9/13/21

Morning !!! Simple Breakfast In Office

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Breakfast simple hari ini. Kopi Habbatus Sauda & Roti Bakar Pandan Kelapa.

First time rasa Roti Bakar Pandan Kelapa dari Gardenia.Sedap macam rasa roti bakar kopitiam, ada rasa kaya macam Roti Butterscotch. Siapa yang suka manis manis tu maybe suka. Saya makan pun sekadar alas perut.

Ok jom mulakan dengan amalan pagi.Jangan Monday Blues cepat sangat.
Jom kita mulakan setiap pagi kita dengan....

Surah Al Kahfi 
Zikir
Al Mathurat
Selawat ke atas nabi 
Doa dipermudahkan urusan
Doa sebelum memulakan kerja
Asmaul Husna

Kalau nak senang dengar sahaja,  list Amalan Doa Pagi yang saya compilekan di sini. 

Semoga urusan kita semua dipermudahkan.Aamin

9/8/21

DIY: Anti Slip Untuk Cermin Mata

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

2021 , saya masih "specky girl". Tak pakai contact lens sebab tak pandai. Nak buat lasik, tapi masih selesa berspek. Bila dah jadi umi ni, memang kena cari spek yang tahan lasak, ada spring dan  tak mudah patah, walaupun pada mulanya saya suka spec frameless sebab nampak professional, dan half frame. Dua dua ni kesukaan saya. Tapi bila anak anak dah pandai tarik spek, memang kena cari spek plastik sahaja.

Spek mata sekarang dah banyak murah murah.Dulu kalau nak buat spek mata mesti kena bajet dalam RM500.00 -RM700.00. Memang berkira masa tu, Sekarang RM 300 dah boleh dapat, untuk spek saya, multi coated, UV blue , anti silau dan dengan kanta yang dinipiskan. 

Masalah yang timbul bila pakai spek plastik yang biasanya tiada anti slip kat hidung, ialah melorot dan jatuh sedikit ke bawah. Memang tak selesa bila nak baca, berbaring sambil tengok TV sebab melorot. 

Jadi, survey punya survey, eh ada rupanya aksesori anti slip ni. Kita beli dulu, ada anti slip di telinga dan ada anti slip di bahagian hidung yang sesuai untuk spek mata saya.


Inilah rupanya Anti Slip Silikon untuk spek di bahagian hidung. Nampak macam rama-rama kan? Pertama kita kena bersihkan bahagian spek di hidung untuk menghilangkan kotoran dan minyak. Bila bersih, anti slip boleh melekat dengan kuat pada spek.



Yang Ini, anti slip silikon di bahagian telinga spek. Sarungkan sahaja di kedua-dua belah spek dan pakai. Anti Slip Telinga iniyang paling berjasa. Dah pakai hampir lima bulan, pun masih ok lagi.Jom kita tengok rupa sebelum dan selepas yang saya buat.


Tadaaa...nampak kan beza.Sedikit perubahan tetapi sangat menyelesakan saya. Anti Slip di bahagian hidung boleh bertahan sebulan, sebab dah mula-mula dan hilang lekapannya. Jadi, saya beli banyak banyak dari China, senang nak buat backup. Tapi, anti slip di bahagian telinga sahaja pun dah ok dan selesa. 




Selain tu, spek juga memerlukan penjagaan luaran yang lain.Sejak berlaku pandemik ni,kita kan pakai facemask, masalah wap di spek mata pula berlaku. Maka, saya beli spray cleaner anti fog dan kain lap spek anti fogging.

Alhamdulilah membantu sangat. Spray Anti Fog tu, saya tinggalkan di rumah sahaja. Yang kain lap spek Anti Fogging, saya letak di dalam handbag, senang dan mudah untuk digunakan pada bila bila masa dan di mana mana sahaja.

Beza kain spek yang biasa dan kain spek anti fog, adalah ketebalan dan fungsi kain ye. Harga kain spek anti fog ini lebih mahal dari kain spek yang biasa dalam RM6.00. Berbaloi dengan harga dan kegunaannya sebab dah takde masalah wap di spekmata dengan facemask.

