Wednesday, November 30, 2011

Kerja Yang Tertangguh

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
 

Bagaimana nak mengatasi kesibukan bekerja?Jawapan yang pasti melalui pengurusan masa yang baik, target kerja yang tepat dan niat yang ikhlas.Itu hanya pendapat saya.

Bila balik kerja, saya kisahkan kesibukan bekerja pada ibunda, tapi saya kiaskan dengan kesibukan saya di pejabat dan kesibukan dia memasak, contohnya, "Mak, ada sayur nak dipotong, dah letak atas meja, kemudian tiba-tiba ada kawan mak datang rumah, "sayur " itu ditinggalkan sebentar.Setelah habis berbual, mak pun nak sambung balik potong sayur tadi, tapi ada panggilan telefon pula, "sayur" tadi ditinggalkan, begitu juga seterusnya.." sehingga kerja yang kita target tadi tertangguh dan tak dapat disiapkan dalam masa yang kehendaki.

Macam itulah kerja saya dipejabat, hendak selesaikan satu fail, kemudian diganggu dengan yang lain, sudahnya saya tak dapat target kes yang harus diselesaikan.Huhu sedih sangat.

Tapi saya ada terbaca satu motivasi bekerja dari Dr Fadzilah Kamsah, katanya;

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
 Ada lagi kata-kata yang tidak kurang hebatnya, ambil dari blog Wan WMA,
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
 Hehe, fikir fikirkan sejauh mana keikhlasan kita bekerja..:-)

Yang penting, bekerja itu satu ibadah, ikhlaskan niat kerana Nya dan terus bersemangat untuk tunaikan segala amanah!

3 comments:

cun09 said...

salam adik kitee...

fuuushhh...berat juge yeee no 1 -7 tuuu...semoge ada dlm hati kita bekerja sbg ibadah n amanah...

apa pula pendapat adik kitee kalu kita kerja terlebih-lebih n balik umah kuarge pulak yg marah sebab kerja lebih2 sgt...sebab perkara ini ada terjadi depan mata kak liza...

Hayati A.G said...

wslm...

tulah,,sebab tu nak share kan di sini..mudah2an kerja kita dianggap ibadah olehNya...

kerja berlebih2an?hmm kene tgok pengurusan masa balik..sepatutnya tak perlu balik rumah buat kerja melainkan keadaan yang dikecualikan, tetapi jgnlah selalu diamlkan pula amalan kerja bawa balik di rumah kan?akan tiada masa berkualiti bersama family..

Hisyam Muhibah said...

apabila berada di waktu pagi, jangan menunggu waktu petang. apabila berada di waktu petang, jangan menunggu waktu pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...