11/30/11

Kerja Yang Tertangguh

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
 

Bagaimana nak mengatasi kesibukan bekerja?Jawapan yang pasti melalui pengurusan masa yang baik, target kerja yang tepat dan niat yang ikhlas.Itu hanya pendapat saya.

Bila balik kerja, saya kisahkan kesibukan bekerja pada ibunda, tapi saya kiaskan dengan kesibukan saya di pejabat dan kesibukan dia memasak, contohnya, "Mak, ada sayur nak dipotong, dah letak atas meja, kemudian tiba-tiba ada kawan mak datang rumah, "sayur " itu ditinggalkan sebentar.Setelah habis berbual, mak pun nak sambung balik potong sayur tadi, tapi ada panggilan telefon pula, "sayur" tadi ditinggalkan, begitu juga seterusnya.." sehingga kerja yang kita target tadi tertangguh dan tak dapat disiapkan dalam masa yang kehendaki.

Macam itulah kerja saya dipejabat, hendak selesaikan satu fail, kemudian diganggu dengan yang lain, sudahnya saya tak dapat target kes yang harus diselesaikan.Huhu sedih sangat.

Tapi saya ada terbaca satu motivasi bekerja dari Dr Fadzilah Kamsah, katanya;

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
 Ada lagi kata-kata yang tidak kurang hebatnya, ambil dari blog Wan WMA,
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
 Hehe, fikir fikirkan sejauh mana keikhlasan kita bekerja..:-)

Yang penting, bekerja itu satu ibadah, ikhlaskan niat kerana Nya dan terus bersemangat untuk tunaikan segala amanah!

::Wordless Wednesday::

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

11/23/11

Keluhuran Kasih Anak Soleh dan Bertaqwa

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Bila kita meningkat dewasa, kita mudah lupa dengan jasa ibu bapa, apatah lagi bila mendapat kesenangan dunia.Alhamdulilah, bagi mereka yang cuba membalas jasa kedua ibu bapa dengan kasih sayang yang terbaik.

Bila peringkat umur sebegini, ibu bapa lebih mudah menganggap kita sebagai sahabat baik, tempat mencurahkan segala masalah, emosi dan sebagainya. Dan tiba giliran kita untuk menjadi pendengar yang cekap bukan hanya sekadar pendengar yang baik kerana mereka memerlukan pendapat kita dalam merentas zaman moden ini.

Walaupun mereka bukan punya pendidikan tinggi, tetapi mereka mampu mencipta kejayaan anak-anak.Nah! apa kita boleh buat sebagai anak, sebagai seorang yang berjaya di dalam dunia kerjaya.Membalas budi?Memberi bantuan kewangan?Menziarahi mereka?Memberi hadiah yang mahal-mahal?

Bagaimana cara kita membalas budi mereka yang tidak dapat kita jangkau.Pada era ini  pun sudah sukar untuk kita membesarkan anak-anak, mencipta kejayaan mereka satu persatu.

Hmm..mungkin cara yang terbaik, menjadi anak yang soleh dan solehah.
Bukan setakat itu sahaja, mungkin menjadi anak yang soleh dan bertaqwa.
Dan bukan setakat berbakti , tetapi keluhuran dan keikhlasan kasih sayang kita kerana Allah!

Bila segalanya kerana Allah, semuanya akan jadi indah...

Ciri-ciri anak soleh yang ingin saya kongsikan di sini melalui Surah Luqman.


1. Berbuat dan bergaul dengan baik kepada ibu bapa walaupun mereka itu seorang yang musyrik.

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

2. Melakukan sesuatu amalan kebaikan dan menjauhi amalan kejahatan walaupun tidak dilihat oleh orang-ramai.


(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.  

3.Mendirikan solat dengan sempurna. 

4.Menyeru dan mengajak manusia ke arah kebaikan

5. Mencegah orang lain melakukan kemungkaran dan kejahatan. 

6.Sentiasa sabar dan tabah akan segala bencana dan bala yang menimpa diri.

