7/5/13

Singgah Musolla ICAM

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
 

Zauji ada bagi ceramah kat ICAM(International College of Automotive,Pekan) Aina dan uminya jadi peneman sahaja.Maka, berehatlah kami  di cafe ICAM.Cantik juga reka bentuk cafe ICAM.Moden.Tetiba teringat cafe kat UIAM dulu.Meriah!

Dah bosan duduk kat cafe, berjalan-jalan di kampus ICAM ni, bertemu juga suraunya.Tetiba teringat segmen En Hisyam Muhibah-Singgah Solat.Rasa nak join juga segmennya, boleh kan En HM?Sebagai perkongsian dan manfaat kita bersama.

ICAM ni terletak di Pekan, betul-betul di tepi jalan, kalau dari Bandar Pekan, ianya sebelah kiri.Dan Musollanya betul-betul terletak di belakang Dewan Utama ICAM, di pintu masuk surau, ada satu set sofa untuk berehat.

Cantik jugak surau (musolla perempuan) nya, selesa, ada telekung sejadah dan Al Quran.Tapi lantai tidak berkarpet mungkin sebab tempat wudhu di belakang.Maaf tempat wudhu tak dapat ambilkan gambarnya, sebab tak berani nak tinggalkan Aina seorang diri di tempat sembahyang.Tapi tempat wudhu sangat selesa, dan yang penting tertutup dan jauh dari pintu laluan masuk dan keluar.


Selain hawa dingin, kipas berdiri pun ada (mungkin jika pengguna seorang, tak perlu hidupkan penghawa dingin, memadai menggunakan kipas  berdiri) penjimatan elektirik di situ, untuk keselesaan bersama.Kerusi pun disediakan bagi mereka yang tidak mampu untuk solat berdiri.Arah kiblat pun ada ditunjukkan, stikernya dilekat di atas siling.


Ada rak tempat letak kain sembahyang kakitangan,penyidai kain sembahyang untuk pengguna juga.Cermin pun ada untuk memastikan imej kita kemas sebelum keluar.


Setakat ini saya memang dan sangat selesa dengan kemudahan surau ICAM ni. Alhamdulilah, tahniah untuk pihak pengurusan Surau di ICAM. Aina pun sibuk solat dhuha juga agaknya.Apalah yang khusyuk sangat dibuatnya tu?Letak sejadah tu sebab lantai sejuk untuk dia.huhu.


Gigit Wet Tissue!Huhu..Uminya ambil gambar, dia dah kucar beg uminya..tak kisah pun.Tapi Aina kena biasakan diri dengan surau tau!

Masa ni Aina baru tengah pandai guling-guling,Tak ingat dah bulan berapa.Kira entri tertangguh kot lantaran kesibukan yang ada.Tetapi masih bermanfaat kan?

Nota Naluri:
Tengah fikir, boleh ke bawa Aina gi terawih kat surau dan solat raya di masjid nanti hehe..

2 inspirasi naluri :-):

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

Subhanallah..

Adik azlen belajar d sini.tapi akaknya ini belum brkesempatan nak"Jalan2" di ICAM.

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt.

Baguss.. Singgah solat ni saya buat sebagai apresiasi saya kepada pihak-pihak yang menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan solat.

Lepas ni saya kena aktifkan balik lah Singgah Solat di blog saya.