Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Ada permintaan dari seorang kawan baik untuk buat hantaran cincin dan mas kahwin.Hmm.Jadi tengah membelek-belek gambar hantaran yang pernah saya buat dan lihat.Manalah tahu ada yang berminat nak tempah pulak kan hehe.
Yang atas ni sempena perkahwinan adik saya, Angah. Guna Frame warna "purple pink" ada diamond dan bunga.memang naik warnanya.Cuma susun-susun duit je.Lepas tu, letak bantal kecil yang dibuat sendiri untuk letak cincin tu.Done.Alhamdulilah,selesai.
Pondok berpayung ungu ni, hantaran cincin pertunangan saya, ibu mertua yang tambahkan dan gubahkan bekas ni, memang cantik.Pilihan cincin pun dari mak mertua juga. :-)
Ok yang atas ni pulak, hantaran merisik dan bertunang adik saya juga.Menggunakan konsep bunga tisu carnation.Buat sendiri juga.Ringkas je kan.Ada yang ingat saya letak bunga segar carnation, sebab bial sentuh je lembut macam kelopak bunga.hehe.
Ha, yang atas ni, hantaran cincin perkahwinan untuk zauji.Hasil perbincangan dengan kawan saya, Kak Ila, Bekas cari sendiri, bantal buat sendiri.memang cantiklah Kak Ila buat.Menangis terharu saya ketika dia membawa bekas cincin ni masa sehari sebelum nikah.Yalah, bukan senang nak cari idea kan?huhu..Sampai sekarang saya simpan lagi bekas ni.
Allahurabbi..kenangan lama memang mengusik jiwa kan?T.T Sesi penyerahan cincin kepada zauji.Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika itu.:-)
Ok, yang ini sekadar idea, sebab bukan saya yang buat.Tapi sepupu saya sendiri, sempena perkahwinannya.Letak dalam gelas tinggi diisi dengan kertas yang dicarik-carik.Sweet jugak kan.Kalu nak meriah tambahlah apa-apa yang patut hehe
Yang ini sila perhatikan bekas warna ungu.Ada bekas gelang, cincin dan mas kahwin dalam bentuk jambangan bunga.Kira macam pengantin lelaki serah bunga dekat pengantin perempuan, tapi antara kelopak tu, ada duit mahar.Idea yang ok juga kan?
Setakat ni kalau mas kahwin, nak yang mudah dan ringkas, saya beli frame yang cantik-cantik je.kemudian hias dengan bunga atau reben.Itu sahaja.Praktikal sikit kan.
Ok itu sahaja.siaran hari ini untuk mencari idea.Tengok nanti apa hasil hantaran untuk bekas cincin kahwin kawan saya k.Insha Allah akan dikongsikan.Tetapi pengantin dirahsiakan atas permintaan.hehe..
Nota Naluri:
Buat suka-suka je.Memang minta kraf, tetapi kesempitan masa.huhu..
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment