Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Gambar waktu Aina rancak merangkak, dalam 8 ++ di Petrosains |
Petrosains Kuantan adalah satu tempat yang menarik untuk anak-anak mengetahui tentang sains dan kehidupan.Tapi rasanya ramai yang tak tahu tentang adanya Petrosains di Kuantan. Terletak di Bangunan Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur. Bila ada banner, bunting besar-besar baru, ramai yang pergi.Dibuka setiap hari Selasa-Ahad, 9.00 pagi-5.00 petang.
Selalu juga saya pergi ke Petrosains ni.Ia adalah konsep Playsmart, jenis mini petrosains berbanding Petrosains di KLCC.
Sementelah, adik saya bertugas di situ, mestilah saya mengunjungi jika ada kelapangan, sejak Aina dalm perut lagi, saya join program buat eksprimen.Seronok tau. Lagi seronok kalau satu keluarga buat eksperimen sama-sama.Kukuhkan silaturahim..:-)
Macam-macam ada, bukan aje budak kecil yang seronok ,tetapi yang dewasa pun turut teruja dengan mainannya.Nak gambar lagi menarik, boleh lawat di sini.
Jadi sempena program Petrosains, Semangat Hari Malaysia yang berlangsung dari 13-15 September, mohla rodong-rodong Kuantan, kita pergi sama-sama yek..bertempat di ;
Petrosains PlaySmart Kuantan
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Jom pergi beramai-ramai dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Nota Naluri:
Kesibukan yang menghimpit masa, 8-10 jam di pejabat terasa macam sekejap sahaja.Update blog pun tak sempat..huhu
1 inspirasi naluri :-):
eh best nye! :D
Post a Comment