8/4/11

Berimamkan Imam Palestin & Blackout!

BY humble.yat IN , 5 comments



Balik dari terawih malam ke empat, saya nampak anak bulan yang terang dan jelas, ditambah dengan bahang kepanasan, bintang-bintang pun jelas kelihatan, tetapi siapa tahu pada hari ini rupanya ada dua penduduk tempatan di kawasan kami menyambut seruan Ilahi.Innallilah!

Agaknya panas malam-malam ramadhan mengkiaskan betapa "panas"nya dosa kita yang ada, termasuk kisah ini, huhu..Itu baru satu cerita, belum saya ceritakan lagi kisah kantoi puasa yang lain.T.T Sedih melihat keadaan umat akhir zaman.



Malam ini juga kami berimamkan tetamu khas dari Palestin, suaranya mengalunkan ayat-ayat cinta penuh dengan seruan jihad, berbeza dengan imam cilik yang menyentuh perasaan sebelum ini. Kadang-kadang terdengar mikrofonnya berbunyi nyaring, tetapi si imam Palestin ini, terus melawan arus gangguan mikrofon dan suaranya lebih lantang kedengaran tanpa mikrofon.Allahu Akbar!

Imam ini juga menyampaikan pesan, hargailah Lailatulqadar , kerana ianya tidak terdapat pada umat yang terdahulu.Hargailah rezeki yang ada, kerana rakyat Palestin tidak bersahur dan tiada makanan yang mencukupi.Syukuri apa yang ada, kerana di sini jenazah kamu terurus, tidak seperti rakyat Palestin, mayat mereka bergelimpangan di sana sini dan tidak dapat dikebumikan atas faktor keselamatan.

Dan blackout pada malam ini (ketika saya menaip, bekalan api kembali pulih, Alhamdulillah!) membuatkan saya terfikir,kerana hanya blackout yang sekejap itu membuat kami kerimasan  dan buntu sebentar.Teringat pula pesanan Imam tadi. Harus syukur walaupun panasnya hanya sebentar cuma, bukanlah melenting menyalahkan TNB yerk..(hehe) kerana kita masih dapat melihat sinar bulan yang terang walaupun blackout bukannya cahaya letupan bom seperti di negara-negara yang berperang.:-)

Nota: Teringat memori terawih di IIUM SAS Mosque, masjid ini sentiasa "hidup" di malam hari.:-)

"Thank Allah For What You Have, Trust Allah For What You Need"



5 inspirasi naluri :-):

blog-tips-kurus said...

bila dengar pengalaman mereka, barulah kita tersedar. Alhamdulillah.. sangat bersyukur.

Anonymous said...

terawih di masjid mana?habiskan 20 rakaat ke?

humble.yat said...

blog tip kurus:
alhamdulilah, berpeluang mendengar pengalaman mereka:-)syukur!

anonynmous: hanya masjid tempatn di kawasan yang kecil shj.buat sekadar yg termampu dan menghayatinya dengan seikhlas hati.

salam perjuangan ramadhan:-)

ieza ashaari said...

seronoknya.. izfa sempat terawih mlm pertama saja. lps tue bercuti.. tp xper, abah cakap, "kamu hny menjalankan ibadah.." :)

yati, kamu dulu student uia? knl tak aini nurbaya? xsilap lah nma dia. search mawar nafastari utk blog dia, dan nafastari untuk blog arwah suami dia. izfa suka baca kisah mereka di Islamabad yg byk terdedah dgn pengebomberani mati.

humble.yat said...

izfa:
a,ah student uia..oo mawar nafas tari, itu senior dulu, tapi tak berapa kenal sangat huhu.

kisah dia mmg saya tahu..sangat menyayat hati:-)