9/23/11

Barakallah Maryam & Suami

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt.




Asal kami dari Beserah, dibesarkan dengan angin pantai Timur.Jemputan dari Maryam pada minggu lepas sempena majlis perkahwinanannya di Kg Pantai Beserah, menggamit memori kami sekeluarga di sana, berbasikal meredah angin pantai,melepaskan rindu kami bertemu jiran-jiran lama.


Tahniah Maryam dan Suami, selamat pengantin baru dari kami sekeluarga.Jodoh mereka pun dengan orang dekat juga.Alhamdulilah!

"Cintailah Allah kerana nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada kalian, Cintailah aku kerana cinta kalian kepadaNYA" (Hadith Riwayat Tirmidzi Al Hakim")




Strike , Spare & Split For One Ukhuwah

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Lama betul tak lepas gian main bowling di Megamall, Kuantan. Nak-nak bila raya ni berat badan pun meningkat, kena keluarkan peluh sikit.Tengok gambar pun pipi dah membulat.

Layan Mash Potatoes dulu.:-)
Tapi kali ini, saya bermain dengan adik adik saya dan adik-adik ipar (Macam tak percaya je dah beripar duai rupanya.:-P), Ibunda tercinta pun datang juga melihat keletah keletah kami yang nakal ni bermain bowling.Bila lagi kami nak berkumpul macam ni Walaupun terkejar-kejar denag kenduri, rumah terbuka, akhirnya dapat juga kami luangkan masa bersama-sama. Bukan kisah dapat "strike" bowling ataupun tak.Yang penting kami semua menikmati masa kualiti kami sekeluarga.

Happy tetap happy..:-)
 Sambil menunggu giliran, senyum senyum dulu, borak-borak dulu.

 
 

Aksi-aksi yang tak profesional dari kami :-P,Akhirnya Izham berjaya yang mengumpul mata tertinggi,beza satu mata dengan saya.Agak-agak saya tempat ke berapa yerk:-P

Nota Naluri:
Teringat saya pada Pertandingan Bowling Terbuka bersama kawan-kawan sepengajian shariah, pasukan kami meraih tempat kedua walaupun kali pertama kali bermain.:-P.Alhmdulilah rezeki kami..


9/22/11

Sinonim Spek Hitam dan Mahkamah

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Awal pagi kelmarin, saya didatangi klien, mahu membuka fail atas kes tuntutan pusaka dan harta sepencarian.Maklumat dan dokumen yang ada diteliti. 


Katanya, "Puan, kalau boleh masa bicara nanti, saya tak nak berjumpa dengan madu saya.".Say tahu pahit bagi dia untuk menerima kenyataan.

"Mana boleh puan, semua pihak kena hadir pada hari bicara, nak tak nak, perlu berjumpa juga, kita tak boleh nak elak juga..."

"Hmm, kalau begitu, saya nak pakai spek hitam la nanti.."..:-P

Kisah 2


Seorang anakguam syariah, datang ke pejabat berkaca mata hitam.Perawakannya seperti artis.Kami membiarkan sahaja.Rupanya di sebalik  spek hitam itu ada lebam di matanya akibat dipukul oleh seorang lelaki bernama suami.

Siapa sangka disebalik kecantikan yang ada, ada cerita disebaliknya.

Kisah 3


Petang saya terperasan seorang klien duduk di kerusi tetamu , berselendang pashmina dan berniqab.Tapi tanpa spek mata hitam.Hmm..ada perbezaan kan?Fikir-fikirkan

Nota Naluri:
Teingat selendang Pashmina di bazaar Kuantan. Sweet.Rasa nak menjenguk ke sana lagi..:-)



9/21/11

Mata (Wink WinK)

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Ketika mengunjungi jiran saya yang mengalami sakit kencing manis, berbagai nasihat yang diberikan.Saya pun  turut terkena tempiasnya.Hehe..Katanya " Haa, kalau orang yang pakai spek, elok letak timun kat atas mata, bagi serap haba-haba dari luar.." Saya hanya mampu tersengih aje la dan terasa kepedasannya sebab saya sendiri pun tak pernah meletakkan timun di mata saya.:-P

Timun Cik Aqilah:-)
 

Setakat ini, kalau di bilik air, saya hanya takungkan air di kedua-dua tangan saya, dan bersihkan  atau rendamkan mata.Ada juga orang bagi petua macam tu.

Rupanya setelah di"google", banyak rupanya kelebihan timun selain menyegarkan mata yang asyik menatap monitor komputer, handset, televisyen sepanjang hari yang menjadi sebab kenapa mata kita letih.

