Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Asal kami dari Beserah, dibesarkan dengan angin pantai Timur.Jemputan dari Maryam pada minggu lepas sempena majlis perkahwinanannya di Kg Pantai Beserah, menggamit memori kami sekeluarga di sana, berbasikal meredah angin pantai,melepaskan rindu kami bertemu jiran-jiran lama.
Tahniah Maryam dan Suami, selamat pengantin baru dari kami sekeluarga.Jodoh mereka pun dengan orang dekat juga.Alhamdulilah!
"Cintailah Allah kerana nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada kalian, Cintailah aku kerana cinta kalian kepadaNYA" (Hadith Riwayat Tirmidzi Al Hakim")
1 inspirasi naluri :-):
Slmt Pgntin Baru buat mereka...
Semoga kekal jodohnye hingga ke syurga...Amin...
Saya ramai sedara mara kat Kg Masjid,Beserah..
Post a Comment