5/16/12

A Story of Three Plus One of Practising Law...

BY humble.yat IN No comments

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, rupanya sudah hampir empat tahun saya berjuang di bidang perundangan, sebagai Peguambela & Peguamcara.Walaupun hampir empat tahun, setiap hari saya masih belajar perkara yang baru.Dan yang paling mengembirakan, saya mendapat target saya menjadi Peguam Syarie Pahang, (secara part-time) kerana bidang saya masih major di bidang hartanah dan korporat.

Tetapi yang pasti saya takkan berani untuk melupakan perjuangan utama saya dalam bidang syariah, buat masa sekarang, saya banyak mencuri masa untuk mempelajari lebih details tentang prosedur.Yes, hukum asas sudah ada dalam pegangan, tapi bila melibatkan prosedur perlu banyak praktikal lagi.

Tentang liku-liku dan suka duka kerja saya..klik di sini..:-)

Bagaimana saya boleh terlibat dalam bidang ini?
Bermula dari Tingkatan 3, seorang guru Bahasa Inggeris yang pernah menjadi pengamal perundangan menjadi inspirasi saya.Gayanya lembut tetapi tegas dan penuh hujahan.Cikgu Norhaslina namanya.

Doa seorang guru ketika Tingkatan 3 juga tidak dapat saya lupakan, Ustaz Fathi.Ketika itu saya tasmik surah hafazan di depannya.entah kenapa , dia bertanya tentang cita-cita saya, dan saya menjawab, mahu jadi peguam.Kemudian dia kata "Oh mahu jadi macam Karpal Singh, yea..?"..Masa tu saya tak kenal pun siapa dia..ngee...Yang paling mengejutkan saya, ustaz tadi mendoakan saya berjaya mencapai cita-cita saya, walaupun saya tahu saya tak layak menjadi peguam pun.Dahlah saya kenit, pendiam pulak tu..dan bukannya jenis yang cerdik, markah pun ok2 je..:-P

Cita-cita tercapai
Jurusan Undang-undang di UIAM merupakan pilihan terakhir saya sekadar hanya melengkapkan borang UPU.Saya tahu kelayakan saya hanya cukup-cukup dan saya berserah kepadaNya.Terpulang pada rezeki saya.

Tak sangka, Allah telah menentukan bidang perundangan buat saya.Alhamdulilah!Ramai kawan-kawan, saudara-saudara terkejut dengan pilihan saya, kerana katanya saya hanya boleh jadi ustazah..:-)

Apa salahnya kalau jadi "ustazah lawyer" kan?hehe...

Three Plus One
Three Plus One, bermaksud sudah tiga tahun saya mendapat Lesen Peguam Sivil, dan setahun mendapat Lesen Peguam Sharie Pahang.

Ketika menjadi sukarelawan di Kg Gumum Tasik Chini bersama Peguam Pahang

Berlalu pantas rupanya waktu, tapi emak saya kata empat tahun praktis masih belum cukup pengalaman, maka kumpullah lima tahun pengalaman, baru ada ummph dan ada seniority..dan bertukar arah angin.

Bertukar angin?
Hehe..ramai yang bertukar angin ke arah bidang pendidikan dan perniagaan.Malah ada kawan saya sudah mula membuka firma guaman sendiri, membuka perniagaan sendiri.Ada yang beralih angin berikutan stress dan sebagainya.Stress memang ada bila berhadapan kes yang rumit dan klien yang cerewet,:-P..Masa tu rasa nak balik kampung tanam kacang je..Termimpi-mimpi..Mengigau..Yang penting pada waktu ini cuba berfikiran terbuka dan betulkan niat balik..

Baru balik dari court, celebrate hari jadi staff pulak di ofis:-)
Bekerja di bidang ini memang banyak memerlukan pengetahuan.Dengan pengetahuan akan ada keyakinan diri untuk berkomunikasi.Maksudnya, kena selalu peka dengan isu sekeliling.Sebab kita tak dapat nak menjangka   ada masalah-masalah yang kita tak pernah dengar pun ataupun masalah itu diceritakan dengan cara yang membuatkan kita keliru.Juga harus pandai membezakan fakta dan emosional.

Bersama kakak senior pejabat di Majlis Makan Malam DPMM, Hotel Zenith Kuantan
Pengalaman dan pandangan rakan sepejabat juga penting dalam berkongsi dan menghuraikan serabut di kepala...hehe

Seronok Tak Kerja

Yang penting enjoy!dan lakukan yang terbaik walau ada masalah teruk sekalipun (ngeri tak dengar?)..Bergantung kepada jiwa masing-masing, bidang perundangan ini luas, pilihlah mana yang terbaik.Kalau suka berhujah, teruskan bahagian litigasi.Begitu juga sebaliknya..

Alhamdulilah, agak-agak berapa lama hati saya jadi kuat dan teguh untuk berjuang dalam bidang perundangan ini yerk.Doakan saya k.Wanita selalunya tertewas untuk bertahan lama dalam bidang seperti ini kerana perlukan komitmen dan perlukan pengurusan masa yang terbaik..

Nota Naluri: 
Yang pendiam tidak bermakna dia tidak pandai berhujah, tetapi hujahan itu perlu bertempat dan tidak melulu..:-)


0 inspirasi naluri :-):