12/31/10

Sambut Krismas Melalui Identiti Seorang Muslim

BY humble.yat IN 3 comments

Saya sekeluarga serba salah apabila kami dijemput jiran ke rumahnya yang menyambut Perayaan Krismas.Terfikir di hati saya, halalkah makanan yang mereka hidangkan?Bersihkah?Tetapi setelah membuat "research", saya menjumpai jawapan yang sesuai .Sahabat-sahabat semua boleh klik di sini dan di sini untuk membacanya lebih lanjut . Apa yang menggembirakan hati...

12/29/10

My Muffin =)

BY humble.yat IN 2 comments

Entri kali ini santai-santai sahaja ye.Saja nak berkongsi koleksi gambar muffin jagung  berkukus "homemade".Gambar ini sebenarnya dah lama terkunci di handphone, baru sekarang rasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua. Cara memasaknya pun mudah, ambil dari resipi Chef Haniliza.:-) Bahan-bahannya, 2 cawan tepung gandum, 1 susu teh baking powder, 1 sudu teh soda...

12/24/10

Rupanya Didikan Itu Masih Belum Sempurna

BY humble.yat IN 7 comments

Dalam diam, saya sering mengagumi keluarga yang berjaya mendidik anak-anak mereka baik dari segi bekalan duniawi ataupun ukhrawi.Apakah rahsia dan resepi mereka dalam mendidik anak-anak mereka.Apakah jenis tarbiyyah yang diberikan sedari kecil sehingga mereka dewasa. Tetapi bagaimana pula, jika sesebuah keluarga itu mempunyai seorang ayah dan ibu mithali yang tidak kurang...

12/22/10

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

BY humble.yat IN , 7 comments

Sebagai menyahut seruan "Cover Your Aurat Campaign Show Your Support" oleh Asyfiqaz, saya pasti  rata-rata semuanya mengetahui konsep aurat bagi wanita memakai tudung, dan lelaki , auratnya dari pusat ke lutut. Tapi, janganlah hanya sekadar memakai tudung untuk menutup rambut sahaja atau sebagai trend, labuhkanlah tudung dan pastikan  tudung itu tidak jarang...

12/21/10

Khabar Iman Dari Al-Zalzalah

BY humble.yat IN 7 comments

Lokasi di kelas tilawah, seorang pelajar muslimah Singapura mengalunkan bacaan surah lazim Al-Zalzalah.Bacaannya tidaklah bertaranum, cuma bacaan yang mengikut tajwid sahaja.Diikuti suara yang agak serak-serak basah. Entah kenapa tiba-tiba hati rasa sayu mendengarkan bacaannya.telalu menusuk hati.Bacaannya yang agak mendatar, membuatkan saya sempat menghayati terjemahannya.Hampir...

12/19/10

Tambang Separuh Harga

BY humble.yat IN 2 comments

Musim-musim tengkujuh begini, saya tidak punya kekuatan untuk memandu jauh seorang diri.Menaiki pengangkutan awam adalah pilihan tepat untuk saya bermusafir ke kotaraya, Kuala Lumpur.Dengan menggalas beg galas yang penuh buku dan fail peribadi bagi persediaan temuduga dan beg troli, saya berdoa supaya ada teksi untuk ke terminal tepat pada waktunya. Teksi Saga dari Encik...

Sarapan Pagi Bersama Nuur Cafe..:-)

BY humble.yat IN 5 comments

Assalamualaikum semua, Semangat pagi dari iluvislam.com;-)    Rasanya ramai yang tahu betapa pentingnya sarapan . Walau tak sempat macam mana pun, kita harus mengalas perut supaya dapat membekalkan tenaga untuk memulakan hari-hari kita.Tak kisahlah makanan apa sekalipun tapi jangalah ambil menu yang berat ye..ambil menu yang hanya untuk mengalas perut sahaja. Salah...

12/15/10

Kelayakan Peguam Syarie

BY humble.yat IN , 16 comments

Assalamualaikum wbt. Lagi dua hari, saya bakal ditemuduga sebagai Peguam Syarie Pahang .Lulus atau tidak terpulang kepada usaha dan rezeki yang ditentukan oleh Allah s.w.t, tapi apa yang saya harapkan supaya lebih ramai golongan muda memasuki dan menyahut profesion ini sebagai satu keperluan masyarakat dan bukanlah hanya memandang kepada status profession dan minat. Ini...

