9/25/10

Tip Membuat Keputusan

BY humble.yat IN 4 comments

aik confius la, nak fokus facebook?twitter atau  blog yerk?hmmm
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membuat keputusan setiap hari. Namun, apabila ia melibatkan keputusan yang besar, pasti kita berada dalam dilema.Nak ke tak nak? Habis semua sahabat menjadi rujukan kita bagi membuat keputusan yang tepat.Tak kisahlah ia melibatkan masalah apa pun.Kadang-kadang keputusan yang kita buat itu memerlukan pengorbanan, walaupun ia agak susah ia diterima orang lain. Tetapi kita sendiri sudah bulat hati .Tak mengapalah kan?Asalkan kita ada sebab yang kukuh. Saya membelek Majalah Solusi edisi 22 mengenai tip membuat keputusan. Moga ia menjadi panduan buat kita semua yang masing bingung membuat pilihan.


1.SOLAT ISTIKHARAH
 Kebanyakan kita sentiasa menyangka, solat istikharah dilakukan apabila kita hendak membuat pilihan untuk berumahtangga. Itu adalah tanggapan yang salah. Solat istikharah sepatutnya dilakukan apabila kita berada dalam dilema, tidak mengira masalah apa jua. Contohnya, "nak pilih kursus yang mana satu, perubatan atau undang-undang?" "Hendak bekerja sebagai pegawai kerajaan atau swasta?" "Kereta yang mana satu nak beli yek?" Semua contoh tersebut , memerlukan kita membuat keputusan, walaupun ia nampak kecil, tapi dengan solat istikharah, kita akan lebih mendekatkan diri kepadaNya.Dan Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik pada diri kita.Solat istikharah juga afdhal dilakukan dalam keadan yang tenang supaya keputusan kita tidak terlalu cenderung mengikut hati tetapi membuat keputusan melalui akal dan hati kita.

"Dan boleh jadi kamu benci pada kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Surah Al-Baqarah 2:216)

2. MUSYAWARAH

Berbincanglah dengan sahabat yang boleh dipercayai, ahli keluarga, ilmuwan dan mereka yang berpengalaman  mengenai keputusan yang hendak dibuat. Sedangkan sahabat-sahabat nabi juga berbincang (berijmak) dalam  membuat sesuatu hukum, apatah lagi kita yang naif ini. Melalui perbincangan kita boleh menilai baik dan buruknya, sambil berkongsi ilmu dengan mereka yang lebih matang dan berperpengalaman.Pandangan orang yang berilmu, soleh atau mereka yang berumur akan membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak.

3. DENGAR KATA HATI


Dengarlah kata hati kita yang berlandaskan akal.Tetapi janganlah terlalu ikutkan hati kita yang berlandaskan nafsu, ego dan seumpamanya yang boleh mempengaruhi untuk membuat keputusan kita. Dan hati kita hendaklah sentiasa cintakan Allah dan RasulNya. Menunaikan segala ajarannya.Barulah hati memainkan peranan untuk membuat keputusan yang betul. Dengarlah kata hati yang benar terutama selepas menunaikan solat fardhu, solat Taubat dan Solat Istikharah serta ketika sedang berpuasa sambil meletakkan sifat tawakal dan berserah kepadaNya yang Maha Penyayang.


Pesanan dari Solusi: 
Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.


4 inspirasi naluri :-):

di sebalik wajahku.. said...

salam.. blog akak bgus,, akak.. nak tnya leh.. camne nak wat signature tu ^^,

humble.yat said...

klik kat sini je (http://www.mylivesignature.com/mls_menu.php)and terus masuk next step..masa compose entri paste kat html yerk..

suri said...

ada kekuatan pasti Tuahn itu akan sentisa mengiringi khdupan kita sbg umatnya..

ada mslh trus atasi dgn baik dan sgra jgn smpan lama2 ya nnti tension jadinya heee

humble.yat said...

suri:
yang penting jangan terus putus asa.
"either you do or die!"