Ok semoga bermanfaat untuk semua sahabat specky.


8/30/21

Review : Al Quran Tagging Since 2018

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Rasanya semua orang dah ada Al Quran Tagging kan? macam koleksi wajib untuk kita. Saya dah beli sejak 2018, pada awal kemunculan Al Quran Tagging. Antara sebab pembeliannya, sebab saya nak ada satu Al Quran yang boleh dibawah travel, muat diletak di dalam beg. 


Masa 2018, zaman e-alquran, semua dah boleh install dalam phone. Tapi bila pegang Al Quran, roh dan jiwa itu ada bila membaca. Perasaannya berbeza dari e-Alquran. Boleh peluk, boleh cium. Satu perasaan terindah. Bila dah start baca, mesti susah nak berhenti kam?

 Dulu, guna Al Quran Rasm Uthmani tanpa tafsir, laju laju baca sebab nak khatam. Tapi sejak dah meningkat usia ni, rajin sikit nak baca tafsir, asbab nuzul. Allahu, lagi syahdu rasanya.



Saya letak tarikh beli atas Al-Quran, ikut gaya arwah abah, setiap kali beli buku, mesti tulis nama dan tarikh beli.Jadi al Quran ini dah berusia 4 tahun. Alhamdulilah.



Antara tagging terpilih dan ayat penyejuk hati , siapakah Sahabat Nabi diterangkan di dalam Surah Al Hujurat.Tentang perdebatan antara sahabat nabi kita menjadi asbab turunnya ayat ini.

Serius, memang kusyuk baca kisah asbabul nuzul.

Jadi, koleksi Al- Quran yang seterusnya adalah..Asbabun Nuzul, kepunyaan zauj. Saya tumpang baca je. hihi. Banyak kategori buku Al-quran ya. Antaranya, Waqf dan Ibtida'  dan Miracle, The Reference lengkap dengan panduan tajwid yang berwarna warni. Biasanya baca bergilir-gilir . 




Sebenarnya, saya paling takut, kita membaca Al quran, tetapi tidak memahaminya.Maka, bagaimana kita mahu berpegang kepada Al Quran dalam kehidupan kita?

Jadi baca, faham dan amal itu yang paling utama. Cintakan Allah dan Rasulnya.

Sekian. Semoga bermanfaat sebagai perkongsian syurga kali ini.


Jagung , PKP, PKPD dan Kuarantin.

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.

Di dalam tempoh PKP 3.0 , PKPD Kuantan dan kuarantin 14 hari, selalu ada budak-budak datang ke rumah ke rumah untuk menjual jagung. Satu plastik RM10, ada 5-6 batang mengikut saiz .Memang berbaloi membeli jagung-jagung tu. Sampai setiap kali , jagung ada, mesti beli sebab anak anak suka.

Antara masakan jagung yang telah dibuat, puding jagung, cucur jagung, jagung banjir, jagung bakar,  dan jagung rebus dan cupcorn. Lepas tu taktau nak masak apa, guna balik masakan tadi, ulang sampai jagung habis haha.

So kita tepek sikit gambar masakan jagung untuk memori PKP dan pandemik.

Jagung Bakar Mentega


Jagung direbus di dalam Periuk Noxxa selama 15 minit, kemudian disapu dengan mentega dan susu pekat dan bajar atas pemanggang. Dah siap, boleh dihidang. Simple.


Cucur Jagung Lemak Manis


Saya guna dua tongkol jagung, dua cawan tepung, dua cawan air panas, sesudu marjerin, sebiji telur sesudu susu pekat manis, sedikit gula dan garam. kacau, bulat-bulatkan dan goreng panas-panas. Sekali hadap terus habis , sebab rangup , lembut di dalam. 

Bubur Jagung Bersagu


Bubur jagung pun saya gunakan dua tongkol jagung, sekotak santan kelapa, sekeping gula melaka, sedikit sagu merah, daun pandan , sedikit gula dan garam. Siap dan mudah dimasak. Janji jaga sukatan ye.

