Saat gadis melintas, ketika itulah mata-mata lelaki menyorot langkah kaki si gadis itu.Memang tidak dinafikan, kebelakangan ini fesyen dan trend telah menampakkan susuk si gadis itu dan yang pasti lelaki pasti terpukau dengan "kecantikan " ini, ada pula yang berkata (atau mengambil kesempatan) "Cantiknya ciptaan Tuhan!" "Rugi kalau tak tengok, rezeki dah ada depan mata","Wah comelnya, macam artis la budak tu". Dialog dan skrip biasa yang biasa dilontarkan oleh kata hati lelaki.
Saya juga pernah semeja makan bersama bersama-sama golongan ini, tak kira umur dan usia, bila si gadis yang memakai baju yang agak trendy (mungkin nampak susuk tubuh mereka), mata mereka seolah tidak berkelip dan terpaku memandang "keindahan" itu yang berada di depan mata.Sanggup berhenti menyuap makanan.
Bak kata sahabat saya, senang sahaja nak bagi peringatan kepada golongan macam ini, jika jawapan mereka itu "Cantik!" dan saat mereka terpaku itulah, jawapan kita seharusnya begini (lontaran suara perlu cukup didengari oleh mereka ya, supaya mesej itu sampai buat peringatan bersama ;
"Hmm, bidadari syurga lagi cantik daripada mereka semua!"
"Bidadari syurga lagi cantik sebab tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin, dan mereka sentiasa menjadi perawan dan tidak akan hilang daranya walaupun telah disentuh!"
"Siapa yang lebih cantik ?Perempuan itu atau bidadari syurga?"
Sampaikan kata-kata ini buat kaum lelaki supaya mereka tidak lalai, dan buat kaum perempuan, jagalah aurat juga ya, kerana bidadari syurga itu lebih cantik tanpa memakai pakaian yang "trendy".Dan kita perlu cantik dalam menjaga peribadi sebagai orang yang beriman.
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Ar-Rahmaan : 56)
6 inspirasi naluri :-):
apa saja alasan akan diberikan untuk mewajarkan tindakannya itu. lebih baik tidak mudah leka kerana panahan syaitan itu sentiasa bersedia mengabui mata.
di syura nanti wanita yg solehah akan ejadi ketua budadari dan lebih utama drp bidadari syurga kerana ketaatan kepada Allah, Rasul dan suaminya...
pejamlah mata tika lalui saat ni..jika d pandang lain jadinya
Hisyam:
setuju sgt..yg penting tetapkan iman kita dan banyakkan istighfar..:-)
maslina:
jom berusaha mnjadi ketua bidadari:-)
suri:
pejam mata dan tetapkan iman, baru teguh pendirian diri..:-)
Post a Comment