1/27/11

Macam Mana Nak Cari Barang Hilang?

BY humble.yat 7 comments


Tengahari semalam, saya dijemput oleh dua sahabat saya untuk makan tengahari.Sangat "urgent".Berdebar pula saya, apa kaitannya dengan saya.Kata mereka, nak minta bantuan "ustazah loyer".Adoi, dapat gelaran baru pula.Mereka pun tidak kurang hebatnya, cuma mungkin situasi yang panik menjadi penyebabnya.



O, rupanya, ada dokumen penting hilang melibatkan impak besar. Berat juga tu.

"Dah cari banyak kali, tapi kami yakin ada dalam pejabat tu.Mustahil hilang macam tu..."
"Berapa kali?"
"Entah, tak terkira dah, Yati"
"Cari lagi, cari setiap satu jangan jemu, buat solat hajat satu pejabat"

Kemudian timbul topik tentang orang yang disorok bunian, duit hilang, tetapi melalui bantuan orang tengah yang mungkin mempunyai "anugerah". Saya juga mengenali seseorang yang boleh membantu kami, tetapi pada waktu begini, agak sukar untuk saya menghubunginya.

Teringat pula ayah kawan saya di utara, pernah membantu anaknya dari di"ganggu" dari jauh.(Wallahu alam).Kawan saya dengan nakalnya, "boleh ke minta dia tolong carikan melalui phone?".

Tergelak pula saya mendengarnya,"kalau doa sendiri lagi direct dengan Allah, baik kita doa sendiri je.Lagi senang kan.Nak -nak tengah hujan macam ni.Kalau boleh spesifikkan doa tu, jangan sekadar minta barang hilang tu terjumpa, minta sekali gerakkan hati orang-orang yang terlibat tu.Manalah tahu orang yang kita paling tak sangka itulah yang dapat membantu kita.Kalau Allah nak membantu, dia sentiasa bantu kita melalui jalan yang kita tidak pernah terfikir pun.Tapi dalam masa yang sama back up plan perlu ada . Tanda ikhtiar kita.Kalau hari ke-3 masih tak berjumpa, buat laporan polis dan dalam masa yang sama, cari lagi, dan harap-harap pada masa itu urusan dipermudahkanNYa."

Nampak mereka berdoa dengan bersungguh-sungguh sekali mengharapkan bantuanNya.Sanggup kami berhenti menghirup sup utara yang tengah panas di depan kami,T.T

Hmm..dan apa yang menarik saya jumpa cara-cara mencari barang-barang yang hilang -Darussyifaonline-Klik di sini, untuk maklumat yang lebih lanjut.

Nota.Ikhtiar harus ada dengan niat yang suci, betul dan ikhlas lillahi taala, untuk menyelesaikan amanahNya.



7 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

kalau masa duduk asrama sekolah dulu, budak2 mesti kata : "ko pegi semayang, mesti ingat punya lah kat mana ko letak barang yang hilang tu...." aduyaiii..

humble.yat said...

adoi..terkena juga mcm tu yek..
thenn, mesti jumpa kan brg tu:-)

suri said...

ada gak skli brg hilang ..]pastu cuba rest jap..ingat baik2 mesti jumpa..

tak pun berdoa..atau bernazar

humble.yat said...
This comment has been removed by the author.
humble.yat said...

wah bernazar ke suri.Maknanya mesti brg vvip kan?T.T

Unknown said...

Saya dok asrama.. Kalau ade barang hilang.. Memang dapat jumpe balik sape yang curi.. Sbb ramai yang pandai scan.. Katanya bukak hijab sbanyak 3 lapis je.. Dah boleh scan dahh..
Lagi satu boleh baca fikiran orang

Anonymous said...

Salam kenal dan singgah sini..blog saya http://cararesepi.blogspot.my