Hujung minggu lepas, kami sekeluarga dikunjungi sepupu-sepupu yang datang bercuti ke Kuantan.Nasib baik saya sempat berjumpa mereka kerana pada siang harinya, saya temankan rakan saya ke pusat servis kereta , sterengnya tak "centre". Jadi, agak lambat sampai ke rumah, kira-kira 6.30petang. Mereka semua berniat untuk bermalam di rumah kami lantaran hujan yang melanda di sini.Dalam hujan macam itu pun, sempat lagi sepupu-sepupu lelaki saya pergi memancing di Sungai Kuantan, dan malamnya kami pergi ke Teluk Chempedak sekadar mengambil angin malam.
Biasalah, kalau dah berjalan, masing-masing mulalah sakit kepala.Saya lihat seorang demi seorang memakan panadol.Kasihan betul.Sedang asyik kami menonton televisyen bersama-sama, sepupu perempuan saya bertanya, "Ada minyak angin cap kapak tak?". Kami sekeluarga tiba-tiba diam seketika.Memikirkan minyak angin cap kapak.Mana minyak angin cap kapak ya?
Rupanya, bila ditanya macam tu, baru kami sedar, kami sekeluarga jarang sakit dan menggunakan minyak angin cap kapak melainkan ubat demam, selsema dan batuk. Alhamdulilah!Ibunda saya pula jenis yang mementingkan kesihatan dan cara pemakanan kami.Agaknya itulah rahsia kami sentiasa sihat.:)
9 inspirasi naluri :-):
ooo...betul :)
menjaga kesihatan juga satu kewajipan, kan?
sihat itu sy nikmat dariNya:)
demam exam nih tergolong tak??
@zikri husaini:
demam exam demam psikologi hehe:)
Aza slalu dpt flu jer.
Jd, kena ada jugak lar
stok ubat2 luaran
dlm satu kotak
mcm antiseptik, viks,
panadol, etc (:
azza zahra:
ok jugak kiranya adalah jugak first aidnyer..dr takde mcm kitaorg...hehe:)
Minyak angin cap kapak minyak sepanjang zaman...
sllu mkn coklat trus ok tak pun tdur mesti skit akan hilang..tapi klu migren dtg kena paksa mkn ubat juga..
echam:
wah..buat iklan yerk echm:-)
suri:
suri mesti ada stok coklat byk nih..hehe
Post a Comment