12/12/10

Rezeki Itu Datang Dari Allah

BY humble.yat IN 5 comments

Bulan lepas saya terpaksa berjimat-cermat selepas kereta kesayangan saya mengalami sindrom tayar bengkak.Puas saya fikir di mana puncanya.Rasanya hanya berlegar di sini sahaja. Bak kata rakan sepejabat saya, "Kereta awak lasak ke mana sampai tayar bengkak, kereta saya lagi lasak ". Dalam hati saya , terdetik untuk berkata;"Oh, asal pemandu perempuan , kereta pun tak lasak...

Halimatun Saadiah- Pemula Muqadimmah

BY humble.yat IN 2 comments

12 Disember, tarikh kelahiran adik perempuan bongsu saya, . Kami memang dilahirkan dalam bulan yang sama, Disember .Adik-adik saya yang lain kata, kami punya banyak persamaan. Anak musim tengkujuh yang mudah mengalirkan air mata T.T. Sekarang baru saya sedar, aura nama ibu susu Nabi Muhammad s.a.w itu ada dalam dirinya.Sebab apa? Sebab semua bayi dan kanak-kanak sukakan dia.Bayi...

12/10/10

Dapat Hadiah Hari Lahir..:-)

BY humble.yat IN 9 comments

Seronoknya hari ni, ingat nak cari buku ni, tapi seorang kawan menawarkan buku ini sebagai hadiah hari lahir saya..siap poslaju ke pejabat lagi.Dahla baru balik dari sambung bicara, terubat rasa letih menyalin keterangan saksi-saksi bagi membantu rakan seperjuangan saya. Tajuk buku, Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd Juoi. Sebelum ini pun saya ada koleksi bukunya.Bolehlah...

12/9/10

Bantuanku diperlukan, Sambung Bicara Di Mahkamah Sesyen!

BY humble.yat IN 3 comments

Semalam, saya telah pun dimaklumkan untuk "on-call"  untuk dua kes bicara, kes pecah amanah dan saman malu bagi membantu rakan seperjuangan saya. Perasaan?Usah cakap, sambil memandu pun terketar kaki tau.Nasib baik sebelum keluar, sempat juga "attend" klien dan menyelesaikan masalah jual beli mereka.Alhamdulilah! Inilah tempat kes-kes mahkamah tinggi dijalankan.. Tanpa...

12/7/10

Anjakan Maal Hijrah

BY humble.yat IN 2 comments

Mungkin saya sudah terlewat untuk entri Maal Hijrah, Tetapi saya yakin, belum terlambat untuk saya menyampaikan pesan-pesan yang baik buat rakan-rakan maya semua. Sempena Maal Hijrah, banyak program televisyen yang memaparkan mesej-mesej penghijrahan dari yang kurang baik kepada baik dari segi akidah, pegangan, dan ibadat. Betapa pentingnya peranan media dalam menghidupkan...

12/4/10

Nostalgia Kelahiran

BY humble.yat IN , 12 comments

Semalam 3 Disember 2010.Hari kelahiran saya.Sedih.Gembira.Takut.Semua perasaan bercampur baur.Sedih kerana telah meninggalkan usia muda. Antara Ucapan yang menarik perhatian saya , "Selamat Hari Lahir Orang Muda.." Saya balas mesej tersebut " Terima kasih, tapi saya bukan muda lagi!, bahkan usia saya sudah melangkah satu angka!"..Saya terima mesej balas."Kenapa orang muda?terharu?"..Saya...

12/2/10

Bermulanya Temuduga Bakal Peguam Syarie

BY humble.yat IN , 11 comments

Alhamdulilah, setelah sekian lama ssya menunggu surat ini.Akhirnya tiba juga.Tapi ianya terlalu cepat dan kesuntukan masa, 4 Disember 2010, tak sempat saya  hendak mengkaji lebih lanjut  enakmen-enakmen negeri tercinta.Dalam masa empat hari saya kena mengulangkaji. Menghafal dalil-dalil berkaitan dan membaca enakmen dan akta-akta bukannya satu perkara yang mudah! Saya...