9/5/10

Cuti "Advanced"..

BY humble.yat IN 2 comments


Hati saya berbunga kecil setelah menghantar borang cuti sempena raya. Hajatnya, nak bercuti awal supaya boleh membantu ibunda tercinta membuat persiapan raya, pasang langsir baru, kemas rumah, membeli barang dapur, mengambil adik di terminal, membayar zakat, servis kereta.Kalaulah disenaraikan, memang tak habis.Dan jelas terbayang di mata, borang cuti siap ditandatangani oleh bos.Harap-harap diluluskan. Amiinn!

Tetapi ketika  saya menghadap fail-fail yang bermasalah tahap "CCU", terganggu seketika dengan deringan telefon.Ops!Bos interkom rupanya dan bertanyakan kenapa saya bercuti awal.Katanya saya bercuti macam saya dah berkeluarga gayanya, padahal saya masih belum berkahwin!Hehe, saya berterus terang bahawa saya ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan, maklumlah anak sulung @ ketua keluarga buat masa ini. Mana sempat nak habiskan semua kerja dalam satu hari.Lagipun, sebelum ini, alasan-alasan cuti saya semua adalah urusan keluarga.Tak pernah ada urusan lain dan jarang ada MC Tambahan pula, kakitangan-kakitangan tidak memohon cuti "advanced" melainkan saya. Terpaksa bos..Luluskan la ye.

Kesimpulannya, orang selalu salah sangka kalau bujang tentu tiada komitmen dan hanya boleh untuk "enjoy" saja. Tetapi itu bukan diri saya, kerana saya harus berjasa dan membalas budi ibunda dan keluarga yang terlalu banyak memberi sokongan kasih sayang. Membalas budi saudara-saudara yang banyak menolong kami tika kami dalam kesusahan.Membalas budi jiran-jiran, kawan-kawan yang terlalu banyak memberi sokongan untuk kami meneruskan kehidupan setelah kehilangan ayahanda tercinta.Saya juga harus memberi kasih sayang dan semangat buat adik-adik saya yang kesemuanya masih belajar lagi untuk kami cipta kegemilangan keluarga.

Dan yang paling penting saya tidak mahu menjadi seperti kacang lupakan kulit!

2 inspirasi naluri :-):

SkreMpes! said...

Insap baca..beh2

humble.yat said...

insaf ker..sekadar mencoret sahaja :)
teriam kasih kerana sudi membaca...