9/25/13

Terkejar-kejar..

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Semut pun tengah kerja keras mencari rezeki..:-)
Selepas je PRU baru-baru ini, firma kami memang tak cukup tangan, tak berhenti-henti kes datang.Lunch pun saya dah skip, pagi-pagi beli kuih je yang 3biji RM1.00..haha(Samibi boleh berjimat-jimat).Tapi ada kawan saya tu, siap  ada lunch dengan hot cup maggi lagi, semata-mata nak habiskan kerja. Wow lagi dahsyat.Komited dengan kerja..

Saya sendiri pun dah lama tak rendam maggi sejak dah bergelar isteri, itu pun jarrraaang sangat..Kadang-kadang makan maggi pun curi-curi, takde lah beria.Tengok tv pun skip, takde beria nak menghayati macam dulu-dulu.

Bayangkanlah minggu ini, ada dua projek berbeza dilancarkan.Lagilah tak cukup tangan.Hmm..Nampak gaya kenalah belajar sabar dalam bersabar...

Kisah di rumah lagilah..Nak basuh baju kena ikut turn..Maklumlah duduk serumah dengan ibunda tercinta, adik-adik pun ada.Pagi-pagi berebut mesin basuh, berebut ampaian.Kalau tak settle lagi, kenalah tunggu..Huhu..

Barang dapur lagi, pun terkejar-kejar nak arrange dengan emak. Itupun, adik dah ambil alih.Lega sikit kat situ. nak beli. Yelah balik kerja pun masing-masing pukul 5.30 -6.00 petang.Masa pun dah semput..Nasib baik Pasar Tani Kuantan dah ada setiap Rabu dan Ahad depan pejabat, bermula minggu lepas ,area Stadium Darul Makmur, cuma seberang jalan aje la.Cuma lambat jumpa Aina aje la.Sabar ye Aina.

Agaknya dalam hidup memang sentiasa terkejar-kejar kan.Nak urus diri sendiri pun tak sempat.Waa!


 Penyelesaiannya, selepas ini saya kena serius buat kerja saya.No smiling face!Ada berani?

Wallahualam.

1 inspirasi naluri :-):

Julia Johari said...

Waaa rajin yer dear...go dear go!