Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Saya berbual dengan kakak senior saya yang berada di sebuah firma guaman, "Kak, setakat ini pejabat akak nak ambil peguam lagi ke atau nak meramaikan staf ?".
Bekerja di firma guaman, adalah menjadi kebiasaan apabila staf bersilih ganti.Siapa mahukan kerja yang banyak. Apatah lagi kakitangan yang senior seringkali menjadi "pisang goreng panas".Sangat-sangat diperlukan.
Fail yang tidak mahu surut, malahan makin bertambah dan bermain dengan bahasa undang-undang yang panjang tetapi membawa satu makna, "due date" yang harus dikejar bagi mengelak sebarang penalti dan hati kami memang perlu "hati kering" dengan karenah klien dan kes pelbagai peringkat.

Sambil mengeluh, kakak tadi menjawab, "Pejabat akak tak nak ambil peguam dah.Cukup dulu setakat ini..Bukan apa, bukan senang nak mencari graduan yang ada "attitude".Akak tak kisahlah pointer rendah atau apa,kiranya akak tak pandang langsung CGPA yang tinggi melambung tu, yang penting attitude dan kesungguhan .Itu je akak nak.Tapi yang macam itulah yang paling sukar dicari."
Saya seringkali melihat, ada benarnya kata-kata itu.SUKAR.Mencari mereka ikhlas bekerja pun sukar.Mencari mereka yang sentiasa bersungguh pun sukar.Apatah lagi mencari mereka yang akan berterusan menimba ilmu walaupun telah menjadi orang atasan.Umpama ular menyusur di bawah akar.
Dan kami umpama musang yang berjanggut untuk menanti si graduan yang penuh attitude dan kesungguhan bagi menjalankan segala prosedur untuk hak adami.Ameen!Semoga perjuangan kami di bidang ini diberkatiNya.
" Sesungguhnya Allah Swt suka apabila seseorang dari kamu membuat suatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh"
3 inspirasi naluri :-):
salam..
sejak hum dtg ke blog suri sejak tu suri try jejak Hum tapi tak blh sb tiao kali suri klik nick Hum yg koemn kt blog suri tu, akan di bawa kelaman lain. pelik bukan ke laman blog ini huhu..
harini ahad baru berpeling jejak Hum huhu....
blog ini sudh bertukar wajah mmg blh buat suri suka lebih2 lagi warna latar laka biru heeee
Selamat hari raya hayati...
Post a Comment