Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Walaupun hari ini hari Jumaat, kerja "drafting" tetap tidak pernah surut.Untuk hari ini sahaja, ada enam kes yang menanti untuk diderafkan.Hari yang panjang buat saya.Fuh!
Ada yang kata, bukankah ada standard untuk semua prosedur?Ya memang semua standard, tetapi ia bergantung kepada keadaan sesuatu kes.Lain kes, lain ceritanya, lain prosedurnya, maka lainlah cara penyelesaiannya.Jika ada isu yang berbangkit di dalam tempoh penyempurnaan kes, adakalanya memerlukan kreativiti dan kecekapan untuk memecahkan isu tersebut.Sesungguhnya pertolongan itu semuanya datang dari Allah swt.
Legal Advise
Kerja-kerja hakiki saya biasanya legal advise. Proses "legal advise" bergantung kepada maklumat dan dokumen yang mencukupi untuk melangkah ke prosedur seterusnya. Proses ini biasanya memerlukan inkuiri daripada pihak kami.Antara isu yang biasa.
- Saya nak beli rumah.Berapa anggaran kos guaman?
- Saya nak beli rumah.Berapa lama tempohnya.
- Saya nak beli rumah.Bagaimana prosedurnya
Itu antara soalan yang paling top di firma kami di bahagian hartanah, komersial dan korporat.
Apa-apa pun, kami akan menjawab berdasarkan fakta kes yang diterima, jenis tanah yang dibeli.
Deraf Perjanjian
Bahagian ini memang paling sukar bagi saya.Untuk memastikan semua klausa "fair and square" kepada semua pihak.Tiada berat sebelah.
Saya belajar skill ini dari bos saya, semenjak dari "chambering".Kagum juga dengannya, dengan selamba dia laju menulis apa yang diminta oleh klien, sambil mempertimbangkan ia adalah selari dengan undang-undang dan kebajikan pihak-pihak.
Antara yang kami selalu buat, Perjanjian Usahama, Perjanjian Penswastaan, Perjanjian Pembangunan, Pembalakan, Pembangunan "Website", Perlombongan, Perjanjian Pelaburan, Perjanjian Pinjaman Persahabatan, Sewaan, Perjanjian Mengambil Ailh Pengurusan, Jual Beli Saham Syarikat, Perjanjian Kontraktor, Pertanian.
Alhamdulilah, semua koleksi saya simpan untuk membuat rujukan bagi pihak kami.Terma-terma dan syarat-syarat biasanya akan dipertimbangkan mengikut keadaan kes tersebut.
Biasanya, klien datang, serah dokumen, memberi maklumat transaksi mereka.Kami mencari perjanjian yang sesuai untuk diaplikasikan, kemudian, deraf. Masukkan klausa mengikut turutan dan sekuinsnya.Kemudian, proses "vetting" perjanjian, "double check", "triple check" berbincang dengan klien tentang terna-terna perjanjian, dan akhirnya sentuhan "final touch" untuk ditandatangani, sesi penyerahan dokumen.
Billing
Ok. Saya mengaku saya cepat mengalah dengan Matematik.Tetapi itu yang membuatkan saya lebih berhati-hati dengan Matematik dan dalam pengiraan bil kami.Apa-apa pun, bil guaman memang tertakluk kepada Solicitor Remunaration Order 2005 dan Stamp Act. Jadi kiraan bil memang standard dan mengikut keadaan kes.
Jadi, nak tak nak, matematik itu menjadi satu keperluan dalam kerja kami.
Nota Naluri:
Target nak sistematikkan legal billing..Insha Allah.Moga dipermudahkan.
Hanya nota untuk saya untuk terus menjadi "Superwoman" dalam kerjaya
1 inspirasi naluri :-):
salam sahabat...
saya rindukan juga suasana kerja..kapan bila ini akan bermula saya kurang pasti...
doakan sya supaya akan kembali berkerj apada tempat elok mudha bergerak dapat bos mudah memahami.
Post a Comment