12/7/11

Si Darah Manis: Hanif & Hasanah

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Apa kata kita mulakan entri si darah manis dengan pantun melayu yang indah-indah, saya pun "google " aje bab pantun-pantun ni.Takkan Melayu hilang di dunia.eceh..:-)

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan.
 
Ok.berhenti menghayati pantun sekejap.Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar pada 3 Disember 2011, majlis pertunangan adik saya ,  Angah dilangsungkan serentak pada hari lahir saya.:-) Pandai yerk pilih tarikh ni."Bunga" yang dipetik itu hanya di kawasan Kuantan juga, Taman Tas.

K.Kita smbung pantun balik yerk.

Dari sumbu terbit apinya,
menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga.

 
Baik-baik kalau berhuma,
Jangan sampai lalang sepekan,
Hajat yang baik kami terima,
Dalam adat kami serahkan.


(Sumber:enche )

Hantaran dari pihak lelaki

Semuanya berkonsepkan bunga carnation, dari kertas tisu sahaja tau.Alhamdulilah, cubaan pertama saya menjadi.Janji ringkas dan berhias lebih kurang kan.
 

Hiasan kotak kek itu hanya dibuat pada pagi hari kejadian, nasib baik sempat denagn idea adik-adik yang ada.Terbaek!

Hantaran dari pihak perempuan

 
Hantaran dari pihak perempuan pula berkonsepkan bantal dan bunga fabrik di bucu-bucunya.

Banyak betul manis-manisan kan.Patutlah orang kata, tunangan orang ini berdarah manis, Sudahnya kami juga yang habiskan.Harap-harap dijauhkan dari penyakit kencing manis.Ameen!


Alhamdulilah! Sesi bergambar dengan emak-emak, tak boleh gambar berdua-dua, tak elok.Jadi tempoh pertunangan ini adalah tempoh untuk berkenalan dan lebih serius untuk merancang masa depan.Bak kata orang, jangan bercinta lama-lama, nanti yang tengah berputik dan berbunga itu hilang, bahkan sudah berbuah dan rendang, sudah hilang kemanisannya. jadi jaga muamalat kamu berdua dengan baik seiring dengan syariat.Insha Allah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan banyakkan doa yer.

Selamat menempuh alam pertunangan !:-)


1 inspirasi naluri :-):

zulkbo said...

Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.
Moga tercapai hajat di kira
Semuanya dalam keadaan aman

Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan.
Entah berapa hantaran agaknya
Agar mudah segala urusan