Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Zaman teknologi dan maklumat di hujung jari sememangnya amat mencabar Apatah lagi untuk bidang profesional seperti perubatan, undang-undang dan seumpamanya.Well, saya rasa ia memang sangat memberi kesan besar kepada kerja saya.
Sebab kadang-kadang yang datang bawa perjanjian sendiri katanya, digoogle tanpa meminta pandangan mereka yang berpengetahuan, dan ianya tidak memberi perlindungan yang menyeluruh dan tidak bleh dijadikan bahan pembuktian yang kukuh, Kemudian, pihak kami tak dapat nak diselesaikan.kemudian kata, perundangan tidak adil.
Ada juga yang membandingkan kes diri sendiri dengan kes kawan-kawan lain, Tak semuanya fakta serupa.Tak semua penyelesaian serupa.Mungkin serupa tapi tak sama,Sebab kita kena cungkil satu persatu.
Melatah dan membuat tindakan sendiri. Tindakan di luar emosi kemudian tidak mahu mendengar penerangan pihak yang berpengalaman dan berpengetahuan. Akhirnya merugikan diri sendiri.
Perlu ingat kita manusia, bukannya sempurna.Begitu juga dengan sistem, tak semuanya sempurna,Adakalanya offline juga.
Bayangkan hampir setiap hari menerima keadaan yang begitu.
Saya tengah draf perjanjian kes A, Kemudian klien B datang menceritakan situasinya, perlu fokus untuk membezakan fakta dan emosi. tengah berbincang ada panggilan handset dari C dan orang D interkom! Wassap dan SMS dari E & F. Emel dari G serentak!kerja 7 in 1!
Mana tak penat dan stress.Apa yang saya harapkan semua boleh bersabar dan memberikan respon sewajarnya.Tak usah nak compare begitu dan begini,
Apa yang kita boleh buat banyakkan tolak ansur, hormat orang tak kira tua dan muda.Sebarkan kasih sayang. Please..Jngan ikut emosi yang melulu dan suka menuduh..
Mood: Nak hilangkan stress
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment