1/30/12

Ahlan Wasahlan Our Little Caliph..^_______^

BY humble.yat IN 8 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah!Saya tak tahu nak mulakan cerita dari mana, atas rasa syukur dan permintaan rakan-rakan maya, dan ucapan tahniah mereka, maka saya nukilkan cerita ini.Ahlan Wasahlan Our Little Caliph.Khas untuk kawan-kawan semua sebagai satu perkongsian..:-) Tak sanggup pula saya nak hampakan kawan-kawan yang menunggu cerita saya.Terima kasih sangat-sangat semuanya..:-)

Mungkin coretan ini panjang..tapi janganlah bosan ye membaca yek..hehe..satu kompilasi sepanjang trimester pertama.:-)

Segalanya bermula dari semangat saya hendak kuruskan badan pada awal November, sebab ramai yang tegur saya dah makin tembam bam bam, dan "lunch hour" saya bukan lagi dengan nasi, tetapi saya ambil bihun sup, rebus dan tomyam, semuanya bihun, tetapi bila balik rumah selepas waktu pejabat , kenalah makan nasi, dengan keluarga tercinta tapi saya ambil sikit je.Haruslah "coverline" hehe...

Saya dan keluarga suami pula sempat bercuti ke Langkawi selama 4 hari, di akhir bulan 11.Bila lihat gambar yang di snap, wah, saya memang nampak bulat..tak sanggup nak tengok dan tak sanggup juga nak kongsikan gambar bercuti di Langkawi itu di sini ...huhu..

Saya juga berpeluang berpuasa sunat 2 hari di bulan Muharam, saya tekad juga bila terkenang  saya tidak dapat menunaikan puasa sunat pada bulan Zulhijah, memang rasa kecewa sangat sebab tidak dapat fadhilatnya.

Namun begitu, puasa di bulan Muharam itu, membuatkan perasaan saya sangat-sangat tenang yang tidak di dapat digambarkan, perasaannya macam nak puasa sepanjang tahun.Saya sanggup.Sukar hendak digambarkan perasaan ketika berpuasa di bulan Muharam tersebut.Memang yang terindah buat saya.Syukur.:-)

Hari ketiga puasa di bulan Muharam, saya diserang gastrik, sampai lenguh-lenguh dan terketar kaki, hubungi suami nun jauh yang bertugas di Negeri Sembilan, minta izin untuk berbuka.Saya makan, dengan tangan yang terketar, sampai nasi pun berterabur, dahsyat betul gastrik tu. Masa tu hari Rabu.Malam -malam memang tak dapat tidur.

Keesokannya hari Khamis, pun sama, masih gastrik, makan dengan tangan yang terketar, walaupun saya baru makan dalam satu jam sebelum itu.Dan akhirnya petang itu saya mengalah ke Klinik Al-Amin, dapat ubat gastrik yang ditentukan dengan waktu "period "saya.(baru saya tahu, ubat-ubat gastrik ada kategori mengikut cycle "period" kita..huhu..).

Jumaat pun sama, masih sakit perut, kadang-kadang tapi kerap, sehingga waktu malam, akhirnya suami bertekad pada jam 11.00 malam membawa saya ke klinik Al Farabi.Hujung minggu sahaja lah kami dapat berjumpa.

Katanya, dia pernah gastrik, tapi takde lah sampai lenguh dan terketar kaki, "cramp" perut .Risaunya makin bertambah.Tetapi dia memang sangat "caring" dan penyayang.hehe...^_____^.

Maka, pergilah kami di tengah kekalutan malam, suami dengan seluar track yang masih digulung, tidak dijatuhkan betul-betul di bawah buku lalinya.Bila saya tegur kenapa tak jatuhkan kaki seluarnya.Suami saya kata,"Biarlah abang macam mana pun, yang penting sakit perut sayang tu macam mana..".Aduh sampai begitu sekali risaunya.Sudahlah baru sampai di rumah, dengan penatnya yang masih tak hilang lagi.Serba salah saya dibuatnya.

Apa kata Dr?jeng Jeng Jeng......

Doktor mengesahkan saya gastrik, dan memang banyak angin di dalam badan saya, sehingga dia yang tolong sendawakan untuk saya.Saya memang tak pandai keluarkan angin ni.Maaf ye Doktor..huhu..

Sesi soal jawab dengan Dr diteruskan lagi. 

Dr     : Awak ni gastrik ni, kena jaga makan..
Saya : Habis tu saya boleh puasa tak Dr?
Dr    : Ish Tak boleh lagi.Ok saya akan bagi ubat angin. bila tarikh last "period"?

Dalam hati.Apa pula kaitan gastrik dengan tarikh period ni.Dahlah period masih "ting tong".Huhu...

Saya   : Kenapa pulak dengan tarikh period, saya kan gastrik je, apa kaitannya?
Dr      : Ubat angin dan gastrik memang ada kaitan dengan tarikh period.
Saya  : Ohh...ok ok..Tarikh sekian sekian...
Dr     : Ish dah lewat ni.pergi buat urine test.
Saya : Hah?urine test..tapi saya tak rasa nak kencing pun Dr.Saya sakit perut je.

Apa pulak kaitannya.Saya dah keliru ni,Angin kat perut sudah memainkan lagunya..Adesss...

Dr     : Pergi je, kejap lagi mesti rasa nak kencing..Ok? Ikut nurse yang tengah tunggu kat depan tu k?
Saya : ok ..

Pergi dalam keadaan yang masih "blurrrrr..."

Doktor itu terus bersembang dengan suami saya.Dan kemudian saya masuk, saya nampak nampak Dr tu, tunjuk UPT..

Dr : Hah, kan saya dah kata, double line yang clear, maka positif 5-6 minggu.Jadi tahniah!

Respon kami berdua.Speechless.Kaku.Jam pun rasa terhenti saatnya..T.T


Kemudian doktor memberikan nasihatnya , kalau rasa lapar, gigit kurma sikit demi sikit, amalkan makan kismis, jangan makan makanan yang pedas dan berminyak.

Sampai di rumah, dan pada malam itu, sukarnya mata kami berdua nak tidur, masih tak percaya ,ketika suami masih berfikir-fikir untuk sambung PHD, menguruskan urusan pertukaran kerja di Kuantan,rupanya masih ada rezeki yang tidak ternilai dariNya, tepat pada masanya.Satu perjalanan yang cukup indah.

Saya masih lagi rasa bermimpi, bertemu , berkahwin dengannya sehingga ke hari ini juga ,masih rasa bermimpi lagi.Susahnya nak keluar dari mimpi itu.:-)

Di tengah-tengah malam itu juga, suami saya mula mengira-mengira jubah saya, katanya "Jubah semua cukup lagi?Kalau tak cukup beritahu ya, untuk akan datang..."

Comel pulak bila saya dengar suami saya berbicara begitu.

Alhamdulilah, saya tidak mengalami alahan yang teruk.Satu lagi kurnia dariNya, kerana saya ada masih banyak tanggungjawab dan komitmen untuk menjaga ibunda tercinta, adik-adik saya untuk saya tunaikan.Antara permintaan saya yang dikabulkan, jadikan saya kuat untuk menggalas komitmen tersebut ..;-) Ameen!

1/24/12

"Aku Ada...Kau Hade?"

BY humble.yat IN 1 comment

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Pagi, di dapur, membantu ibunda menyiapkan sarapan pagi, yang lain masih lena diulit mimpi.Biasalah adik-adik cuti semester.Takpe, lepas ni kita tukar syif kat dapur yek,Untung ada adik perempuan ramai-ramai ni, boleh bertukar syif.:-)

Kalau dah berdua di dapur dengan emak, mestilah ada sahaja yang menjadi bahan bualan kami.Mula-mula saya menyentuh tentang attitude orang sekarang.Ramai yang terlalu mengejar kemewahan, trend majlis yang besar-besar dan mahukan kelainan.Sudah hilang sederhana dan zuhud dalam diri.Sukar untuk saya jumpa majlis yang sangat sederhana.

Ada juga situasi, di mana ibu ayah terlalu berbangga dengan anak yang baru membeli kereta baru, berbangga dengan profesion anak masing-masing, malah dicanang-canang satu kampung.Bukan kah di sutu ada sifat ujub.Wallahuallam.

Alhamdulilah, saya tidak punya jiran yang suka bersaing kebendaan, malah apabila salah seorang dari kami yang mendapat kejayaan, masing-masing melafaz rasa syukut, kesyukuran yang dikongsi bersama.Alhamdulilah!Kami rasa bersyukur sangat-sangat berada di dalam kawasan kejiranan yang begitu.

Kata emak saya, "Sekarang ni trend "aku ada..kau hade?"..Hehe tergelak saya dengar terma sebegitu.Memang tepat apa yang dikatakannya.Contoh yang terdekat, mengejar gadget telefon terkini.Huhu..

Kata emak saya lagi, dia takut untuk berbangga dengan setiap kejayaan anak-anaknya, kerana ia bersifat sementara, tapi hanya rasa syukur dalam hati dengan apa yang dikurniakanNya..Rupanya banyak perkara yang saya boleh belajar dari pagi pagi begitu..:-)


1/19/12

Bukan Hanya Sumber Rezeki Semata-mata

BY humble.yat IN , 9 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Cuba Teka..Saya dapat mesej dari zauji, (kami masih lagi PJJ) , dia bagi klip video Prof Dr Muhaya, "Sejernih Sinar Matamu". Ada banyak kata-kata motivasi di sini untuk menjadi yang lebih baik.
 

Masya Allah, hebatnya wanita seperti itu.Saya mungkin tak sempurna..tapi kita harus saling mengingati untuk menjadi yang baik. Bahagian yang paling susah untuk memulakan sesuatu dan terus istiqamah.Satu bentuk mujahadah.Mujahadah itu pahit tapi syurga itu manis.

Jika Prof Dr Muhaya berjuang dalam bidang perubatan dan dikaitkan dengan kehebatan Allah s.w.t seacra terus, melihat keadaan pesakit, Tapi bagaimana saya mahu berjuang dalam perundangan hartanah (major bidang saya ketika ini...) ?

Ok.Dulu ketika saya ditemuduga sebagai Peguam Syarie Pahang, saya hanya "expect" soalan yang berkaitan prosedur, tentang undang-undang keluarga, tentang murtad dan hudud. Terutama kes Kartika yang tengah panas ketika itu ( Masa itu saya juga berpeluang bertemu rakan  temuduga yang membantu bosnya yang mengendalikan kes Kartika..Satu pengalaman baru lagi)


Rupanya, soalan dari empat orang panel itu membuat saya dari terduduk hampir tersungkur.Susah!

Antara isunya hartanah dan syariah, dan apa sinonimnya, soalan yang tidak saya jangka sama sekali, kerana sebelum itu rakan saya hanya dapat soalan isu murtad dan undang-undang keluarga.

Tetapi alhamdulilah, salah seorang panel berminat untuk mengupas isu tersebut bersama saya, katanya, ramai orang memandang remeh tentang isu hartanah dan syariah, sedangkan ia saling berkait dan penting, dan kurang peguam yang pakar pasal hartanah dalam bidang syariah, dan dia berharap saya menjadi perintis walaupun tugas itu sangat-sangat tersirat.

Katanya, kerana tanah sekangkang kera, mereka sanggup berparang di pejabat tanah, dan  di sini peranan kami bermula dalam menyelasaikan masalah tersebut supaya "parang" itu dapat diturunkan melalui jalan yang terbaik.Kadang-kadang anak-anak tidak kenal bapa ketika merebut harta pesaka walaupun sudah ada faraidh.

Bicara Olok-Olok Pertama
 Saya pun cukup seronok jika masalah yang ada mengenai hartanah ini dapat diselesaikan dengan baik.Tiada perselisihan dan salah faham.Dan semua pun tersenyum.

Oh teringat saya pada diari biru , saat saya dilahirkan di dunia ini, arwah abah mendoakan saya supaya dapat berbakti kepada masyarakat. Dan inilah tugas saya sekarang..Alhamdulilah...Semuanya ditakdirkan Allah..

Dan diari biru itu terus mencatit-catit harapan kami sekeluarga sehingga saat ini...

Antara "quotes" yang saya suka dalam klip video ini ;

" Inilah catatan rasa
apa yang terpendam di hatiku
bidang kedoktoran yang aku ceburi
bukan lagi hanya sumber rezeki untukku semata-mata
aku mula mengerti 
terdapat amanah yang berat di sebaliknya
tanggungjawab yang cukup hebat untuk dipikul

pengorbanan yang menuntut jihad
agar setiap amalan dan kata-kataku memberi ibadah 
yang memberi cahaya terang dunia dan akhirat"

Wallahualam.


Kurma Oh Kurma

BY humble.yat IN 10 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar : klik sini :-)
Sedapnya Nasi Lemak Daun pisang, memang favourite saya ni.Sekali seminggu mesti saya nak makan nasi lemak.Kalau kat Kelantan, pupular dengan Nasi Kerabu, Terengganu dengan Nasi Dagang, Pahang popular Nasi Lemak kot..:-) orang kata, kalau nak rasa nasi lemak, rasalah kat Negeri Pahang.Itu orang kata lah..:-) Saya suka sambal nasi lemak yang dimasak sekali dengan ikan bilis..Tapi bukan ikan bilis yang garing-garing  tu.Bak kata orang, mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar kalau dah jumpa sambal macam tu..

Tapi sebenarnya saya nak kongsikan khasiat kurma. (Zauji la yang selalu mengingatkan saban hari supaya makan-makanan ini..dan saya tak pernah letih mendengarnya berceloteh..Melainkan saya yang mengantuk sangat-sangat hehe...:-P)
 


Melalui apa yang saya baca, kurma mempunyai khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Ianya mengandungi  protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Itu tentang kandungan nutrien yang ada.(eh ada kalsium yek, boleh jadi pengganti susu tak?hehe...)

Kurma juga memberi tenaga serta merta , sebab itu orang yang berpuasa seharian disunatkan memakan kurma terlebih dahulu di samping mudah untuk memnunaikan ibadah di malam hari.

Oh teringat saya, ketika di UIAM dulu, seringkali ada majlis berbuka puasa di masjid, ada ketikanya dan selalunya, kami hanya dihidangkan, segelas air, 3-5 biji kurma, sup daging dan satu keping roti arab. Tekak Malaysia, mana kenyang nak makan yang itu sahaja kan?Mesti hati hanya memberontak mahukan nasi lauk campur dan macam-macam lagi.

Tapi alhamdulilah, jika saya membandingkan makan nasi dan menu di atas, kurma , roti dan  sup daging memberikan tenaga yang cukup untuk orang beribadah, semangat itu segera ada. Patutlah orang arab sentiasa bersemangat dan bertenaga kan?Barulah saya tahu ketika , ada bezanya tenaga-tenaga dalam makanan.

Jadi penting untuk kita memilih makanan yang sesuai dengan gaya hidup kita.

Tips makan kurma, makan dengan kulit kurma, di situ ada khasiat yang tinggi, jadi kurma yang tidak berkulit itu sudah kurang nutriennya..Hmm..baru saya tahu...

Langkah pertama saya hari ini, saya bawa bekal cekodok kurma memandangkan kadang-kadang saya tak sempat nak makan tengahari akibat kerja yang bertimbun, sempat makan bungkus la jawabnya...

Dan langkah seterusnya, saya akan cari resipi yang pelbagai mengenai kurma, supaya saya pun tak bosan nak makan kurma..:-)

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Wallahualam.

Buat ingatan diri yang sering lupa..


1/11/12

Kereta Mewah Dan Kopiah

BY humble.yat IN 6 comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Favourite Car Color: :-)
 Aktiviti hari Isnin, ke pasar malam, bersama ibunda tercinta dan adik bongsu.Saya dah target Roti John awal-awal.Hari memang hujan, tapi kami redah dengan payung.Tekad kan? :-)

Dalam perjalanan, adik bongsu saya bercerita; " Din, tengok budak-budak sekolah sekarang semua kaya-kaya, baru habis SPM, dah bawa kereta besar-besar, kerja apa la agaknya diaorang tu.."

Dia mengomel lagi, "Kalau pergi sekolah , belanja pun dalam RM10 sehari..kot-kot ada yang lebih..Kaya betul diaorang..."

Saya sambung bicaranya

"Ala Din, diaorang mewah bukannya harta diaorang, mak ayah diaorang juga, tapi rugilah diaorang sebab tak rasa susah , macam mana kalau tak de kereta, takde duit yang cukup dan sebagainya.."

Zaman saya dulu pun saya belanja lebih kurang tiga puluh sen je sehari.Jauh beza dengan belanja budak-budak sekarang.


Nah, kali ini emak saya pula berbicara, 

"Din, dari awak tengok budak-budak itu dengan kereta besar, baik tengok berapa ramai budak muda sebaya awak rajin ke masjid..dan cuba jadi macam tu..

Tit Tit...bunyi cengkerik ......

