9/12/11

Barakallah: Pak De & Makcik Rah

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Pertama kali saya ke Chenor , kampung keluarga suami. Syawal ke-5 menyaksikan satu ikatan pernikahan ibu saudara suami.Barakallah,Sama padan.Semoga bahagia dunia dan akhirat.Insha Allah..


Dan di sini saya belajar mengenali keluarga baru, adik beradik ibu mertua, berbual dengan keluarga suami.

Kenduri ini pula dilakukan secara bergotong royong antara penduduk Kg Bukit Kening, Chenor.Tuan rumah hanya sekadar membantu apa yang perlu.

Dan di sini juga saya menerima ujian sebagai "orang baru".Kata-kata dan usikan mereka, "nak merasa air tangan orang baru pula..".Mahu tak berdebar memasak sebanyak itu dan di dalam kawah.Biasanya hanya memasak untuk keluarga saya sahaja yang masih di dalam bilangan yang kecil.Susah juga nak bajet banyak mana bahan tumisnya jika dalam jumlah yang besar lebih kurang untuk 9-11 keluarga.



 Sepupu dan anak buah bergotong royong membasuh pinggan setelah "diumpan".:-)

Buat Makcik Rah dan suami, semoga berbahagia menempuh alam perkahwinan.Barakallah!


9/9/11

Syafakallah : Semoga Cepat Sembuh!

BY humble.yat IN 5 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt.


Musim-musim raya begini, saya banyak menziarahi orang yang sakit, rakan-rakan ibu saya, jiran. Semuanya memberi petua penjagaan kesihatan.Saya pun turut terkena tempiasnya.Saya sendiri juga ralit mendengar makcik pakcik bercerita pengalaman masing-masing ketika ditimpa dugaan Allah.

Saya juga dikhabarkan sebuah kisah, rupanya ada yang lagi susah dan sukar hidupnya.Cukup membuat saya mensyukuri nikmat sihat dan kesenangan yang saya ada sekarang.

Musim-musim raya begini, pemakanan kita juga menjadi "out of control".Faham-faham sahajalah, termasuk saya!Kini saya harus mengawal pemakanan saya kembali:-)

Bak kata jiran saya yang kini menghidapi kanser fibroid, dan suaminya yang dipotong kaki pada paras kandungan gula 17, hospital dan klinik kini umpama hotel.Keluar satu pesakit, masuk dua pesakit.Masya Allah!

Baru-baru ini ibunda saya risau apabila dia mengalami batuk-batuk, lalu saya bawa ke klinik. Tetapi saya pula terjumpa insiden yang lain dan malam tadi, seorang kakitangan pejabat saya mengalami kemalangan, saya dimaklumkan bahwa dia pengsan ketika kejadian.Allahuakbar!

Kepada sahabat-sahabat yang kurang sihat, semoga cepat sembuh!Anggaplah ia satu mujahadah kecil dan kafarah.Sesesungguhnya sakit itu satu peringatan buat kita.

"Apabila kalian mengunjungi orang yang sedang sakit atau mati maka katakanlah yang baik, sesungguhnya malaikat mengaminkan apa yang kalian katakan." 

Nota Naluri:
Risau juga apabila orang-orang tersayang kurang sihat, hanya doa, semangat dan  nasihat yang dapat dititipkan.Syafakallah!

Silaturrahim Aidilfitri 2011

BY humble.yat IN 7 comments

Bismillahirahmanirrahim... 

Assalamualaikum wbt.

"Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim
Tiada tali pintu yang paling kukuh selain pintu hati
Tiada hutan yang paling berat selain hutang budi
Tiada pemberian yang paling berharga selain kemaafan"

SALAM AIDILFITRI.

Antara SMS yang diterima pada malam raya, dari rakan sekolah menengah saya, Suhaida.Begitu bermakna.




