saya pun tak nak ketinggalan memeriahkan susana hari raya ni..
jom tengok..
Kalau nak tahu, kampung saya ada "signboard" di atas ni. Jadi pastikan anda tidak merokok dan menutup aurat sebelum datang beraya, maklumlah kampung ini merupakan perkampungan ilmu, jadi semua kena dijaga baik aurat dan pandangan mata. Penduduknya, berpakaian jubah dan purdah ,mengikut sunnah nabi.Sangat aman beraya di sini seolah-olah kita dikelilingi hidayah dariNya, cuma kita sahaja yang memilih untuk menerima atau tidak.
Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi, arwah tok ayah, arwah tok mek, dan arwah pakcik saudara yang semuanya dikebumikan di sini. Tidak dilupakan niat untuk arwah abah.Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Mokhtar Senik, saudara kami juga. Saya sangat suka cara dia membangunkan perniagaan sambil berdakwah. memang "best".
"Picture Shoot" yang paling menginsafkan bagi saya untuk mengingati hari-hari kematian.Tahniah untuk adik saya untuk gambar ini, sangat cantik walaupun bukan dari kamera DSLR .Dan kami hampir-hampir tidak dapat merakamkan saat raya kami disebabkan kamera rosak.
Di hujung sudut itu adik saya juga. Jika dapat diperhatikan betul betul, jari telunjuknya berbalut akibat terkena mesin kelapa parut. Sampai terguris daging dekat jarinya.Nasib baik Klinik Kesihatan Padang Luas beroperasi pada hari terakhir Ramadhan. Percuma pula tu. Biasanya jika kakitangan swasta kena bayar RM1. Apa la agaknya dia mengayat jururawat kat situ (Jangan Marah yerk Angah..hehe)
Ini pula, gambar Abang Mir sekeluarga bertemakan turqoise, suka tengok gambar ni, sangat "live" berhari raya. Abang Mir merupakan sepupu kami. Sering juga dia bertanyakan khabar kami sekeluarga dan memberi semangat kepada kami.Sayang Abang Mir! K.long, isteri Abg Mir juga pandai memasak, ada sahaja menu istimewa dari dia sediakan untuk kami. Sayang K.Long jugak!
Ini pula keluarga dua pupu kami. Mereka juga membesar tanpa ayah yang tersayang.Semoga berjaya ye semua. Dah besar panjang rupanya.Walaupun kita dua pupu (hubungan yg jauh tu),kita mesti jadi macam satu keluarga ye.
Ha, yang ni adik-adik saya dan sepupu-sepupu.Ada lagi yang tak bergambar sebab semua dah sibuk dengan karenah anak kecil mereka.Kalau dah berjumpa memang riuh sekampung.Memang tak ingat dunia la memasing. Yang penting kami ada "shift" untuk tugasan menghidang dan membasuh cuci mangkuk.Best!
Kami lah empat orang gadis jati pahang. Umpama air dicincang takkan putus.Alhamdulilah semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Setia menjaga ibunda tercinta dan nama baik keluarga. |
Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA EID FITRI buat sahabat semua,
Bak pantun adik saya,
"Semalam mimpi jadi kaya, selamat berhari raya
Balik kampung makan ikan patin, maaf zahir dan batin."
3 inspirasi naluri :-):
'Eid Mubarak...
waahhh
sukew..
camat ary raye
Penduga Arus:
terima kasih
basirahsmarties:
selamta hri raya:)
bez kan quiz akak hehe
Post a Comment