Jagung Kuah Banjir


Mencuba pula resipi viral, letak jagung dipotong macam dalam gambar, letak 1 tin susu cair , sedikit gula , garam dan mentega. Rebuskan sehingga masak. Guna Noxxa Lagi, HP 15 dah siap.

Memang saya perlukan Noxxa, sebab banyak kerja nak kena buat.Alhamdulillah Noxxa pun masih bertahan lagi. Dah macam macam resipi ekspress dimasak akibat kejar masa. Konsep masak dan tinggal ni memang saya suka sebab kurangkan letih dan jimatkan masa.

Sep siapa macam saya.Kita Geng!

Semoga bermanfaat

8/25/21

Resipi : Roti Puri & Sambal

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak buat roti puri. Kali ni nak letak note resipi kat sini, senang nak kekalkan resipi yang ada




Bahan Roti Puri

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu minyak masak
1 sudu yis
Sedikit garam

Cara-caranya

Masukkan tepung gandum, minyak masak dan yis.Gaulkan semuanya sehingga bahan berderai.

Kemudian masukkan air dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

Biarkan sehingga doh tersebut kembang.

Bila doh kembang, uli doh menjadi doh kecil.

Kemudian leperkan mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan, sedia untuk digoreng.

Tuangkan minyak banyak sedikit sebab kita nak jiruskan minyak atas doh ketika menggoreng supaya doh roti puri itu mengembang dengan cantiknya. Jirus je minyak atas doh itu sampai kembang dan berbentuk bulat macam dalam gambar.Kemudian angkat dan toskan dan siap.

Biasanya kalau makan dalam dua keping roti puri pun dah rasa kenyang.

Bahan Sambal Pencicah

Resipi sambal pencicah ni saya pakai resipi yang sebelum ini .

Ikan bilis (blend dulu, kemudian goreng)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
6 biji tomato (tomato kena banyak dari ikan bilis)
Sedikit kicap manis
Sedikit garam

Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kering.Tumis hingga masak.
Masukkan tomato dan ikan bilis, dan sedikit kicap manis dan garam secukup rasa.

Fuh memang terangkat , nak nak kalau makan masa panas-panas
Biasanya saya buat pada hujung minggu sahaja. Hari kerja memang tak sempat.

Selamat mencuba

6/24/21

Throwback PKP 1.0

BY humble.yat 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt.



Sekarang dah sampai PKP 3.0. PKP 1.0 memang kena kejutan budaya. Mana taknya , dengan kerja banyak yang tergendala disebabkan kebanyakan pejabat kerajaan ditutup.

Emosi klien yang perlukan sumber kewangan yang segera sedangkan pejabat peguam tidak dibenarkan buka.Sudahnya, sepanjang tempoh PKP, kena tenangkan klien bahawa kita semua mengalami masalah yang sama.Bukan kita sahaja, tetapi satu Malaysia dan satu dunia.Allahu..

Anak anak pula dah bermula dengan PDPR, masalah line internet dan gajet  pula .Nasib baik masa  PKP 1.0, Unifi ada memberi unlimited hotspot, berjimat guna data yang ada.

Kini, ada tiga jawatan yang disandang di rumah sepanjang PKP, surirumah, guru PDPR, dan peguam WFH.

Semoga Allah melindungi kita  dari segala wabak penyakit covid 19 dan memberikann kesabaran, kekuatan untuk kita mengharungi segala ujian. Aaminn.

9/17/20

Terima Kasih, Sabar

BY humble.yat No comments

Bismillairahmanirahim

Assalamualaikum wbt.


Terima kasih atas kesabaran.

Orang yang selalu menderita adalah orang yang sabar.

Untuk menjadi sabar, perlu ada sifat redha dan ikhlas.

Adakala ketika kita tidak dapat menahan sabar, belajarlah menahan diri untuk seketika sebagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita.

Tukarkan mood marah kepada istighfar, zikir .

Barulah kita boleh menjadi orang yang positif.

Wallahualam.