3/21/14

Pintu Taubat

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.


Kerja dan emosi memang tak dapat dipisahkan.Memanglah perlu ada profesionalism, tetapi bila ada keadaan tertentu, yang melangkaui jangkauan, emosi itu di luar kawalan.Maka, membebellah saya dan meluahkan perasaan pada zauji.

Sebaik sahaja dia mendengar luahan saya, zauji ada satu permintaan, katanya

" Kalau umi ada terjaga waktu malam, bangun dan solat taubat"

Berdesup saya mendengarnya.Sebab saya rasa terkena kerana terlalu melayan emosi amarah sendiri.

"Sebab, sekarang ni putaran bumi semakin cepat, matahari akan terbit dari barat dalam masa terdekat.."

Bagi saintis dan NASA, bila matahari terbit dari barat ia adalah satu fenomena alam.Tetapi bagi pandangan umat Islam, itu tanda pintu taubat telah tertutup.

Perkara biasa yang kita dengar bila dah akhir zaman, tapi kali ini saya betul-betul terkesan.Pintu taubat akan semakin tertutup.Adakah kita masih dapat merebut peluang itu ataupun tidak.


Maka, marilah sama-sama meminta ampun dariNYA, sentiasa beristighfar.Sentiasa berbuat amal kebaikan.Jangan menyakiti hati orang lain apatah lagi kita di zaman fitnah yang semakin berleluasa.Asalnya dari rumors, tetapi akhirnya berbunyi fitnah. Bukankah dosa menfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh?.

So, remind to yourselves and myself too.Keep it deep in your heart. And practice.

Astaghfirullahalazim..........Sayu rasanya bila mendengar doa taubat.

Nota Naluri:
Allah Itu Maha Pengampun. Di dalam hati pasti ada rasa sekelumit untuk berubah menjadi lebih baik dari sekarang.Cabarannya , ISTIQAMAH!


3 inspirasi naluri :-):

All about a journal said...

kan..macam2 hal kat tempat keje..
Allahu...
insyaAllah jom kite..

ieza ashaari said...

Sedihnya. Za kdg bila terasa hati sgt, za mmg diam je. Dlm hati ni zikir byk2 tkut menyakitkn hati org klu bersuara. Hrpnya taubat kte diterima.

Unknown said...

terima kasih kerana sentiasa mengngatkan sesama kita.sy sendiri selalu terlupa...mmg kebetulan sy sendiri dh lama xkomen kat blog ni :)