1/22/14

Resipi : Acar Buah

BY humble.yat IN 5 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog. Berhabuk Fuuuh! Jom kita serikan dengan resipi acar buah.

Antara petua yang diperturunkan oleh ibu mertua untuk membuat cara buah yang sedap and the bomb!

1- Bawang -kena guna bawang india( yang kecil-kecil tu)
2- Cili kering - Cari yang kerinting-kerinting (untuk kurangkan pedas acar buah)
3- Jeruk buah-buahan - cari dalam 5 jenis yang kering-kering , bukan jenis berair.Setiap jenis lebih kurang segenggam je dah cukup.Boleh cari di pasaraya (Giant pun boleh, banyak pilihan sikit)

Ok jom kita tengok bahan-bahannya pula...

  • Rempah (kayu manis, jintan putih, jintan manis dan etc-biasa ada dalam paket rempah )
  • Minyak masak
  • Bawang merah india - (saya beli RM3.00 je) - sedikit sahaja hiris untuk ditumis, yang lain belah dua.
  • Bawang putih - 4 biji
  • Halia - 3 ketul ( dihiris panjang- contoh dalam gambar)
  • Cili kering -dikisar
  • Cuka -1/2 botol
  • Gula, garam secukup rasa
  • 1 paket rempah kari
  • Jeruk pilihan (banyakkan yang jenis kering yek)- bilas dan rendam dengan air kapur
  • Kurma, kismis , prune, buah pala

Antara favourite sy.
Jeruk mangga ni antara favourite saya.Secara jujurnya, saya tak letak banyak pun jeruk mangga ni,rasanya macam tak sesuai rupanya.Hehe..sedap lagi buah prune, pala, kurma.

Caranya macam ni, tumis bawang merah , putih, halia.Kemudian paket rempah yang ada kayu manis dan yang lain-lain sampai naik bau.

Kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi , masak sampai pekat.
Masukkan rempah kari, cuka, gula dan garam sampai pekat, dan nampak macam kuah.
Bila dah pekat, masukkan buah-buah pilihan tadi, dan gaul sampai  rata.
Siap :-)

Sedap tak?Homemade ni..
Saya buat hari tu, memang dapat banyak! bolehlah buat stok sebulan, Acar buah, kalu disimpan lagi lama , lagi sedap sebab semua perasa buah tadi dah sebati.

Kalau simpan dalam balang kaca lagi tahan lama. Saya simpan dalam "bolor" je (balang plastik) pun tahan juga sebulan lebih. Jadi penambah selera setiap kali makan.

Selamat mencuba :-)



1/10/14

Back To Basic...Kenal Allah..

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Bila hati rasa tak tenteram, resah gelisah, gundah  gulana tanpa sebab...ingat Allah!
Kalau boleh setiap saat ingat Allah..!

Antara cara lain mempertingkatkan amal di kala penghujung zaman, yang paling berkesan ialah lima cara di bawah ini:

1. Baca Al Quran dan maknanya
2. Solat malam
3.Berkumpul dengan orang-orang soleh
4. Banyakkan berpuasa
5.Zikir malam

Baca Al-Quran dan maknanya
Memang mudah membaca makna Al Quran, memandangkan teknologi, gajet dan aplikasi yang ada,Semuanya jadimudah..Tapi berapa banyak kita menghayatinya dengan sepenuh hati?

Saya percaya jika kita mengenal maknanya dengan hati kita, ia akan menyentuh iman kecil kita, menghayati bait-bait maknanya sudah cukup buat hati kita sebak.Serius

Baru-baru ini saya baru jumpa satu video klip animasi juzu Amma oleh Muhammad Thoha Al Junayd, qari kanak-kanak yang lunak bacaannya.Saya kongsikan dengan permata hati saya, Aina Syafiyah.Sambil dia mendengar dan melihat video tersebut, saya membaca makna surah An Naba..Ya hanya tafsir surah An Naba..



"Tentang apakah mereka bertanya-tanya?"
"Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)."
"Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya."
"Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu)."
"Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka)."
"(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?"

Antara tafsir surah An Naba, yang cukup buat saya rasa sayu.Betullah jika nak  ubat resah hati, memperbaiki amalan dan iman kita, fahami makna A-Quran.Beriman dengan Allah.

Solat Malam
Bagi mereka yang telah menjadikan solat malam ini sebagai habit, tahniah saya ucapkan.Peristiwa yang menimpa keluarga saya baru-baru ini , arwah sepupu yang meninggal dunia di dalam tidur dan antara amalan yang terakhir sebelum dia pergi, adalah solat malam.Cukup membuat saya tersentak.T.T Maka, benarlah, setiap kematian itu, adalah untuk memperingatkan sesuatu kepada yang masih hidup.