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

7. Tidak sombong dan tidak takbur di dalam pergaulan di atas muka bumi ini. 

8. Sentiasa bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Wallahualam.segala yang baik semuanya dari Allah kerana dia telah meyusun setepat-tepatnya apa yang telah terjadi..:-)


::Wordless Wednesday::

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




11/20/11

Tujuh Tahun Selepas 20.11

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari Ini 20.11.2011.

Tujuh tahun yang lalu, 20 November 2004.

Hari-hari sebelum itu, kami enam beradik masih berayah.

Tetapi kini hanya ada ibunda dan doa kami untuk Allahyarham.


Al fatihah.

Insha Allah,kami sudah pandai berdikari. 

Sedang mencapai cita-cita dan impian Allahyarham.

Semoga usaha ini terus berpanjangan.

Ameen!

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi datang dari semangat yang tidak mengalah!"


11/16/11

::Wordless Wednesday::

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


11/11/11

Ada Lagi Ke Gadis Macam "Nur Amina"?

BY humble.yat IN 6 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


"Nur akan tunggu abang!"..
"Nur yakin suami Nur ada lagi.."
"Nur nak cari suami Nur !"

Antara lontaran-lontaran dialog Nur Amina dalam Filem Nur Kasih.Wataknya sangat meninggalkan kesan mendalam yang mana seorang isteri yang setia dan sentiasa menanti suaminya tak kira apa-apa pun yang terjadi.

Sebenarnya saya nak kongsikan satu kisah, seorang lelaki yang sentiasa bersosial dengan gadis-gadis yang bebas tudungnya, mempunyai keluarga, tapi kurang pendedahan mengenai cara hidup Islam yang sebenar, dalam erti kata lain, si lelaki ini hidupnya ada gaya hidup barat (Eh,serupa macam "Adam" pula, mungkin yang bezanya latar belakang keluarga).

Hendak dijadikan cerita, semasa "Nur Kasih" meletup, dia terfikir ada lagi ke gadis macam "Nur"?Sempurna, setia, terjaga didikannya dari segi agama dan akhlaknya.Sedangkan zaman moden begini, ramai perempuan yang "vogue", suka bersosial.Rata-rata kawan perempuannya juga antara yang "vogue".


Hinggalah pada suatu hari, dia terpandang seorang perempuan dilitupi tudung yang sempurna.Ketika pembentangan kerja, dia mendapati si gadis ini bersungguh sungguh menyempurnakan kerjanya, lantang  dan ceria suaranya.

Ttetapi ketika turun dari "pentas" pembentangan kerja, si gadis ini menjadi seorang yang pendiam (tidak petah seperti dalam bidang kerjanya), sopan dan tertib dalam menjaga muamalatnya.Dalam kata pendek, petahnya hanya seketika dan pergaulannya dijaga dan terpelihara.

Jadi,dia mengutus seorang rakan sekerjanya untuk menyelidiki latar belakang gadis ini sama ada sudah berpunya ataupun tidak. Jawapannya positif dan lelaki ini masih ada peluang untuk berkawan dengan si gadis ini.

Jawapan si gadis ini "Jumpa lah ngan Abuya dan umi jika nak berkawan dengan saya.."

Terkejut juga lelaki ni dengan perkataan "abuya". Berbeza dengan keluarga nya.Tiada panggilan "abuya".

Maka lelaki ini pula menyelidik latar belakang keluarga ini, dibelek gambar satu persatu keluarga si gadis ,  semuanya berkopiah, bertudung litup dan sejuk hati memandangnya.

Sah!Memang dia sudah jatuh hati dengan cara hidup si gadis itu.Keluarga si gadis ini adalah faktor utama untuk dia terus serius hidup bersama.
"Oh ada lagi perepuan macam "Nur Amina"...."

Mana taknya, di kala dia masih tak percaya "Nur Amina " wujud pada zaman yang moden ini, Allah  s w t telah memberikan jawapan pada dirinya yang "Nur Amina" masih ada lagi.

Alhamdulilah, keluarga lelaki ini juga dapat menerima gadis pilihannya walaupun cara hidup mereka agak berbeza walaupun pada mulanya ibu lelaki ini agak kurang percaya gadis itu yang menjadi tambatan hatinya .Bertudung litup dan sebagainya.

