Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulilah, setelah sekian lama, Kuantan dilanda hujan, di pagi Jumaat ini, matahari bersinar kembali.Selalunya begitulah, bila tiba hari Jumaat, sinar mataharinya juga turut berbeza macam ada seribu satu rahmat.Tapi saya tetap rindukan hujan, titisan hujan yang jatuh ke bumbung rumah dan zink , bau hujan .:-) Dan waktu kecil dahulu, suka betul saya tengok cuaca mendung, cepat-cepat saya ambil buku ,belajar sambil menghadap tingkap.
Kalau hujan, masakan yang enak dimakan yang saya tengah bayangkan;
Ubi Kayu Rebus
Sumber gambar: resipicitarasawan.blogspot.com |
Satu fakta apa yang jadi di musim hujan, ikan gelama pun muncul, kemunculannya hanya di musim tengkujuh, rasa isi ikan itu halus sangat, digoreng sahaja pun dah sedap tau.Ikan gelama ni saiz paling besar mungkin boleh mencapai sebesar ikan tenggiri.Tetapi ke mana ikan gelama menghilang selepas hujan yek?Hmm...
Ha, aktiviti waktu kecil dahulu waktu hujan, pantang sekali nampak air bertakung, mula la kapal kertas dilayarkan.hehe..Tak nak dengar cakap mak, tapi degil nak main kapal kertas kat lopak-lopak air..
Tapi kalau di kawasan rumah lama saya dahulu, berhampiran pantai, stok ikan masin mesti kena ada, sebab ikan segar dah berkurangan, nelayan pun dah tak turun ke laut. ikan masih pilihan saya, ikan masin terubuk...
Tapi tengahari nanti teringin waffle aiskrim la pula..Bolehla yerk, sebab matahari dah bersinar..
Sumber gambar :klik |

Sumber gambar: klik di sini |
Tapi tengahari nanti teringin waffle aiskrim la pula..Bolehla yerk, sebab matahari dah bersinar..
"Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal dari awan yang gelap"
4 inspirasi naluri :-):
sedapnya ubi rebus....
New Entry: 02- The meaning behind your blog name
Jom buat Cabaran 30 hari
kalau dah musim hujan gini makan pe pun sedap je...ubi kayu tu mmg tradisi...
cuma dah dekat 2 hari x ujan ni.pelik gak.siap kajang lak yg banjir...
huhu...
salam ^_^
akak baru buat pojek mkn ubi kayu baru niii ...masak jee ...serbu...lincin ^___*, kalu minum ngan ayaq kopi fuuuusshh...
mana nak cari ikan terubuk kat kuantan ni?
Post a Comment