4/29/11

Hanya Teringin..

BY humble.yat IN No comments

Saya pun tak ingat hari apa, cuma yang penting saya cuma teringin makan sesuatu yang dah lama saya tak makan.Puas juga merayu pada emak, "Bagilah akak lepaskan angin akak kejap je, teringin sangat nak ABC campur Bihun Sup kat situ jugak..". Mak pun pelik, tapi dia hanya menurut saja kata saya.Hehe. Terima Kasih emak..:-)Tesangat-sangat teringin walaupun tak habis :-) Balik...

4/28/11

Sujudku Dengan Air Mata

BY humble.yat IN No comments

Malam itu terasa sangat sayu Dari takbiratul ihram hingga ke sujud itu ditemani dengan air mata Entah Kenapa.... Teringat kata-kata Ustaz Muhammad, dunia ini tempat berpenat-penat , bukannya untuk berehat, maka buatlah amal yang terbaik .  Al Fatihah Buat Arwah Abah , Nenek, Tok Ayah, Tok & Pak Long..T.T Nota:  Semalam Makan nasi, tapi terasa...

4/27/11

Dia Bukan Maryam & Pengendali Umrah

BY humble.yat IN No comments

  Lama juga tak melayan drama-drama Melayu ni dan "Dia Bukan Maryam" musim kedua menarik perhatian saya, apabila lokasinya di Kota Suci Mekah.Watak yang dimainkan Nisdawaty sebagai pengendali umrah dan ziarah membuatkan saya teringin menjadi pengendali umrah.  Tapi, saya pasti bidang saya amat jauh berbeza , perundangan dan fardhu haji .Tentu banyak yang...

4/26/11

Membina Keyakinan Diri

BY humble.yat IN No comments

Hari ini nak ingatkan diri sendiri dan cuba perbaiki diri.:-) Keyakinan diri boleh ditanam dengan; Latih duduk di depan dalam sebarang majlis terutamanya dalam majlis ilmu Berjalan dengan laju seperti Rasullulah s.a.w Apabila berkomunikasi dengan orang lain, pandang wajah mereka. Suara semasa bercakap perlu kelas dan terang, jangan terlalu perlahan hingga sukar didengari Senyum...

4/22/11

Racun Ku Minum Jadi Penawar?

BY humble.yat IN 1 comment

"Orang berinai berhitam kuku Mandi dijirusi si air mawar Kalau sampai hasrat hatiku Racun ku minum jadi penawar" Terjatuh hati pula saya dengar kata-kata Tun Teja ni.Seorang kawan  meletakkan status ini di FB.Setelah dikorek, katanya ada kisah tersirat di situ.Dan dia mahu saya membaca buku ini...: "HIKAYAT HANG TUAH!" Buku sejarah! Mata pasti...

Just Step in In New Awesome Pudu :-)

BY humble.yat IN No comments

Wah, saya dah pijak kaki di Puduraya pada hari ketiga ia dibuka, untuk melihat suasana baru yang digembar gemburkan. Subhanallah!Memang sangat cantik dan canggih. Jika dulu tingkat satu ada kaunter tiket, kini semuanya beralih ke tingkat tiga.Berkarpet lagi!Tingkat dua masih kosong lagi, mungkin akan ada kedai-kedai makan dan kedai kecil di situ. Dan tingkat satu adalah...

4/20/11

Trivia Kasih Sayang

BY humble.yat IN 1 comment

Pagi-pagi dah update blog?:-) Cuma teringat soalan trivia yang saya tujukan khas buat adik-adik saya ketika kami di kampung.Sengaja nak tengok keikhlasan mereka atas kakaknya sendiri .:-P..Boleh diuji keikhlasan itu? Terpulang kepada diri kita untuk menilai.Tapi saya juga sediakan hadiah "angpau", jika mereka punya jawapan yang sangat ikhlas.Nakal...

