah yang saya nak share. Nak lagi? Cara yang terakhir ni  tak tau la relevan ke tak. Cadangannya ialah,  kahwin je dengan pilot atau pramugara atau pramugari..hahahha. Yelah, confirm dapat harga staff. Selalunya harga staff lebih murah. Apa lagi ikut sahaja suami @ isteri kamu tu ke hulu dan ke hilir. Syok jugak kan..hihi. 

Semoga bermanfaat ye.

10/20/17

Rezeki: Refundable

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Selalu tak dengar orang kata, time kita susah, perbanyakkanlah sedekah kerana di situ ada keberkatannya.Bukan sedekah ketika waktu kita senang dan kaya. Jika kita senang kaya, Insya Allah kita boleh berkongsi rezeki juga kan?

Kebelakangan ini saya berjumpa dengan seseorang yang berjaya. Teruja kami bercerita, Biasalah katanya, bukan senang nak maintainkan business with easy money. Adakala kita jatuh juga, tapi masa kita jatuh tu, jangan lupa bersedekah, Kerana Allah ada pelan dan rezeki yang tidak terjangka buat kita.

Saya juga teruja berjumpanya, dia juga masih menghargai setiap hasil kerja saya. Biasaya kami bersembang tentang drafting agreement.Tapi kali ini, lebih santai.Saya juga tak sangka akan berjumpa dengan orang tersebut.Teruja juga saya hehe.Alhamdulilah, Allah juga yang temukan dalam keadaan yang tidak dijangka.

Apa yang saya dapat, sentiasalah memberi walaupun kita di dalam kerugian. Sebab dia pernah rugi teruk dengan projek yang terbengkalai dalam ekonomi Malaysia yang merosot, dan dia pulangkan kesemua duit duit pelanggannya walaupun dia mengalami kerugian yang besar.Berkat kesabaran, Ahamdulilah hari ini, murah rezekinya .Malah boleh dibahagikan perniagaannya kepada keluarga.It is a good planning for me for his family.

Enthlah dalam dua minggu ini, macam ada reunion and reunion pula , klien lama datang cari untuk buat urusan. Pujuk saya untuk terima dan kendalikan kes mereka.Bukan senang nak pisahkan network tempat kerja lama.Ex Boss pun perlu saya jaga. Mana mungkin saya lupakan jasa mereka.

Apa-apa memang saya rindukan bos-bos lama..huhu..Mereka punya semangat juang tinggi.Maaf boss sebab saya terpaksa mengundur diri demi keluarga.Cita cita di hati ingin mempertahankan legasi firma guaman orang Islam selagi boleh berkhidmat.But now I need to step further.It is for my family. I need  a flexible time and being calm.Jihad saya sekarang.Insya Allah bila semuanya selesai, cita cita mahu aktif dengan NGO.

Tahniah buat boss lama atas pengurniaan Dato'.It is  a result from your work hard to the society.I know you deserve the title.Semoga sentiasa berjaya ye Boss. Insha Allah, saya tak akan lupakan jasa baik boss boss dalam mengajar selok belok dunia guaman,Mereka adalah orang yang sentiasa menjaga kebajikan saya, muamalat saya dengan klien khususnya sebagai muslimah bekerjaya. 

Aih, sedihla pula..hati ini memang rindukan mereka.

10/2/17

WAHM: Zurich Takaful, My New Family

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Tak sangka saya akan menceburi bidang takaful separuh masa. Kalau dulu, pantang ejen takaful approach, memang macam macam taktik nak elak.Ha, sekarang dah jadi ejen takaful..Jangan tak tahu, takaful juga sebahagian dari cabang Ilmu Syariah. 

Caruman takaful ini membantu pelanggan  memberi perlindungan kewangan jika ada sebarang kemalangan, sakit dan kematian.Kalau panjang umur, dan polisi matang terlebih dahulu, boleh dapat cash value tau dan ianya bergantung kepada pelan yang diambil. Kena ingat ada pelan, bayar dan burn seperti Medical Card Stand Alone.Walaupun konsep bukan konsep simpanan, secara automatik kita mewakafkan/memberi hibah harta kita melalui caruman kita secara bulanan untuk membantu pencarum polisi lain apabila diperlukan.

Eh panjang pula bila bercerita pasal takaful.Kita stop dulu ye.

Ok , mungkin ni kali pertama saya bekerja di bawah organisasi yang besar, dulu dikenali sebagai MAA Takaful.Sekarang dah jadi Zurich Takaful.Memang best, setiap effort kita ada ganjarannya dan rasa dihargai sangat-sangat setiap kerja yang kita.Of course kita akan rasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus membantu orang-orang lain.Makna takaful pun saling bantu-membantu kan?

Seriously, memang mereka adalah family baru saya.Maklumlah jakun sikit, tak pernah menceburi bidang lain selain perundangan dan naungi di bawah satu organisasi yang besar dan kukuh.

