Lokasi, di sebuah kedai kopi, selepas waktu pejabat, teh panas dan alunan asapnya menjadi peneman kami pada petang itu.Kami berjumpa untuk bertanya khabar dan cuba membantu menyelesaikan isu masing-masing. Kadang-kadang ada juga luahan geram mereka .Cerita yang berulang kali dan kesimpulan yang sama, kecuali dengan gaya cerita dan watak-watak sahaja yang berbeza.Teringat pula lirik "Cerita Kedai Kopi",
"Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi"
Mungkin masing-masing punya hak untuk meluahkan perasaan masing-masing, masalah dunia dan masalah peribadi mereka.Tapi bagaimana untuk menjadikan luahan masalah peribadi tadi mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah?
Satu sahaja jawapan yang pasti, "Whatever you do, makes it worth in the eyes of Allah". Pastikan setiap perbualan kita walaupun di kedai kopi itu untuk mendapat keredhaanNya. Betulkan niat kita, sebelum melangkah ke kedai kopi.
Walaupun hanya perbualan secangkir kopi, niat yang disertai tadi mempunyai nilai yang amat hebat dan tanpa disedari mungkin Allah s.w.t akan mengurniakan ilham dan jawapan kepada soalan kita yang tidak terjawab pada sebelumnya dan akan mempunyai konklusi yang sangat hebat.
“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.
2 inspirasi naluri :-):
buatlah pd perkara yg mendatangkan mafaat tapi bukan pada kerugian ..
perkara manfaat tidak merugikan kita, malah pahala akan digandakanNya Insha Allah:-)
Post a Comment