Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Link |
Hari ini nak cakap tentang budi bicara.Sebab hari pertama dalam minggu bekerja, dah jadi panas.Please..pagi-pagi pulak tu.Terus bersuara tinggi tanpa tahu menahu isu.
Katanya, "Saya dah bayar habis RM xx,xxx.Kenapa tak dapat geran asal lagi...!"
Dahla tak bagi salam, kalau bagi salam, kan dah bermula pahala di situ...
Kata saya, "Sekejap ye puan, nama apa, pembelinya siapa..?"
Katanya, " Nama XXX...!"
Kata saya, "RM XX.XXX itu harga jual beli, pembeli masih tak settlekan lagi baki fee guaman.hanya RMXXXX sahaja yang kami terima, ada baki lagi puan.."
Katanya, " XXX kata dah settle semua, man ada lagi bayaran dah..."
Saya mula panas.Lihat!perubahan hormon dah berlaku pada saya bila dia bertingkah semacam dengan saya.Cuba bawa bertenang, dan selesaikan dengan dia.Tapi, hati saya tetap ada sedikit panas.Istighfar berulang kali saya lafazkan untuk leburkan "panasnya hati" saya tadi.Allahu Rabbi.Lemahnya iman ini.
Entahlah, kebelakangan dalam tiga tahun ini, banyak klien yang "hot", suka salahkan orang walaupun dah ikut prosedur dan ikut masa.Yang mereka tahu , nak cepat. Sila hormat segala prosedur yang kami buat.Kalau tak, buatlah kerja itu sendiri.
Saya sendiri tak pernah tengok bos saya marah-marah klien,cuma satu, ada klien ni "kurang budi bicara".Menengking-menengking dan tinggikan suara.Ya Allah, perempuan muda pula tu.Saya sebagai golongan wanita, terasa malu dengan sikapnya.
Cubalah dengar dulu apa yang kami nak terangkan.Itu gunanya komunikasi dua hala.Bukan komunikasi satu hala.Bercakap tapi tak mahu dengar dan pertimbangkan pandangan orang lain.
Kes "Follow up" status kes, perkara biasa, semua klien akan berbuat begitu. Jika klien itu penuh budi bicara, maka kami senang hati melaksanakan prosedur mereka,Jika sebaliknya, faham-faham sahaja lah.Allah yang lebih tahu.Maka cubalah mempermudahkan urusan kami semua dalam bidang ini.
Link |
Maka, cubalah bersopan santun , berbudi bicaralah kerana ia sikap orang berilmu.
Itupun belum lagi berbincang tentang 10 habit yang di dalam gambar di atas.
Tentang perlunya komunikasi dua hala, tentang pentingnya kesantunan.
Tapi, jangan sesekali cuba bermuka-muka, itu paling menikam jiwa!
Wallahualam
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment