2/9/15

Idea :Living Room

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Ini adalah warna pilihan saya untuk ruang tamu setakat ini.Sejuk je rasa bila tengok warna ni kan?Takdelah nanti saya stick dengan satu warna sahaja, sebab saya ni jenis cepat bosan hehe.Bahagian langsir ruang tamu baru aje siap, jahit sendiri je .Alhamdulilah, setelah berhempas pulas hampir setiap malam selepas balik kerja di petang hari.

Langsir "in progress".Sekarang dah siap,:-) 
Bila tengok langsir yang dibuat sendiri tu tergantung dengan sempurna, rasa macam mimpi pula, dan tertanya diri balik, ye ke kita yang buat semua ni "sendiri"?Tenaga itu Semua Allah Yang Punya.;-)

Jadi kita google lagi idea yang menarik.Memang takkan jadi 100% macam yang diimpikan, Dapat sipi sipi pun jadilah, sekadar inspirasi dan idea sahaja.Yang lain kita "modified".


Simple, menarik dan sangat praktikal untuk keadaan sekarang.



Wah . Yang ini nampak unsur elegan, mewah dan menonjol.


Eh terpandang juga team biru ni. Ok jugak ni.Duduk bersila baik untuk kesihatan juga kot .


Berkenan dengan padanan warna dan kombinasi warna dinding dan langsir. Sejuk je mata memandang


Kombnasi warna ni pun menarik.Simple.

Ok.Stop .Cuci mata setakat ini sahaja..Sambung drafting agreement balik.hehe.

Lain kali update lagi.:-)

1 inspirasi naluri :-):

DYatie ABakar said...

Cantiknya.. suka tengok kombinasi warna yg yat share semua ni.. warna yg menenangkan.. rindu rumah.. huuuu..