Thursday, November 10, 2011

Selamat Ulangtahun Angah!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Selamat Ulangtahun Angah! 8hb November 2011.Terima kasih belanja kami tau.Sayang Angah!

Angah anak kedua.Wali saya dan adik-adik perempuan.Walaupun dia anak kedua, peranannya sama seperti anak sulung. Rajin, matang, bertanggungjawab.Kami membesar bersama-sama.Terlalu banyak kenangan saya dan Angah.Beza umur kami hanya dua tahun.Muka pun taklah serupa sangat,sebab dia berkulit cerah, mungkin hidung aje yang lebih kurang.

Angah dan saya di majlis sambut menantu saya :-)
Bila saya sedih,(kadang-kadang hanya disebabkan perkara yan remeh sahaja) dia sering mencuit hati saya dengan gurauannya.Mencuit-cuit saya, berbaring di sebelah saya sambil membuat kelakarnya.Dalam sedih itu saya tersenyum juga, tapi saya senyum sembunyi sembunyi :-P.

Ada ketika, kami bersama-sama pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas, entah kenapa hati rasa sayu dan saya menangis tanpa henti dari Kuantan ke Kuala Lumpur selepas Arwah Abah meninggal.Mungkin saya terbayang lambaian arwah abah di kaki terminal melihat bas yang kami naiki bergerak.Dan dia membeli sata dan kuih yang banyak sambil mempelawa saya.Katanya, " Akak nak sata?" mulutnya membuncit sambil makan sata tu.Saya makan satu (1) sata itu sambil menangis, tetapi hati saya mampu tersenyum kembali, walaupun Angah tak nampak saya senyum dalam hati. :-)

Isy, kalau nak diikutkan terlalu banyak kenangan kenakalan kami, didenda berdiri sebelah kaki selama dua jam, dikejar sekeliling rumah, menyorok tepi reban ayam, didenda mengaji (sambil mengaji kami menangis--salah satu kesan didikan arwah abah kepada kami). 

Fakta yang "best", kami bersekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama dalam satu tingkat, dan menyambung pengajian di pusat IPTA yang sama.Kami masih berjumpa sehingga ke universiti yang sama.Best kan?

Kalau berjalan bersama-sama di universiti, saya suruh dia jalan jauh-jauh, sebab saya bergurau, nanti takde orang nak "tackle" saya sebab ingat saya ada pakwe..:-P.tapi dia jalan dekat dekat juga, katanya "biarlah takde orang tackle akak haha!Biar takde orang berani dekat ngan akak".Nampak sifat "protective"nya :-) (Jangan perasan ye Angah :-P.Tapi Angah memang baik pun)

Saya rasa cukuplah setakat itu.Kalau nak diceritakan, memang banyak kisah kami yang belum terungkai.

Selamat ulang tahun Angah!Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan dan nasihat yang "garang" itu yek:-)


10 comments:

All about a journal said...

tetiba kompius...sape angah? yang laki ke ppn...

zahidah seran said...

kenapa ye saya rasa entry ni menyentuh hati..
bestnya ada angah yang baik...

cun09 said...

salam dik...

sedih...sedih...sedih...terasa...

buat angah :- semoga diberkati dan dirahmati oleh ALLAH sepanjang hidup ini...

suri said...

indahnya bila gurau itu tak berte[i ta[i dah kwin kena dia bwk diri huhu..sesekli dpt jumpa lepas rindu adik brdik heee

izfanora said...

1. kamu sangat cantik. subhanallah.. suka sangat senyuman itu. terlalu bahagia kelihatannya. :)

2. sama seperti adik lelaki izfa bawah izfa. mmg sgt rapat. entry nie buat izfa menangis. terlalu menyentuh hati.

Hayati A.G said...

all about journal:
hehe angah tu adik lelaki saya kak:-)

Hayati A.G said...

zahidah seran:

ni pun tulis ikut rasa hati je hehe..terima kasih dtg sini ye zahidah..:-)

Hayati A.G said...

cun 09:
kak janganlah sedih, sya cuma tulis memori terbaik sy aje hehe..:-)

ameen!:-)

Hayati A.G said...

suri:
itulah suri..rindu nak kumpul adik beradik..sebab adik beradik ni memng best1 terbaek..teamwork yang mantop!
:-) alhamdulilah:-)

Hayati A.G said...

izfa:
1.Cantik itu hanya sementara shj dari make up hehe..

tapi senyum memang tanda happy..sebab semua family ada kat situ..:)

2.ye ke..samelah kita kan?jgnlah nangis izfa...huhu..lepas ni kena senyum byk2 tau:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...