Aidilfitri ini berbeza kerana pertama kali ibunda saya beraya bersama menantu, adik-adik saya beraya dengan abang ipar baru, dan aidilfitri pertama saya sebagai isteri.Aduh rasa macam bermimpi lagi.Tak siapa menyangka Hayati Aidilfitri 2010 merupakan kali terakhir saya beraya sebagai status "single".

Keluarga kami kurang gemar beraya dengan pakaian sedondon.Kata mereka, bosanlah tengok gambar tanpa warna warni.Ada-ada aje.Ataupun kami sendiri yang dah bosan kerana ketika kecil dahulu seringkali berpakaian sedondon.Apa-apa pun inilah gaya raya kami.Warna warni Aidilfitri dan ala kadar.

TAHLIL & AL- FATIHAH BUAT MEREKA YANG TELAH PERGI



Alhamdulilah, jika tahun lepas Pak Su Tar yang mengetuai tahlil kami, tahun ini giliran suami saya pula untuk mengetuai tahlil.Jika dia diuji untuk mengetuai tahlil sebagai menantu lelaki baru, apa pula ujian saya sebagai menantu perempuan baru di kampungnya pula ye..Ehem..Perlu bersiap sedia mental dan fizikal.:-)

TIADA TALI YANG PALING ERAT SELAIN DARI SILATURRAHIM

Keluarga Mak Enon & Pakcik Bawi (sepupu ibunda)

Pak de , Mak De, Aishah & Maryam 

Yang ini semuanya masih belajar kecuali Pn Ika yang berbaju krim:-P


Eh, yang ni pun berposing sakan?Musykil2..:-P

Aishah & Tok Su , Tok Som & Ayah Ri dari jendela rumah :-)

Ceria sebab perut dah kenyang di Felda Rentam, Purun.



Akhir kata, selamat hari raya dan jangan lupa ambil fadhilat puasa enam yerk:-)

"Andai ada terlanjur bahasa dan jika ruang masih ada, kemaafan jualah yang dipinta."

Nota Naluri:
Raya kali ini saya banyak belajar mengenai tips kesihatan dari mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah dapat ilmu baru, nanti kita kongsikan ye walaupun saya ini bukanlah doktor:-P


9/7/11

::Wordless Wednesday::

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt.



9/6/11

Setelah Seminggu...

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt.


Seminggu bercuti raya, seminggu juga saya tak memegang stereng kereta sebab hanya zauj yang memandu.Saya hanya duduk di sebelah , pasif. Sudah dipesan jangan tidur dalam kereta untuk menemaninya sepanjang perjalanan ke kampung . Tapi, akhirnya saya kalah, apabila tersengguk juga.Terdengar gelak kecil di sebelah dan mengizinkan saya tidur.Huhu..

Seminggu meninggalkan Ramadhan, selera makan pun tak dapat ditahan-tahan apabila lemang dan rendang dihidang. Nasi impit yang berbau pandan dilitupi kuah kacang.Semuanya saya mahu.Wah, kuat makan sekarang!Aduss!Kena kawal ni, bak kata orang makan sikit-sikit je, tahan nafsu makan T.T

Seminggu meninggalkan kerja-kerja, perlu panaskan enjin untuk menyelesaikan semua masalah yang masih belum selesai. Tapi mata mengantuk juga. Nasib baik ada biskut raya dan air mineral.Boleh juga kunyah-kunyah buat tahan mengantuk.:-P

Seminggu yang banyak kisah, banyak juga yang saya ingin kongsikan.Err..tapi tunggu dulu yerk mahu menyusun kata-kata dahulu. dan Saya taip entry ni untuk menghilangkan rasa mengantuk saya :-)

 
"Jom solat zuhur dulu..:-)"


Bantuan: Mata Kail Tersangkut Di Kening Budak Lelaki

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirahim.. 

Assalamualaikum wbt.

Malam tadi, sejurus selepas maghrib, saya membawa ibunda ke klinik, demam dan batuk-batuk, sementara ibunda menunggu gilirannya sambil ditemani adik saya, saya ke Bank untuk urusan seterusnya (ditemani adik juga, untung ramai adik ni, boleh jadi bodyguard kita kan?), menguruskan masa dengan semaksimum mungkin. 


