6/26/14

Cuti Di Bulan Ramadhan?

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


"Apa persediaan Ramadhan umi..?", soal zauj.Tiba-tiba saya terkesima.Tak Terkata. Mahu dijawab, rasa segan.Biar diri sendiri aje yang tahu..huhu

Tetapi bagi seorang wanita, sebelum hadirnya Ramadhan, sibuk melunaskan puasa ganti kan? Meriah satu pejabat berpuasa bersama-sama, walaupun tempat bersahur dan berbukanya di rumah masing-masing.Bila tiba Rejab, Syaaban, bahkan hari Isnin dan Khamis, masing-masing riuh ajak berpuasa "berjemaah". Sebab itu penting hidup dalam jemaah, saling sokong menyokong di antara satu sama lain.

Insha Allah, semoga dipermudahkan urusan juga untuk saya dan Kak Ida mengendalikan Tadarus Al-Quran di pejabat, di samping menyemak bacaan masing-masing.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kami.

Yang  paling saya respek, ada seorang makcik yang mengendalikan kedai makan yang tak kurang meriahnya, menutup operasi sepanjang bulan puasa walaupun ketika waktu berbuka.Pekerja-pekerjnanya pun diarah tidak bekerja dan bebas mencari pendapatan masing-masing sepanjang Ramadhan.Katanya, "Makcik nak beribadah aje bulan puasa ni..sebab tak meniaga langsung bulan puasa ni.." Masha Allah..!

Saya juga sering membayangkan bahawa  hujung minggu dan malam saya dengan Al Quran, mendidik diri melalui tafsir tafsir Al Quran.Tiada lagi sibuk keluar mencari keperluan raya.Penat!

Semoga bulan Ramadhan yang hadir nanti, akan meriah dengan ibadah Lillahi Taala..

Selamat berpuasa semua untuk seluruh umat Islam....

2 inspirasi naluri :-):

Unknown said...

sy cuti...tp cuti drpd berblog jer lah..ehe

ieza ashaari said...

ramadhan yg sangat berbeza kali ni buat za bila ada darwish. terawikh sendiri kat rumah bila darwish dh tido. rindu suasana surau, tapi lebih aman tenteram solat kat rumah dengan darwish. :)