2/14/11

Subhanallah! I Got A Psycho Stalker!

BY humble.yat IN 8 comments

Parkir kereta agak jauh pada hari itu.Mula menghidupkan enjin kereta,Dan tiba-tiba terpandang satu nota kecil yang terselit di "wiper" kereta.Astagfirullahalazim!Nota tulisan tangan yang berbunyi,

"Orang dah sukses (berjaya) sekarang.Tak sombong, even dah pakai kereta.Awak kenal saya.Sekarang dah tak naik bas lagi? Call Me 019-xxxxxxx & 012-xxxxxxx. kawan lama."

Cepat-cepat saya kunci kereta, bimbang ada yang menerjah nanti.Pengirim ni lelaki ke perempuan?Ada orang nak kenakan saya ke?Bila saya minta pendapat rakan-rakan saya, mereka katakan tulisan ini milik seorang lelaki, bukan perempuan.Astaghfirullahalazim!

Saya cuba bersangka baik, mungkin kawan lama perempuan saya, yang sama-sama menunggu bas ketika saya praktikal dua tahun yang lalu.Alasannya cukup kuat, sehari sebelum itu saya bertemu, dan saya mahu menghantarnya ke terminal, tetapi dia menolak dengan baik dan mahu berjalan kaki sahaja.No telefon juga saya minta, tapi dia tak ingat nombor-nombor yang mana satu.

Rupanya sangkaan saya salah!T.T.Rasa nak tukar kereta dan pejabat aja bila jadi macam ini sebab pengirim nota ini telah mengaku sendri, dia telah memerhatikan saya sudah lama, sejak saya praktikal, iaitu dua tahun yang lalu.Ya Allah, lindungi aku dari perkara-perkara yang buruk-buruk!

Kenapa dia Psycho? Ada banyak ceritanya, sehingga saya dibantu oleh seorang pegawai bank berbangsa Cina.Sehingga saya terpaksa menunggu di tempat yang agak jauh dan risikonya, saya mungkin ketinggalan bas yang terakhir!

Ibunda saya nasihatkan, jangan keluar berseorangan ke parkir kereta, minta rakan-rakan sepejabat temankan dengan menceritakan situasi yang sebenar.Ya Allah!lindungi aku dari perkara yang buruk-buruk..Amin!



8 inspirasi naluri :-):

M a W a D D a H said...

moga kamu dilindungi selalu...jangan risau..Allah bersama kamu...:)

humble.yat said...

ameennn!berdebar nak gi kerja esok T.T

yui said...

take care... jgn lupa doa bila kluar rumah

humble.yat said...

yui92:
Insha Allah..terima kasih yui..:-)

100penulis said...

sayalah psycho itu.. haa gurau je..

humbleyat, jaga diri ya. kita xtau itu sahabat atau tidak, slamat atau tidak.

nur.sa said...

take care yatt. Moga dilindungi Allah sentiasa..

humble.yat said...

100 penulis:
hu2..klu bos stalker tu, lega sket :-)..kena ada bodyguard ni...T.T

humble.yat said...

nur.sa:
amin..nak bykkan doa dan amalkan ayat2 pendinding selepas ini..Insha Alah, minta perlindungan Allah adalah cara yg terbaik..T.T