Mata saya mula mengantuk, hajat mencari kopi di Seven Eleven bagi menghilangkan rasa kantuk. Disebabkan rasa malas nak matikan enjin kereta, saya meminta bantuan adik saya membelikan kopi. Tetapi niat saya yang malas nak matikan enjin kereta itu terbantut apabila melihat seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 5-7 tahun, menangis-menangis dan meronta di hadapan kedai tersebut sambil dipujuk oleh seorang pakcik dan seorang budak perempuan berumur 11-12 tahun menghubungi ibunya sambil menangis supaya hadir di tempat kejadian.

Saya matikan enjin, terus keluar, manalah tahu saya boleh membantu apa yang patut.Dalam hati risau juga, jika saya memasuki urusan keluarga dan peribadi orang kan? 

Bila diselidik rupanya rupanya mata kail pancing itu tersangkut di keningnya.Allahu Akbar, Pedih saya mendengarnya.Tapi memandangkan seorang dua pakcik dan kumpulan di situ sedang cuba membantu mangsa tersebut, saya hanya biarkan sahaja dan kembali ke kereta.

Namun, sejurus saya hidupkan enjin dan memandang belakang kereta, saya nampak budak perempuan tadi berlari-lari seolah-olah hilang arah.Saya minta adik saya keluar dan bertanyakan dia (saya tak dapat keluar, sebab kawasan tu kawasan blacklist, perlu berhati-hati dan buat backup plan jika berlaku apa-apa) dan bertanyakan apa tindakan pakcik-pakcik tadi, mahu ke hospitalkah atau macam mana.

Tetapi, memandangkan keadaan yang macam tu, kami terus membawa budak lelaki tadi dengan mata kailnya masih tersangkut di dahinya bersama kakaknya berjumpa ibunya terlebih dahulu yang kebetulan bekerja berhampiran di hospital, dan kami mencari ayahnya di tempat bekerjanya setelah mendapat maklumat daripada makcik budak lelaki tadi.

Apa yang sedih, ketika bertemu ibunya, dia mengandung tiga bulan, memang dia terkejut besar, ayahnya pula yang masih berkerja malam terus memecut sepantas kilat ke hospital untuk melihat keadaan anak kesayangannya.

Tapi, apa-apa pun alhamdulilah, semuanya selesai memandangkan budak lelaki tadi masih boleh bercakap dengan kami bagaimana keadaannya, dan darah tidak mengalir dalam kuantiti yang banyak yang mana boleh menyebabkan dia pengsan dan sebagainya.

Nota Naluri: 
Teringat belajar "First Aid Skill" dulu-dulu dan rasa nak cari satu set kotak First Aid dan letak dalam kereta jika terjadi apa-apa sebagai tanda ikhtiar kita..Huhu

Rindu Update Blog!

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirahim.. 

Assalamualaikum wbt.

Fuuuuuuuuuuuuuuh..tiup habuk dahulu.hehe.Ketepikan semua habuk, sebelum blog ini terus bercerita dan berceriti .Hanya sekadar ucapan ringkas dahulu..Rindunya kat blog ni..!dan tak lupa kawan-kawan yang sentiasa membaca, menjenguk di blog saya ni.Terima kasih banyak-banyak..:-)




Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam..Hari kemenangan kita, jika kita tidak dapat membuat pencapaian cemerlang di bulan Ramadhan yang lalu, semoga kita akan terus perbaiki diri kita di bulan yang seterusnya.Yang penting jangan putus asa dalam menjadi umat Islam yang cemerlang selagi kita masih bernafas, selagi darah mengalir didalam badan, dan selagi nadi itu masih berdenyut.

Nota Naluri: 
Oo..Gambar raya yerk..nanti kita update satu-satu yerk..Yang penting blog ini masih bernafas..:-)