12/9/11

Dilema Peguam

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Semalam, saya membaca satu artikel yang ditulis oleh peguam senior, mengenai kerjaya perundangan, iaitu secara spesifiknya , peguam.Saya sangat-sangat bersetuju dengan artikel tersebut.Memang saya akui, ramai juga kawan-kawan LLB dulu beralih profesyen kepada perguruan atau pendidikan.Kata mereka, kalau mengajar kurang tekanan berbanding menjadi peguam.

Sebab itu saya selalu kata, menjadi seorang peguam, memang harus kuat! Apatah lagi hendak meletakkan perkara di tempat yang sepatutnya iaitu keadilan bukannya satu perkara yang mudah, kadang-kadang kami tersepit dan disepit dengan kehendak anakguam.Yang pasti di dalam situasi sebegini kebijaksanaan, kreatif, hati yang waja sangat-sangat diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Pertama kali saya menyebut kes di mahkamah, sebagai peguam pelatih, memang saya akui saya ada sedikit gemuruh.Tapi saya tahu itu adalah satu keistimewaan, satu amanah yang jarang orang ada.Memang senang melihat peguam menyebut kes-kes denagn mudah di situ, tapi bukan semua yang mendapat peluang tersebut.Jadi selagi amanah itu ada dalam menjadi wakalah umat, saya ikhlas menjalankan tugas-tugas saya dengan bayaran yang berpatutan.

Orang selalu kata, menjadi peguam memang kaya, tapi janganlah memandang pada angka-angka yang bernilai tinggi,  kerana kami ini biasa sahaja, hanya menyediakan khidmat guaman dan segala fee guaman yang dibayar anakguam tertakluk kepada akta-akta yang tertentu.

Sampai satu tahap bila orang bertanya tentang kerjaya saya, saya hanya kata saya kerja "admin", kerana bila bila sebut tentang kerjaya sebenar, mereka jadi segan dan mula menjauhi kami.Bukan saya sahaja, malah saya pasti kawan-kawan seperjuangan saya juga begitu.Bersusah payah kami mahu menjadi orang biasa.

Sebenarnya ada pelbagai soalan yang ditujukan kepada kami, tentang hidup kami, Insha Allah ada masa saya akan tulis mengikut pandangan saya jika dizinkan.Insha Allah.

Dan buat adik-adik yang masih belajar perundangan dan masih dalam dilema, carilah dahulu pengalaman sebagai peguam dahulu, kerana ia pengalaman yang sangat berguna untuk masa akan datang.Insha Allah.Kemudian bergantunglah kepada jiwa adik-adik sama ada mahu meneruskan perjuangan sebagai wakalah umat atau tidak.Terpulang!Hati harus kuat.

Alhamdulilah, setakat ini, saya suka dengan kerjaya saya, bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat, membantu mereka dengan pengetahuan yang saya ada.Dan saya harap semangat ini terus berkekalan.Amin.

" Every successful person has a painful story, every painful story has a successful ending, accept the pain and get ready for success" 

2 inspirasi naluri :-):

All about a journal said...

wah sahabat baru ummi ni peguam rupanya....

Betul, kena kuat semangat..kerana dikelilingi persekitaran yang penuh corruption...

Semoga dikuatkan semangat dan sentiasa dalam perlindunganNya!~~

cun09 said...

salam dik...

"ilmu" baru tentang peguanm ^_^

walau apa pun kejaya kita...kita tetap memohon menjadi hambaNYA yg diredhai dan dirahmati sepanjang kehidupan di dunia ini...InsyaALLAH...

**moge sihat**