Begitu juga keluarga si gadis ini.Semuanya positif Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.Ameen!.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."
-Surah Al-Araf:26- 

Nota Naluri
1.Jika kita mahu berubah, Allah s.w.t juga akan membantu penghijrahan kita janji kita ikhlas!
2.Seorang perempuan memang harus menjaga tingkah lakunya dan cara pergaulannya walau di mana pun dia berada.


11/10/11

Selamat Ulangtahun Angah!

BY humble.yat IN 10 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Selamat Ulangtahun Angah! 8hb November 2011.Terima kasih belanja kami tau.Sayang Angah!

Angah anak kedua.Wali saya dan adik-adik perempuan.Walaupun dia anak kedua, peranannya sama seperti anak sulung. Rajin, matang, bertanggungjawab.Kami membesar bersama-sama.Terlalu banyak kenangan saya dan Angah.Beza umur kami hanya dua tahun.Muka pun taklah serupa sangat,sebab dia berkulit cerah, mungkin hidung aje yang lebih kurang.

Angah dan saya di majlis sambut menantu saya :-)
Bila saya sedih,(kadang-kadang hanya disebabkan perkara yan remeh sahaja) dia sering mencuit hati saya dengan gurauannya.Mencuit-cuit saya, berbaring di sebelah saya sambil membuat kelakarnya.Dalam sedih itu saya tersenyum juga, tapi saya senyum sembunyi sembunyi :-P.

Ada ketika, kami bersama-sama pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas, entah kenapa hati rasa sayu dan saya menangis tanpa henti dari Kuantan ke Kuala Lumpur selepas Arwah Abah meninggal.Mungkin saya terbayang lambaian arwah abah di kaki terminal melihat bas yang kami naiki bergerak.Dan dia membeli sata dan kuih yang banyak sambil mempelawa saya.Katanya, " Akak nak sata?" mulutnya membuncit sambil makan sata tu.Saya makan satu (1) sata itu sambil menangis, tetapi hati saya mampu tersenyum kembali, walaupun Angah tak nampak saya senyum dalam hati. :-)

Isy, kalau nak diikutkan terlalu banyak kenangan kenakalan kami, didenda berdiri sebelah kaki selama dua jam, dikejar sekeliling rumah, menyorok tepi reban ayam, didenda mengaji (sambil mengaji kami menangis--salah satu kesan didikan arwah abah kepada kami). 

Fakta yang "best", kami bersekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama dalam satu tingkat, dan menyambung pengajian di pusat IPTA yang sama.Kami masih berjumpa sehingga ke universiti yang sama.Best kan?

Kalau berjalan bersama-sama di universiti, saya suruh dia jalan jauh-jauh, sebab saya bergurau, nanti takde orang nak "tackle" saya sebab ingat saya ada pakwe..:-P.tapi dia jalan dekat dekat juga, katanya "biarlah takde orang tackle akak haha!Biar takde orang berani dekat ngan akak".Nampak sifat "protective"nya :-) (Jangan perasan ye Angah :-P.Tapi Angah memang baik pun)

Saya rasa cukuplah setakat itu.Kalau nak diceritakan, memang banyak kisah kami yang belum terungkai.

Selamat ulang tahun Angah!Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan dan nasihat yang "garang" itu yek:-)


11/9/11

"Semangat" Versus Hlovate

BY humble.yat IN , 8 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
 
 Melalui minggu yang penuh konflik diri."Baikkah Aku?"
Saya sangat tersentuh dengan novel Hlovate Versus. Saya rasa saya perlu mengulanginya lagi untuk menghayati bait bait kata yang penuh motivasi untuk terus menjadi "baik".

Antara komentar rakan-rakan saya di sebuah nota Facebook, Epit dan blognya, Express Yourself 
(bagi peminat-peminat buku mungkin boleh ke blognya, banyak buku yang telah diulaskan :-)

14/07/2010

Siti Hajar :
Dah siap baca, tapi tak tahu nak start komen macamana..cuma bila sampai kat part Cerakah tu aku jadi macam tak keruan...aku rasa novel ni mengetuk pintu hati aku sendiri dan membuatkan aku tersentap sekejap dan bertanya aku ni 'baik' ke???

