Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Interkom saya berbunyi. Bos.Saya ke biliknya, dan dijemput untuk menghadiri satu jamuan perjumpaan Peguam Pahang pada tengahari itu di Restoran Swan,Grand Continental.Lafaz maaf saya tuturkan dengan hati-hati, kerana saya masih berpuasa, puasa wajib.Kalau puasa sunat, mahu juga saya pergi ke sana.
Pagi esoknya saya juga mendapat jemputan bos untuk mewakili dirinya ke jamuan aidilfiitri di tapak projek panel kami, Bandar Putra. Jumaat dan Ahad pun ada jemputan dari bank-bank tempatan.Ada juga jemputan ke Majlis Penerimaan dan Kemasukan Peguambela & Peguamcara pagi Jumaat lalu oleh pelatih kamar.Tahniah buat Siti dan Sakinah, akhirnya kamu berdua akan jadi wakalah.Pesan akak, kuatkan hati dan kuatkan semangat jika ingin berjaya dalam bidang ini, langkah kamu baru bermula..:-)
Dan pesanan YM kawan saya menjemput ke rumah terbukanya di Chendering Futsal juga tak dapat dipenuhi, sebab selsema dan batuk-batuk masih ada.Akibat kena hujan selama dua malam.:-) ke mana pula saya pergi malam-malam sampai berhujan yerk.Hmm..saya ke rumah jiran yang mengadakan majilis tahlil. dalam keadaan hujan yang renyai-renyai tanpa berpayung, tidur tak berselimut di sofa luar sehingga televisyen yang tengok saya.:-P
Pernah juga saya coretkan sedikit tentang kenangan bersama arwah di blog ini.Sila klik sini dan sini, antara kenangan saya dan arwah.Sebenarya, saya baru nak niatkan sedikit tips-tips kesihatan yang saya dapat dari arwah dan keluarga di sini.Dan tanpa saya sangka, dia pergi meninggalkan kami.Al Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..
1 inspirasi naluri :-):
banyak jemputan...tapi x dpat gi lak...lama lagi kalau nak tunggu turn lps ni... :)
Post a Comment