Antara sebab saya menyertai takaful, saya bercuti tanpa gaji selama 3 bulan sebab nak fokus jaga Adhwa Zinnirah (my prem baby)- for sure dia adalah "booster" saya untuk membuat kerja dari rumah dan menjana duit hehe. Kemudian saya resign because there is a need to focus with my family and i can't focus and give commitment 100% to my job before this.There is a lot of appointment, and special care i need to do. At the same time, saya juga perlukan income untuk membayar pinjaman-pinjaman  saya dan membantu ebonda tercinta saya.Nanti dia takde income dari anak manja dia pula huhu.

So, buat kerja dari rumah sahaja.Merasalah jadi WAHM-Work At House Mom. Memang kena organized masa betul-betul.Barulah saya merasai bagaimana rasanya menjadi WAHM.Selama ini selalu tengok orang bekerja dan rumah dan saya juga sering mengimpikan yang sama hehe. penat juga tapi relax and enjoy sebab anak depan mata. 

Ok antara faktor utama saya menceburi takaful dan celik takaful sebab

......
......
......

Sebelum ini saya banyak mengendalikan kes jual beli rumah, asyik tengok orang beli rumah jual rumah.sampai orang tu dah ada berapa aset dengan nilai kekayaaan mereka, Itu rezeki bagi mereka yang berduit kan. Bukan satu perkara yang mudah  bagi kita rakyat marhaen nak dapat kan sesebuah rumah.

Kita juga maklum dah banyak kesedaran orang nak kumpul nak beli tanah atau rumah sebagai aset. Maksud saya, buat sewa, homestay dan jual rumah tu bila harga market value dah tinggi kan? Golongan sebegini memang bernasib baik sebab ada gaji yang stabil, dan mendapat kelulusan bank. Bukan senang tau nak dapat kelulusan loan di zaman ekonomi meleset ni tau.

Kita pun maklum, prosedur beli rumah bukannya mudah, kita kena buat persediaan untuk wang deposit, fee guaman dan macam macam lagi sebelum menikmati keuntungan dan jangka masa panjang. Dan jika berlaku kematian ketika masih dalam tempoh pinjaman. Waris kita terikat untuk membayar baki jual beli jika jumlah takaful rumah adalah rendah  dan tidak dapat melunaskan segala baki pinjaman rumah sebelum dipindahmilik kepada wari waris si mati.

Ini adalah part paling klimaks kepada waris bila takaful rumah tidak mencukupi untuk menampung baki pinjaman rumah tadi.. Kalau mereka bernasib baik, tak perlu bayar jika perlindungan takaful mencukupi. Di mana waris waris ni nak cari duit untuk selesaikan baki hutang bank tadi , kan? Nampak tak isu ini?Masa ni waris akan cari sama ada si mati ada duit takaful atau tidak jika berlaku kematian.Masa ini adalalah masa yang tepat bagi waris menggunakan duit takaful bagi menyelesaikan pinjaman yang ada tanpa melalui proses tuntutan pesaka.

Inilah keperluan takaful pada situasi ini untuk bahagian pertama.

Kalau orang yang tak berapa ada duit dan mengharapkan duit gaji dan EPF semasa bersara, apakah yang ditinggalkan untuk waris mereka.? Adakah takaful akan membantu mereka?

I will write by next entry ye.

Banyak kerja la pula huhu..Minda dan jasad sudah terbelah enam. Multi tasking dah sekarang walaupun dalam kesibukan yang ada. Impian mahu menyumbang untuk umat tanpa henti dengan pengetahuanyang ada ..:-)

Luaskan syariah dalam ekonomi umat Islam...:-)



9/23/17

Maal Hijrah & Isteri Solehah

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Salam Maal Hijrah semua.Semoga dengan kedatangan awal Muharam ini akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk melakukan segala kebaikan dan menambah amalan kita.Insya Allah..

Kali ini teringat perbualan dengan adik-adik saya, topik isteri solehah.Apa yang mereka nampak pada isteri solehah ni? Biasa kita asyik baca tentang ciri isteri solehah je kan?eh, dah macam tajuk usrah pulak kan..Lama betul tak lead usrah ni ehem ehem.Tapi usrah tak formal dengan adik beradik pun best juga.

Maka, kami menyenaraikan secara random, sesiapa yang menujukkan ciri-ciri isteri solehah dan contoh yang spesifik kepada kami supaya kami mendapat manfaatnya.Kiranya yang kami nampak secara praktikal untuk dijadikan sebagai teladan kami.

So, mungkin first impression kami dan kesimpulan yang dapat dibuat pada sifat rendah diri seseorang wanita itu, pandai menjaga kisah rumahtangganya dan menghormati suami.



Antara ciri ciri isteri solehah :

i)  Taat pada perintah Allah;
ii) Taat pada perintah suami selagi tak melanggar syariat.
iii) Menjaga aib rumahtangga dan suami.
iv) Pandai mengambil hati dan melayan suami.

Sebagai isteri, kita perlu ingat, suami itu bukanlah hakmilik mutlak kita dengan ikatan pernikahan. Mereka adalah milik Allah.Maka, kita perlu ada sifat redha dalam hidup berumahtangga.

Meh belanja satu lagu kot kot dapat feeling nak jadi isteri yang lebih solehah dan menjadi wanita syurga. Insya Allah




Semoga bermanfaat.