Siti Hajar:
hmmm..sama la aku pun.lepas baca novel ni..aku asyik fikir aku ni 'baik' ke..??tetiba aku rasa mcm dikejutkan dari mimpi indah yg panjang...

Yati:
totally agreed...saya ni "baik " ker..huhu
buku ni concept berubah 360..dan subjek "baik". kadang2 kita rasa dah cukup baik,tapi hakikatnya taklah "baik" pun...tapi ada jugak rasa sensitif isu jgak dalam ni..terlukanya menjadi rakyat malaysia yang tak cukup "baik" dalam mendidik generasi baru..betul la..anak2 akan terkeliru dengan konsep "baik" itu sendiri...

Epit:
memang novel ni boleh buat kita berubah 360 degrees..=) n plus buat kita fikir dan  merenung diri kita sedalamnya. kita terlalu berada dalam 'comfort zone' smpai dah 'larut' dlm persekitaran sekeliling...

Hati saya memang tersentuh pada bahagian Minn mengikuti kem di Bukit Cerakah.Mungkin pada fikirannya, dia sudah cukup baik, memakai pakaian yang longgar, memakai tudung yang litup.Tetapi ada satu kejutan baginya, apabila dia melihat sahabat-sahabat yang baru sahaja dikenali lebih baik.Definisi baik itu berubah 360 darjah.Itu yang dipanggil Versus iaitu Perubahan. 

Baik itu adalah perubahan yang sentiasa di"upgrade" dan bukan di takuk lama dan bukan di dalam "comfort zone".Pengaruh persekitaran sangat penting untuk kita terus berubah menjadi baik. Memang kadang-kadang kita mengaku kita kuat dan baik, tapi dalam masa yang sama kita perlukan sokongan.Sebab itu saya kata didikan, gaya hidup kita adalah faktor utama.

Contohnya, pengisian rohani seperti halaqah, usrah adalah pengaruh persekitaran yang paling utama.Di situ kita mempunyai matlamat yang sama, perkongsian yang sama, satu semangat yang sama.Dan kita tak mudah putus asa kerana kita ini manusia yang seringkali alpa, imannya turun dan naik, perlu sentiasa ada peringatan.

Tetapi andai putus asa, kita perlu cari semangat baru iaitu semangat "Versus".
Umpama ular yang berbisa tetapi sentiasa menyusur di bawar akar!
Never Ever Give Up!

Nota: 
Mode- Versus - Step By Step -Reschedule-

11/2/11

Waiting for The Call

BY humble.yat IN 6 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Teringin pergi ke Mekah?Saya pasti semua angkat tangan kan?Jadi apa kata kita menyimpan secara disiplin mulai sekarang kan?Caranya klik di sini yerk sebagai satu ikhtiar dari kita.Banyak juga kelebihannya.

Bila saya bertanyakan kawan-kawan, ramai yang kata, mereka ada akaun Tabung Haji, tapi bila ada duit lebih, barulah mereka menabung. Maknanya kita kurang tekad ke?Atau kurang disiplin dalam menabung?Sayu rasanya hati bila dikatakan bila kita punya azam, tetapi tiada keazaman yang kuat.

Saya tahu, memasuki tahun-tahun yang matang dalam pekerjaan, kadang-kadang ada tekanan yang mneyebabkan kita mahu bercuti sama ada dalam negara dan luar negara.Saya pasti ramai kawan--kawan mula ke arah makan angin, melancong dan sebagainya.

Tetapi alangkah bagusnya kalau kita betul-betul tekad menabung untuk menunaikan umrah atau haji.Duit tabungan melancong itu kita sasarkan sedikit ke tabungan haji kan?Nak atau tak nak aje..

Jadi Sempena bulan Zulhijah, mari kita tanam azam baru, menabung untuk ke Tanah suci.Insha Allah..


Dan hayati lagu ini ya, mungkin setiap pagi, sebagai satu insipirasi untuk ke sana mengikut jejak langkah para jemaah haji kita yang sedang menunaikan rukun Islam ke lima ketika ini.:-)

Dan bagi mereka yang membuat korban, alhamdulilah, semoga usaha kita diberkati Nya dan diterima olehNya.Ameen!

Salam Aidil Adha :-)

::Wordless Wednesday::

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.