Berkumpul dengan orang-orang soleh
Yang ini paling bermakna,bila berkumpul dengan mereka, seolah-olah kita juga mendapat aura untuk memperbaiki diri.Antara alternatif yang ada, usrah dan taalim.Allhuakbar..sudah lama tak bertaalim bersama keluarga!Harus dimulakan semula...

Banyakkan berpuasa
Selagi ada peluang berpuasa, maka berpuasalah.Selagi ada nafas, selagi ada hari baru untuk kita.Semoga ia akan mempertingkatkan iman kita dalam menenangkan hati, mengawal nafsu yang ada.

Zikir malam
Amalan yang paling mudah, jika terjagadi tengah malam, tanda Allah rindukan zikir kita, maka beristighfar lah selagi ada masa untuk kita berzikir.

Wallahualam.Sekadar merenung diri.

1/6/14

Pergi Tak Kembali

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Pergi Tak Kembali 1


2 Januari 2014, selepas Subuh kami mendapat berita tentang pemergian sepupu kami, arwah Shahirah, 19 tahun meninggal di dalam tidurnya.Arwah adalah penuntut di sekolah pengajian pondok, di Sungai Buloh. Ayah arwah (Pakcik Bawi) beritahu kami, bahawa kali terakhir arwah dilihat solat malam pada 1 pagi, sebelum menyambung tidurnya.Rakan sebilik cuba gerakkannya untuk solat Subuh, Namun, tidurnya tak akan bangun , tetapi bangun di "syurga" sana.

Tersentak saya mendengar berita itu, membuatkan saya berfikir, bagaimana akhirnya " tidur " kita nanti. Lebih indah jika "tidur" kita diakhiri dengan solat malam, pertemuan dengan Allah Yang Maha Pengampun.Semoga kita semua juga mendapat "husnul khatimah"

Dugaan keluarga mereka ini besar, kerana sebelum ini mereka diuji dengan kebakaran rumah mereka sekeluarga.kemudian kehilangan anak.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian ini,Dan semoga arwah ditempatkan di klangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah......

Pergi Tak Kembali 2


5 Januari 2014, kami diberitakan bahawa anak sepupu kami meninggal sejam selepas dilahirkan.Difahamkan disebabkan degupan jantung yang lemah.Teringat pula saat Aina Syafiyah dilahirkan yang saya tak pernah coretkan di blog ini.Cukuplah ia menjadi satu kesyukuran buat kami sekeluarga.

Dan catatan-catatan dari sepupu kami ini amat menyentuh sanubari.

credit FB
Al Fatihah....

Nota Naluri:
Sama-sama kita target husnul khatimah, lajukan gear amar maaruf. Sentiasa berbuat kebaikan di dalam saat kehidupan kita.

12/24/13

Lajukan "Gear" Amar Makruf...

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Akhirnya kita sudah sampai ke penghujung tahun 2013.Saya pasti sudah bermacam-macam kita lalui pahit manis sepanjang 2013.Suka duka kehidupan.Semoga apa yang kita lalui sepanjang tahun ini membuatkan kita semakin bertambah matang, di samping dapat menambahkan ilmu dalam kehidupan.

Kita bukan sekadar menghampiri penghujung tahun.Tetapi mungkin sudah hampir ke penghujung zaman, ataupun hari kiamat.Seringkali, artikel berkaitan hari kiamat sering direncanakan di newsfeed laman sosial.Kadang-kadang ada rasa takut untuk berdepan dengan hari kiamat.Mengenangkan amalan-amalan yang kita lakukan saban hari, sama ada ia diterima ataupun tidak.

Dulu, pernah waktu belajar, ketika itu saya tak tahu jodoh saya dengan siapa, tetapi saya sangat mengharapkan, saya akan punya pengalaman melahirkan seorang zuriat.Kenapa?Sebab pahala melahirkan anak ini sangat besar......Tak dapat dibayangkan macam mana ganjarannya.Alhamdulilah , Allah swt, telah memberikan satu pengalaman yang tidak saya akan lupakan seumur hidup.

Jadi sekarang, bila cerita tentang hari kiamat ini tersebar sebagai tanda peringatan kita, apa yang kita harus lakukan?Takkanlah nak mengenangkan nasib diri umur yang tak panjang kan?

Jadi, please, jadilah positif, selagi masih ada nafas dan tenaga, jangan berhenti berniat untuk melakukan segala amalan yang baik.Kejarlah segala amalan kebaikan yang kita mampukan dengan segala kudrat kita.Maknanya, kita kena lajukan "gear" untuk amar makruf nahi munkar.

Rasullullah s.a.w besabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Soalan ini pula selalu diperingatkan untuk diri sendiri sebagai langkah persediaan untuk mental dan diri sendiri dan pernah dilontarkan pada zauji pada awal perkahwinan kami.

