9/26/10

Dilema Si Penganggur Graduan

BY humble.yat IN 10 comments



Termenung seketika seorang graduan universiti tempatan mengenangkan nasibnya yang tak kunjung tiba. Melihat rakan-rakan yang hanya belajar setakat SPM telah mempunyai pekerjaan yang tetap, malah lebih berjaya daripadanya yang berpelajaran tinggi. Apa salah dirinya, satu kerja pun belum dapat ditakluki.Salah pilih kursuskah?Atau terlalu memilih kerja?Atau mahu pekerjaan yang gajinya terus beribu-ribu?Hmm..

Ada juga seorang graduan universiti tiba-tiba menyesal melanjutkan pelajaran ke IPTA.Hatinya memberontak sehingga adik-adiknya dilarang memasuki mana-mana universiti supaya tidak tersalah langkah.


Janganlah bersikap macam tu sekali wahai si penganggur graduan universiti.Usah dikesali dengan ilmu-ilmu yang kita timba di menara gading.Kerana itu semuanya amanah ilmu yang diberikan Allah untuk kita laksanakan sebagai tuntutan fardhu kifayah.Walau apa jua kursus yang diambil, gunakan ia sebaik mungkin kerana Allah tidak menjadikan ia sebagai perkara yang sia-sia.

Sambil mencari pekerjaan, jangan lokek untuk berdoa.Beristikharahlah dan berhajatlah supaya diberi kekuatan supaya tidak wujud perasaan kesal apabila melihat rakan anda lebih berjaya, ditunjuki jalan pekerjaan yang bersesuaian dengan cara hidup kita. 

Usah memilih pekerjaan yang bergaji tinggi lagi, memilih tempat bekerja, tetapi pilihlah pekerjaan itu sebagai langkah pertama untuk mencari pengalaman, pekerjaan yang lebih baik.


10 inspirasi naluri :-):

Nasir said...

betul tue..yakin lah Allah telah tetapkan setiap org dengan rezeki masing2....minta la kepadanya selalu..insyaAllah ler...

suri said...

kerja mmg sush nak cari dulu suri keje tak memilih asalkan ada gaji, halal Alhamdulillah..

tak smstinya garaduan blh peruntukan keje dgn siji, diploma mrka malah skrg ni pon kita blh aplly jwtan gomen. pmr spm dip smu blh jer. cuma tulah saingan dia sgit tu mmg tak blh nak di sangkal lagi..

usaha sdaya mana kerja sb kita kena berdiri ats kki kita sndiri jugak satu hari nni..

humble.yat said...

Nasir Bravo:
Rezeki tak ke mana kan?hanya kita je yang sabar atau tak menunggu rezeki itu.

Suri:
Betul tu suri, sebab tu banyak keluhan penganggur graduan yang mengeluh kenapa nasib mereka tak sebaik lepasan diploma dan sijil.Sebab tu kita jangan terlalu memilih kerja berdasarkan gaji dan keselesaan.Tapi terusakn usaha dan gunakan segala imu yang ada walaupun bidang kerja adalh berlainan..

Anonymous said...

carilah dan buatlah apa saja kerja walaupun tak berkaitan dengan bidang pengajian. itu akan membuka jalan yang lebih luas lagi dalam usaha mencari kerja. sudah ada pengalaman kerja untuk dijadikan sandaran. All the best

lezaqasandra said...

never give up...rezeki sentiasa ada, usaha + doa + tawakal

khairolghani said...

zaman sekarang ni tak leh memilih kerja..kalau memilih sangat,alamatnya tak berkerja sampai sudah..kerja je yg biasa2 dulu,kelak Allah buka jalan untuk kerja yg lebih baik..

humble.yat said...

Hisyam:
betul tu en. hisyam, sering saya perhatikan, mereka ini terlalu memilih kerja.

Cik Liz:
setuju dengan Cik Liz, yang penting jangan putus asa kan?dalam mencari kerja perlu "double effort" kan?

Khairolghani:
Terlalu memilih, merugikan masa kan?

kusut said...

ramai yg romantic bile mencari keje.. tapi yg sebenarnye kene jadik realist

suri said...

timba pengalaman dulu barulah kita tahu kerja tu camner huhu..

Zikri Husaini said...

hurm betul tuh.. sekarang nie memang susah nak cari kerja... so cari kerja apa2 yang patut.. nak tampung kos2 bulanan....