8/30/21

Review : Al Quran Tagging Since 2018

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Rasanya semua orang dah ada Al Quran Tagging kan? macam koleksi wajib untuk kita. Saya dah beli sejak 2018, pada awal kemunculan Al Quran Tagging. Antara sebab pembeliannya, sebab saya nak ada satu Al Quran yang boleh dibawah travel, muat diletak di dalam beg. 


Masa 2018, zaman e-alquran, semua dah boleh install dalam phone. Tapi bila pegang Al Quran, roh dan jiwa itu ada bila membaca. Perasaannya berbeza dari e-Alquran. Boleh peluk, boleh cium. Satu perasaan terindah. Bila dah start baca, mesti susah nak berhenti kam?

 Dulu, guna Al Quran Rasm Uthmani tanpa tafsir, laju laju baca sebab nak khatam. Tapi sejak dah meningkat usia ni, rajin sikit nak baca tafsir, asbab nuzul. Allahu, lagi syahdu rasanya.



Saya letak tarikh beli atas Al-Quran, ikut gaya arwah abah, setiap kali beli buku, mesti tulis nama dan tarikh beli.Jadi al Quran ini dah berusia 4 tahun. Alhamdulilah.



Antara tagging terpilih dan ayat penyejuk hati , siapakah Sahabat Nabi diterangkan di dalam Surah Al Hujurat.Tentang perdebatan antara sahabat nabi kita menjadi asbab turunnya ayat ini.

Serius, memang kusyuk baca kisah asbabul nuzul.

Jadi, koleksi Al- Quran yang seterusnya adalah..Asbabun Nuzul, kepunyaan zauj. Saya tumpang baca je. hihi. Banyak kategori buku Al-quran ya. Antaranya, Waqf dan Ibtida'  dan Miracle, The Reference lengkap dengan panduan tajwid yang berwarna warni. Biasanya baca bergilir-gilir . 




Sebenarnya, saya paling takut, kita membaca Al quran, tetapi tidak memahaminya.Maka, bagaimana kita mahu berpegang kepada Al Quran dalam kehidupan kita?

Jadi baca, faham dan amal itu yang paling utama. Cintakan Allah dan Rasulnya.

Sekian. Semoga bermanfaat sebagai perkongsian syurga kali ini.


Jagung , PKP, PKPD dan Kuarantin.

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.

Di dalam tempoh PKP 3.0 , PKPD Kuantan dan kuarantin 14 hari, selalu ada budak-budak datang ke rumah ke rumah untuk menjual jagung. Satu plastik RM10, ada 5-6 batang mengikut saiz .Memang berbaloi membeli jagung-jagung tu. Sampai setiap kali , jagung ada, mesti beli sebab anak anak suka.

Antara masakan jagung yang telah dibuat, puding jagung, cucur jagung, jagung banjir, jagung bakar,  dan jagung rebus dan cupcorn. Lepas tu taktau nak masak apa, guna balik masakan tadi, ulang sampai jagung habis haha.

So kita tepek sikit gambar masakan jagung untuk memori PKP dan pandemik.

Jagung Bakar Mentega


Jagung direbus di dalam Periuk Noxxa selama 15 minit, kemudian disapu dengan mentega dan susu pekat dan bajar atas pemanggang. Dah siap, boleh dihidang. Simple.


Cucur Jagung Lemak Manis


Saya guna dua tongkol jagung, dua cawan tepung, dua cawan air panas, sesudu marjerin, sebiji telur sesudu susu pekat manis, sedikit gula dan garam. kacau, bulat-bulatkan dan goreng panas-panas. Sekali hadap terus habis , sebab rangup , lembut di dalam. 

Bubur Jagung Bersagu


Bubur jagung pun saya gunakan dua tongkol jagung, sekotak santan kelapa, sekeping gula melaka, sedikit sagu merah, daun pandan , sedikit gula dan garam. Siap dan mudah dimasak. Janji jaga sukatan ye.

Jagung Kuah Banjir


Mencuba pula resipi viral, letak jagung dipotong macam dalam gambar, letak 1 tin susu cair , sedikit gula , garam dan mentega. Rebuskan sehingga masak. Guna Noxxa Lagi, HP 15 dah siap.

Memang saya perlukan Noxxa, sebab banyak kerja nak kena buat.Alhamdulillah Noxxa pun masih bertahan lagi. Dah macam macam resipi ekspress dimasak akibat kejar masa. Konsep masak dan tinggal ni memang saya suka sebab kurangkan letih dan jimatkan masa.

Sep siapa macam saya.Kita Geng!

Semoga bermanfaat

8/25/21

Resipi : Roti Puri & Sambal

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak buat roti puri. Kali ni nak letak note resipi kat sini, senang nak kekalkan resipi yang ada




Bahan Roti Puri

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu minyak masak
1 sudu yis
Sedikit garam

Cara-caranya

Masukkan tepung gandum, minyak masak dan yis.Gaulkan semuanya sehingga bahan berderai.

Kemudian masukkan air dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

Biarkan sehingga doh tersebut kembang.

Bila doh kembang, uli doh menjadi doh kecil.

Kemudian leperkan mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan, sedia untuk digoreng.

Tuangkan minyak banyak sedikit sebab kita nak jiruskan minyak atas doh ketika menggoreng supaya doh roti puri itu mengembang dengan cantiknya. Jirus je minyak atas doh itu sampai kembang dan berbentuk bulat macam dalam gambar.Kemudian angkat dan toskan dan siap.

Biasanya kalau makan dalam dua keping roti puri pun dah rasa kenyang.

Bahan Sambal Pencicah

Resipi sambal pencicah ni saya pakai resipi yang sebelum ini .

Ikan bilis (blend dulu, kemudian goreng)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
6 biji tomato (tomato kena banyak dari ikan bilis)
Sedikit kicap manis
Sedikit garam

Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kering.Tumis hingga masak.
Masukkan tomato dan ikan bilis, dan sedikit kicap manis dan garam secukup rasa.

Fuh memang terangkat , nak nak kalau makan masa panas-panas
Biasanya saya buat pada hujung minggu sahaja. Hari kerja memang tak sempat.

Selamat mencuba