[ Pejamkan mata,dan bayangkan orang-orang yang kita paling sayang, mak, ayah, suami, isteri anak dan adik beradik.Adakah kita kita sanggup kehilangan mereka serta merta? ]

Adakalanya saya juga tak sanggup nak pejamkan mata demi membayangkan kehilangan mereka.Tetapi saya mohon pada Alalh, supaya, jika mereka pergi nanti, semoga Allah swt memberikan kekuatan pada saya.Semoga hati saya sentiasa reda menerima segala ketentuannya.

Tetapi manusia ini memang hatinya lemah.tetapi apa yang boleh kita buat, "practise".Sebab....


Wallahualam.

12/13/13

Singgah Solat :Musolla Zenith

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Segmen Singgah Solat kembali lagi.Kal ini berkesempataan singgah di Hotel Zenith yang terletak di hadapan East Coast Mall, Kuantan. Hotel Zenith memang terkenal dengan ketinggian, dan rekaan bangunannya yang "outstanding" di Kuantan. Terletak di Aras Dua Hotel Zenith.Kena naik lif.


Ini adalah  ruang solat perempuan, Selesa, Bersih, dan penghawa dingin yang sejuk sangat.Nampaknya dijaga rapi oleh pihak pentadbiran.


Ada rak letak kain sembahyang.Juga dilipat dan di susun dengan kemas di tempatnya,(tengah cari idea untuk ruang solat pejabat lagi ni


Sejadah-sejadah yang ada menambahkan kemudahan surau di sini.


Ada cermin yang besar dan tinggi, dan sebuah kerusi disediakan untuk mereka yang tidak mampu solat berdiri seperti biasa.



Rak kasut dan terompah untuk ambil wudhu.Ada karpet untuk keringkan kaki sebelum masuk ke ruang solat.

Alhamdulilah, puas hati dengan kemudahan yang disediakan.Semoga Allah berkati:-)


12/12/13

Review Buku-Buku

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



"Mudahnya Menjemput Rezeki".Memang terbaek!Segalanya bermula dari sendiri untuk mensyukuri nikmat yang ada.Sambil "Q" dan prosedur mediasi di mahkamah pun, ralit saya membaca.Nasihat dan panduan yang diberi pun praktikal dalam realiti kehidupan kita. Bahasa yang senang dihadam.Tanhniah buat penulis.


Buku ini masih dalam progress.Silibus Pendidikan .Di samping mahu mendidik anak, boleh tarbiah diri sendiri juga kan?Allahu Rabbi...


Hoho..yang ini memang kritikal.Jurnal Undang-undang.Akan diguna setiap masa waktu bekerja untuk menangani masalah yang timbul.Belajar memang tak pernah berhenti kan?

Ada lagi buku-buku lain.Tak terlarat nak upload.Insha Allah, jika masa mengizinkan, saya akan rekod buku tu di sini...



12/10/13

Idea: Alternatif Persediaan Menghadapi Banjir

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Mengenai banjir baru-baru ini yang berlaku di Kuantan.Rumah keluarga mertua saya dan sepupu saya antara yang terlibat.Bilik yang kami biasa tidur, katilnya pun dah "out", tak boleh pakai lagi, almari baju kembang, laci pun tak boleh guna.Kerusi meja makan pun "out".

Banjir di kawasan sekeliling rumah adalah paras pinggang.Di dalam rumah aras paha.

Kebanyakan barang-barang yang bersidai adalah tilam katil.Basah ditenggelami air.TAk boleh guna.Wajiblah buang.

Allahurabbi!

Makanya, mungkin alternatif perabut selepas ini ;

AIR BED/SOFA AIR BED.

Link
Sebab cara penjagaan yang mudah.Tilam tak basah kena banjir.Kalau banjir pun, mngkin boleh dijadikan sebagai pelampun, ataupun bot segera..Huhu

DINING SET


Kalau kerusi kayu, akan kembang bahagian bawah maka tidak kukuh.Yang ini mudah disimpan.

Dokumen Penting , Letak dalam satu kotak macam ni. Mudah di susun atur, dan dibawa ke tempat yang lebih selamat



Alternatif simpan peti ais, mesin basuh, dan barang elektrik yang lain masih tak ada idea lagi.Bila berlaku banjir besar lagi, apa yang boleh buat, selamatkan apa yang penting dan nyawa kita dulu.

Apa yang saya belajar dari musibah banjir dari keluarga mertua, mereka membuat para di antara pagar dan tingkap, dan meletakkan apa-apa yang ada.Jadi terfikir, mungkin idea yang ada macam para di dalam bas kat atas kepala kita tu kan?

Ini hanya pelan sediakan payung sebelum hujan.

Wallahualam

Nota Naluri:
Sekarang ni bila nampak langit gelap je, dan dah mula hujan je. dah mula trauma, asyik-asyik tengok air Sungai Kuantan.Lepas tu tengok bateri handset, tengok minyak kereta dan duit cash yang ada

Semoga Allah swt lindungi kita semua.