Sumber gambar : Sini

:-)

:-)

:-)

Saje je senyum lama-lama sikit, bermakna kan mesej emak saya?

Jadi, dalam kehidupan ada banyak perkara yang lain kita patut contohi, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran buat kita.

Semoga kita sentiasa ambil contoh yang baik baik dalam kehidupan seharian kita untuk tingkatkan segala prestasi kita .Ameen!



1/8/12

Optimistik Armageddon

BY humble.yat IN , 7 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Baru baru ini saya membaca sebuah rencana dari akhbar tempatan, mengenai 2012, bencana alam yang diramalkan dan virus-virus penyakit yang dijangka berlaku sepanjang 2012. Saya juga gusar mendengarnya.Huhu.Tapi takkan nak terus takut kan.

Ada juga desas desus yang mengatakan kiamat akan berlaku dalam tahun ini.Tapi saya pasti buku Armageddon 2012 karya Muhammad Alexander ini ada jawapannya.


Walaupun saya baru membaca hanya lima bab yang pertama, buku ini memberi jawapan dan gambaran yang jelas.Tentang persoalan yang sentiasa berlegar di kepala saya.

Apa yang menarik perhatian saya, ada satu keratan hadis, (buku tu tak ada kat sini sekarang, ada di rumah mertua he2, tetapi nak kongsikan juga yek :-)) yang lebih kurang begini bunyinya, andai ada biji kurma di tangan kita, sedangkan kita tahu kiamat itu akan datang dalam masa yang  terdekat, tanam biji kurma itu dahulu.

Apa yang saya dapat ambnil di sini, walau apa pun yang terjadi, kita harus optimistik , terus berusaha dan jangan sia-siakan masa yang ada.

Sesungguhnya Allah sahaja yang tahu bila datang hari kiamat.Dan kita hanya perlu bersedia, bersiap siaga menghadapi segala soal jawab di Padang Masyhar kelak.

Persoalan yang penting di sini, kita tahu tentang tanda-tanda kiamat dan bencana akhir zaman, jadi seharusnya setiap pekerjaan kita lakukan hendaklah bersungguh-sungguh keranaNya, kerana itulah yang akan membantu amalan kita di "sana" nanti.Mudah-mudahan.Ameen!

Akhir kata , saya sarankan buku ini sebagai wajib milik . :-)


1/6/12

Manisnya Muka Bila Berjanji!

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar : klik sini
Kebelakangan ini saya banyak bersemuka dengan kes-kes mungkir janji, pelanggaran perjanjian mengikut persetujuan kedua-dua pihak.Saya harus mendengar luahan anakguam yang menjai "mangsa" mungkir janji.Tidak kira pangkat.Masha Allah.
Saya masih ingat lagi ketika mula-mula mereka membuat perjanjian, semuanya dihadapan saya.Saya yang menjadi saksi mereka.Wah manisnya senyuman mereka menjanjikan berbagai-bagai, kalau boleh muncul bunga 3D di situ, mesti belambak-belambak dan segar dan wanginya bunga bungaan itu.

Tapi akhirnya, kekesalan timbul apabila satu pihak ingkar terhadap perjanjian.Kelat mula terasa.Suasana tegang, petir di kiri kanan mula berdentam dentum.

Kata-kata orang dulu, "kawan bila jauh bau bunga, bila dah dekat bau busuk".
Kalau ada yang lagi "expert" tentang kata-kata ini, sila perbetulkan yek.Tak tahu nak susunkatanya macam mana.

Itu tentang kawan-kawan.

Tapi kalau adik beradik berselisih, umpama air cincang takkan putus.Maknanya masih kuat ikatan darah yang mengalir dalam tubuh masing melainkan mereka yang mempertahankan ego masing-masing.

Kalau suami isteri berselisih faham pula, yang ini perlu berhati-hati.Silap haribulan buruk padahnya.Mungkin istilah yang paling tepat, perlu banyak berlapang dada dalam semua perkara.Kata orang saling mempercayai lebih baik dari mencintai.Wallahualam.:-)

Secara amnya, memungkiri janji adalah ciri-ciri orang munafik.Mahukan kita tergolong dalam golongan munafik?Nauzubillahiminzalik.Harap dijauhkan.

Jadi jangan janji yang bukan-bukan.Berjanjilah mengikut kemampuan kita.Jangan sesekali meletakkan keegoan dalam menunaikan janji-janji tersebut.Serah pada Allah s.w.t.Dia yang lebih mengetahui tentang segala-galanya.

“Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janjimu”.
[Al Maidah :1]

 ” Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya”.
[Surah Al-Isra’:34]

Wallahu'alam.

Marathon Tolong Menolong Di Pasar Tani Khamis

BY humble.yat IN , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Semalam saya ke pasar tani membeli barang-barang keperluan keluarga.Macam biasa, cari ikan, ayam, sayur-sayuran kampung sedikit sebanyak.Dalam kepala memang saya dah terbayang keropok lekor panas-panas yang bulat-bulat dicucuk dengan lidi sate.Nasib baik ada.:-)

Emak saya pula teringatkan kuih bingka keladi yang berwarna ungu.Itu tempat pertama yang dia tuju.Tapi gambar tak sempat "snap" sebab kami dah habiskan semuanya dalam perjalanan.Hehe..:-)

Sumber : Klik sini
Tapi apa yang saya nak saya kongsikan di sini adalah sifat tolong menolong yang saya nampak di sekitar pasar tani semalam.Berturut-berturutan kejadiannya dalam kesesakan dan kesibukan orang berurusan jual beli.

Sejurus selepas emak saya membeli kuih idamannya yang berwarna ungu, kami melalui di hadapan seorang nenek yang meminta simpati sumbangan orang yang lalu lalang.Ya, minggu lepas pun, saya  juga bertemu dengan nenek yang sama, tapi ketika suami saya yang bagi derma.Tapi kali ini ,emak saya menghulurkan tangan kanannya untuk menderma.(adegan tolong menolong yang pertama).

Kami meneruskan pencarian kami.Saya juga ralit melihat gelagat-gelagat mereka di pasar tersebut, sehingga saya melalui jalan yang sangat sesak dan saya tak dapat melaluinya, dan Alhamdulilah seorang lelaki yang budiman memberikan laluannya kepada saya dengan tanda hormat.Kononya "ladies first".(adegan tolong menlong yang kedua).

Sambil saya ucapkan terima kasih itu, mata saya sempat menangkap satu situasi tolong menolong lagi.Kali yang ini yang ketiga menurut perkiraan saya.Seorang lelaki juga mengejar seorang wanita yang tertinggal barang di tempat dia berniaga.Bersungguh-sungguh dia mengejar kakak tu.

Dalam diam saya merasa kagum dan kaget, melihat semuanya, seperti video di bawah ini.Adegan tolong menolong yang berturut-turut.:-)




Video ini , adik saya, Idah pernah kongsikan di "facebook"nya.Walaupun kejadian itu tak serupa macam video di atas ini, tapi saya berpeluang melihat mereka-mereka yang berhati murni di sini.Alhamdulilah..

Semoga amalan tolong menolong itu sentiasa menjadi amalan seharian kita. :-)

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)
 
 

1/5/12

Terbaek!Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidon..

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Mendengar alunan zikir terapi diri dari album Hafiz Hamidun membuatkan perasaan saya sangat sayu.Umpama berada di celahan bintang-bintang di langit malam .Masha Allah..Sukar hendak digambarkan.

Jadi, saya sarankan album ini, wajib milik..:-) Tapi hari ini tak bawa pula CD ni ke pejabat, sebab tertinggal Cd ini di bilik, sebelum tidur mendengarkan alunannya dulu sambil berzikir.


Mungkin entri ringkas, tapi saya sangat teruja untuk kongsi lagu pilihan saya kali ini dengan semua kawan-kawan supaya sama-sama mendapat manfaatnya.Ameen!

Zikir sebelum ini boleh dengar di sini yerk...:-)


1/3/12

2012 & Terapi Zikir

BY humble.yat IN 6 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Hari pertama bekerja di 2012.Tentu mahukan semangat yang baru kan?Insha Allah..Semoga kita akan melakukan yang terbaik dalam segala perkara dan segalanya dipermudahkan urusan.

Sama-sama kita dengarkan zikir terapi diri dari Hafiz Hamidon sambil buat kerja.Sambil bekerja boleh juga berzikir kan?Tingkatkan prestasi dan prodiktiviti.Insha Allah..


Zikir ini memberi saya ketenangan di pagi hari dan dalam menghadapi segala cabaran bekerja pada hari ini.:-) Alhamdulilah, semoga semangat ketenangan itu terus kekal.Ameen!