Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.
"Tiada tali yang paling erat selain tali silaturrahim
Tiada tali pintu yang paling kukuh selain pintu hati
Tiada hutan yang paling berat selain hutang budi
Tiada pemberian yang paling berharga selain kemaafan"
SALAM AIDILFITRI.
Antara SMS yang diterima pada malam raya, dari rakan sekolah menengah saya, Suhaida.Begitu bermakna.
Aidilfitri ini berbeza kerana pertama kali ibunda saya beraya bersama menantu, adik-adik saya beraya dengan abang ipar baru, dan aidilfitri pertama saya sebagai isteri.Aduh rasa macam bermimpi lagi.Tak siapa menyangka Hayati Aidilfitri 2010 merupakan kali terakhir saya beraya sebagai status "single".
Keluarga kami kurang gemar beraya dengan pakaian sedondon.Kata mereka, bosanlah tengok gambar tanpa warna warni.Ada-ada aje.Ataupun kami sendiri yang dah bosan kerana ketika kecil dahulu seringkali berpakaian sedondon.Apa-apa pun inilah gaya raya kami.Warna warni Aidilfitri dan ala kadar.
TAHLIL & AL- FATIHAH BUAT MEREKA YANG TELAH PERGI
Alhamdulilah, jika tahun lepas Pak Su Tar yang mengetuai tahlil kami, tahun ini giliran suami saya pula untuk mengetuai tahlil.Jika dia diuji untuk mengetuai tahlil sebagai menantu lelaki baru, apa pula ujian saya sebagai menantu perempuan baru di kampungnya pula ye..Ehem..Perlu bersiap sedia mental dan fizikal.:-)
TIADA TALI YANG PALING ERAT SELAIN DARI SILATURRAHIM
Keluarga Mak Enon & Pakcik Bawi (sepupu ibunda) |
Pak de , Mak De, Aishah & Maryam |
Yang ini semuanya masih belajar kecuali Pn Ika yang berbaju krim:-P |
Eh, yang ni pun berposing sakan?Musykil2..:-P |
Aishah & Tok Su , Tok Som & Ayah Ri dari jendela rumah :-) |
Ceria sebab perut dah kenyang di Felda Rentam, Purun. |
Akhir kata, selamat hari raya dan jangan lupa ambil fadhilat puasa enam yerk:-)
Nota Naluri:
Raya kali ini saya banyak belajar mengenai tips kesihatan dari mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah dapat ilmu baru, nanti kita kongsikan ye walaupun saya ini bukanlah doktor:-P
"Andai ada terlanjur bahasa dan jika ruang masih ada, kemaafan jualah yang dipinta."
Nota Naluri:
Raya kali ini saya banyak belajar mengenai tips kesihatan dari mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah dapat ilmu baru, nanti kita kongsikan ye walaupun saya ini bukanlah doktor:-P
7 inspirasi naluri :-):
uhuk...uhuk.. batuk, demam & mcm2 lps raya...dugaan dan cabaran yang Allah bagi..:-)
selamat hari raya juga ye...
berdebar gak ni kalau diuji cam suami kakak tu...
ape lah ujian kat aku nanti.haha...
wah...!terbaeknyer post raya!hehehe..cantekla gmbr kite yerk..hehe..bgus2..
uhuk3..batuk gk la...moga sihat sumenyer..insyaALLAH..
Silent Reader:-):
dugaan itu datu kafarah untuk kita sbg hambanya..penghapus dosa2 kecil:-)
APAN:
Selamat hari raya APAN.
Haha.unexpected test and on the spot..so get ready yerk APAN. and good luck..hehe:-)
idah:
terima kasih..tulis sukati je nih..hehe
ameen..semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang berpanjangan buta kita semua ameen!
selamat hari raya untuk tuan rumah heee.. jaga dri dan senyum sllu
Post a Comment