Antara senaman-senaman mata yang boleh dibuat adalah seperti di sini, Marhaen Kacak (seorang optometrist) banyak menceritakan tentang kesihatan mata, bagus untuk menjadi panduan kita semua..Antara senaman yang dicadangkan oleh Marhaen, "push up", latihan mengubah fokus, "merry go round", tekup dan urut.

Selamat Mencuba!

"Tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa melainkan air mata taubat"


9/20/11

Pagi Yang Tenang

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.



Tenangnya pagi tadi setelah bercuti panjang walaupun hanya tiga hari sahaja.Hujung minggu itu penuh aktiviti, sampai terkejar-kejar rasanya.Dengan aktiviti keluarga, kenduri kahwin , rumah terbuka dan sebagainya. Ikutkan hati, 24jam sehari memang tak cukup, tapi ianya akan bermanfaat jika digunakan sebaik mungkin.

Begitu juga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi.Kadang-kadang tak tercapai dek akal untuk menguruskan seorang diri.Kadang-kadang kita perlukan imbuhan untuk membuatkan kita lebih bersemangat dalam  melaksanakan tugas, supaya kita lebih teruja. Contoh untuk blogger macam kita, siap satu kes, satu entri akan dibuat.hoho..:-P

Dan kadang-kadang kita perlukan sokongan dan senyuman dari insan yang kita sayangi, kerana mereka lebih dekat di hati kita yang sering kita sandarkan pada bahu mereka andai dalam kesusahan dan kecelaruan.

Adakalanya kita juga perlukan kekuatan.Dan kekuatan itu datangnya dari Allah swt.Tiada manusia bisa memberikan kekuatan sebesar itu, dan Allah juga Maha Mengasihani kerana hanya membebankan amanah itu sesuai dengan kesanggupan seseorang itu.

Nota Naluri:
Al Fatihah buat jiran saya yang meninggal pada 18/09/2011.Insha Allah, tahlil akan diadakan pada malam ini.

9/15/11

CGPA Vs. Attitude

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




Saya berbual dengan kakak senior saya yang berada di sebuah firma guaman, "Kak, setakat ini pejabat akak nak ambil peguam lagi ke atau nak meramaikan staf ?".

Bekerja di firma guaman, adalah menjadi kebiasaan apabila staf bersilih ganti.Siapa mahukan kerja yang banyak. Apatah lagi kakitangan yang senior seringkali menjadi "pisang goreng panas".Sangat-sangat diperlukan.


Fail yang tidak mahu surut, malahan makin bertambah dan bermain dengan bahasa undang-undang yang panjang tetapi membawa satu makna, "due date" yang harus dikejar bagi mengelak sebarang penalti dan hati kami memang perlu "hati kering" dengan karenah klien dan kes pelbagai peringkat.

Sambil mengeluh, kakak tadi menjawab, "Pejabat akak tak nak ambil peguam dah.Cukup dulu setakat ini..Bukan apa, bukan senang nak mencari graduan yang ada "attitude".Akak tak kisahlah pointer rendah atau apa,kiranya akak tak pandang langsung CGPA yang tinggi melambung tu, yang penting attitude dan kesungguhan .Itu je akak nak.Tapi yang macam itulah yang paling sukar dicari."


Saya seringkali melihat, ada benarnya kata-kata itu.SUKAR.Mencari mereka ikhlas bekerja pun sukar.Mencari mereka yang sentiasa bersungguh pun sukar.Apatah lagi mencari mereka yang akan berterusan menimba ilmu walaupun telah menjadi orang atasan.Umpama ular menyusur di bawah akar.

Dan kami umpama musang yang berjanggut untuk menanti si graduan yang penuh attitude dan kesungguhan bagi menjalankan segala prosedur untuk hak adami.Ameen!Semoga perjuangan kami di bidang ini diberkatiNya.

" Sesungguhnya Allah Swt suka apabila seseorang dari kamu membuat suatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh"



9/14/11

Mata Kedua Itu Harus Jujur

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt.


Kadang-kadang kita rasa apa kita buat sudah sempurna di mata kita. Tapi hakikatnya kita perlukan "mata kedua" untuk memperbaiki kelemahan kita.

"Mata Kedua" itu pula harus JUJUR.Dan kejujuran ini yang paling sukar dicari kerana seringkali bertelingkah dengan "bermuka-muka".


Bagaimana harus mencari kejujuran itu?Hanya melalui naluri kita dan "attitude" kita. Walaupun kita telah menjumpai mata kedua yang jujur tadi, janganlah diletakkan kepercayaan 100% mutlak.Bukan tidak mahu percaya , bukan tidak yakin, tetapi hanya mengambil langkah berhati-berhati.


 "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"
-Saidina Ali-