Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Tengah cari idea untuk upgrade ruang solat di pejabat dan di rumah.Supaya lebih selesa untuk berjemaah, melakukan aktiviti bacaan Al Quran, tazkirah dan memudahkan tetamu yang datang untuk menunaikan solat. Jadi tengah survey deko asas untuk ruang solat.
Antara keperluan asas yang saya lihat;
-karpet/ tikar
-ruang letak sejadah dan kain sembahyang
- rak letak Al Quran dan buku-buku
- partition/pembahagi ruang
Yang di atas, ni memang sempurna di mata saya. Kawasan lapang dan sesuai untuk melakukan aktiviti kerohanian, sama ada usrah keluarga,pejabat. Kabinet buku pun tersusun.Like!
Link |
Yang ni pula menggunakan asas tikar buluh (mungkin) , sesuai juga sebab senang untuk membersihkan ruang solat, tanpa perlu risau pada habuk yang melekat pada karpet.Mudah diuruskan.Dan ada "partition" lagi.Ada tempat letak sejadah, kain sembahyang dan rak Al Quran.Like jugak..:-)
Link. |
Ruang solat Wawa |
Yang atas ni best! Blog Wawa.Nampak ceria sangat.Nak solat pun rasa bersemangat aje.Penggunaan tempat sangkut di dinding, rak gantung juga idea yang menarik.
Link |
Link |
Ruang solat plus ruang utiliti.Karpet terletak di ruang tengah-tengah.Ironboard, terletak di tepi dinding.Jadi, ia praktikal untuk kegunaan dua dalam satu.
Doakan misi saya berjaya yek...
Ameen!
Nota Naluri.
Mencari saham akhirat melalui penggunaan ruang solat yang berterusan.Semoga Allah memberkati.Ameen!
1 inspirasi naluri :-):
angan2 nak mcm gambar 1st tu..hehe..nanti share tau bila da siap..
Post a Comment