9/19/17

Review: Electric Lunch Box

BY humble.yat IN , 2 comments

Assalamualaikum wbt

Akhirnya saya pun terjebak dengam periuk dorameon ni.Dapat tahu kisah periuk doraemon ni www.juliajohari.com .Rajin betul dia masak di ofis dengan menu yang simple.Memang jadi inspirasi saya. Nak nak zaman berjimat-jimat.Bila masak sendiri, kesihatan kita pun terjamin dengan kebersihan yang kita amalkan.Macam ada MSG dan sebagainya.


Akhirnya, kononnya sebagai persiapan penjimatan ekonomi keluarga mengenangkan harga makanan yang ada di kedai makanan.Maka, saya pun terjebak membelinya dari LAZADA. MAsa tu LAZADA buat Year End Sale, dapatlah dalam RM45 ++.  At least boleh panaskan makanan dan buat sup pun jadilah. Hehe, tapi tak sempat guna pun di tempat kerja, sebab saya telah berhijrah ke dunia baru. Tapi, of course kita rasmi ELB di rumah dengan panaskan sup tulang dan kukus mee serentak.


Baki sup tulang yang ada..:-)


Mee kuning kukus yang lembut ..:-)

Hasilnya, memang panas and fresh from oven, mee yang lembut..Sampai kami kena tunggu kuah sup tulang tu sejuk dulu baru boleh makan.

Setakat ni banyak guna untuk panaskan lauk sahaja, masak nasi untuk dua orang.Jadi tak perlu rice cooker yang besar. Tapi saya rasa ok sangat dan berbaloi beli ELB ni sebab kita boleh fokus makanan yang tidak berminyak i.e good for your health.

Boleh buat juga buat telur separuh masak dan telur rebus, tapi kita kena alert dengan masa.Terlebih masa, maka telur separuh masak boleh jadi telur rebus hehe.

Beli ELB ni kita dapat , tempat letak telur rebus dan pot nasi yang comel, dan ikut sukatan periuk ELB ni.

Ok cara guna ELB ni, kita letak air dalam bekas utama, biasa saya letak air panas terus, cepat sikit waktu masaknya. kemudian letaklah periuk dan pengukus tu.On suis, nampak lampu menyala,then jaga timer memasak.Bila nampak dah keluar asap tu, bolehlah jenguk sama ada makanan dah panas ke belum ye.

Ok selamat terjebak dengan ELB...hehe


2 inspirasi naluri :-):

NabilaHasyim said...

wuaaa, tak nak terjebak...

dah banyak sgt wishlist barang nak beli..
banyak la nak kena menabung, huhuhu

Julia Johari said...

Baru terbaca sini, wah terima kasih sudi tag julia. Terharu! Sedapnya awak masak! ❤😘