4/19/11

Lindungi Aku Dari Putus Asa

BY humble.yat IN 5 comments

Sudah beberapa kali saya dinasihatkan oleh rakan-rakan sepejabat supaya mengambil cuti rehat.Kata mereka, riak wajah saya agak "stress", penat dan macam-macam perkataan lagi.Sehinggakan saya tidak sedar ada seorang pelajar pelatih di firma saya.Tragis betul.Masih tak sempat berkenalan, memandangkan mahu susun atur amanah yang ada. Sehinggakan saat mereka memegang bahu...

Ala Sehelai Pun Dah Cukup..

BY humble.yat IN No comments

N : " Eh sekejapnya mengaji?" Tersengih  S sambil menutup Al Quran mininya seusai Maghrib. S: "Ala sehelai pun dah cukup..Hehe..Janji Baca.." N: "Isy, bacalah lagi, nanti siapa yang nak tolong tambah pahala kat sana, awak seorang diri je yang tanggung tau, dan pilih pintu mana nak masuk..hehe" Sampuk M pula, "Oo..kalau menghadap Facebook, berhelai-helai...

4/13/11

Berdepan Banduan?Takut Tak?

BY humble.yat IN No comments

Penjara Penor.Rabu dalam tahun 2008.pengalaman pertama saya dan rakan-rakan mengendalikan siasatan bersama banduan-banduan yang ingin memerlukan khidmat guaman .Satu pertemuan yang menentukan sama ada mereka mahu mengaku salah atau bicara(tidak mahu mengaku salah). Sampai sahaja di pejabat pegawai penjara, kad pengenalan, barang-barang seperti handset dan beg...

4/10/11

Biarkan Mereka Berkata-Kata...

BY humble.yat IN 4 comments

"Geram betul akak ngan diaorang tu, Ingatkan akak ni tak tau ke yang diaorang tu tengah kutuk akak?" ujarnya seorang kawan yang saya anggap seperti kakak sendiri. Sambungnya lagi, " Siap berbisik-bisik dan menjeling tu, tu yang part paling tak tahan tu.." Sambil itu kami duduk di tempat makan yang berdekatan sambil menunggu bubur nasi kegemaran kami tiba "Sabar...

4/9/11

Usikan-Usikan "Long Call"

BY humble.yat IN 2 comments

Jumaat pagi.Menghadiri Majlis Penerimaan Masuk Peguambela Dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya seorang pelatih di firma kami.Terima kasih banyak dan Tahniah buat Hidayah, kerana menyebut nama penuh akak dalam petisyen kamu sebagai penghargaan.Tak sangka pula diri ini dihargai .Cewah! Teringat pula kenangan saya dua tahun yang lepas.06.05.2009. "Pupil" bersama...

4/7/11

Kesilapan itu Membuat Kita Memperbaiki Diri

BY humble.yat IN 1 comment

 Seorang Sufi pernah bermadah: " Adakalanya kesalahan itu membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri." Tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah tidak menentu? Kadang-kadang kita seringkali menyesal jika tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan....

4/6/11

Tanggapan Pertama Itu Membuat Saya Tersenyum

BY humble.yat IN 2 comments

Lokasi Masjid, ada seorang sahabat adik saya bertanya; "Kakak kamu tu doktor yea?"Terkesima saya di situ. Oh! ada gaya doktor rupanya saya walaupun cita-cita itu tidak kesampaian. Lokasi kedua, di Mahkamah Tinggi sambil menunggu kes rayuan saya dipanggil ke dalam kamar , seorang peguam junior menegur, "Kakak ni Peguam Persekutuan yea?" Peguam junior itu...

4/5/11

Cita-citaku Setinggi Awan Tetapi Amanah Itu Harus Diteruskan

BY humble.yat IN 6 comments

Dulu-dulu ketika menuntut ilmu di menara gading, suka sangat mencontengkan nama saya dengan pangkal nama Prof. Madya, membayangkan diri di sidang parlimen dengan membentangkan usul undang -undang baru untuk kemaslahatan sejagat untuk mengembalikan perundangan Islam di tanah air tercinta. Sering kawan-kawan saya mengusulkan untuk melanjutkan "Master", katanya saya ...