Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Tenangnya pagi tadi setelah bercuti panjang walaupun hanya tiga hari sahaja.Hujung minggu itu penuh aktiviti, sampai terkejar-kejar rasanya.Dengan aktiviti keluarga, kenduri kahwin , rumah terbuka dan sebagainya. Ikutkan hati, 24jam sehari memang tak cukup, tapi ianya akan bermanfaat jika digunakan sebaik mungkin.
Begitu juga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi.Kadang-kadang tak tercapai dek akal untuk menguruskan seorang diri.Kadang-kadang kita perlukan imbuhan untuk membuatkan kita lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas, supaya kita lebih teruja. Contoh untuk blogger macam kita, siap satu kes, satu entri akan dibuat.hoho..:-P
Dan kadang-kadang kita perlukan sokongan dan senyuman dari insan yang kita sayangi, kerana mereka lebih dekat di hati kita yang sering kita sandarkan pada bahu mereka andai dalam kesusahan dan kecelaruan.
Adakalanya kita juga perlukan kekuatan.Dan kekuatan itu datangnya dari Allah swt.Tiada manusia bisa memberikan kekuatan sebesar itu, dan Allah juga Maha Mengasihani kerana hanya membebankan amanah itu sesuai dengan kesanggupan seseorang itu.
Nota Naluri:
Al Fatihah buat jiran saya yang meninggal pada 18/09/2011.Insha Allah, tahlil akan diadakan pada malam ini.

0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment