5/27/13

Strategi & Kepentingan Jadual Harian

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Tidak dapat dinafikan, bila perubahan status dari pelajar, pelatih, bekerja, berkahwin dan ada anak, semuanya memerlukan komitmen.Bertambah status, bertambah komitmen, bertambah tanggungjawab dan masa yang makin semput untuk uruskan diri sendiri.Itu pun belum sampai tahap belajar sambil bekerja lagi.

Destinasi utama awal semester hingga sebelum final exam! [kredit]

Ok sewaktu bergelar belajar, apatah lagi pelajar jurusan undang-undang, yang sering dikenali sebagai "muka library".Ya, hampir setiap hari berkunjung ke perpustakaan.Awal awal semester, walaupun tidak sesibuk mana dan tanpa "assignment", saya mula merancang strategi keseluruhan silibus subjek sepanjang semester. mencari rujukan buku, kes dan contoh soalan peperiksaan akhir tahun.Sebab saya tahu saya bukan pelajar pintar maka saya kena rancang strategi mengikut kemampuan saya.Sekurang-kurangnya saya tidak akan rasa kecewa dengan usaha yang saya ada.

Itu tentang strategi semasa bergelar pelajar.

Strategi uruskan masa dan diri sendiri.Dah lama rasanya tak buat jadual aktiviti harian.Pernah tak tengok jadual harian macam ni?(Rasanya, perlu ada jadual praktikal untuk wanita bekerjaya pula.huhu)

Contoh jadual harian. pelajar hafiz
Ok.Mungkin ada yang kata. "bukan kita ikut pun jadual tu pun, mesti ada yang skip punya lah"

Jawapan saya, memang kita akan ter "skip" jadual tu, malah ada aktiviti dalam jadual itu kita tak ikut langsung, tapi bila adanya jadual aktiviti harian, kita akan tahu ke mana perginya masa.Atau kita telah menggunakan masa yang sebaiknya atau sebaliknya.Jadual itu adalah "guideline" kita dalam menguruskan masa.

Tapi, persoalannya, jika kita ada kerja lebih dan tak sempat nak dibuat dan dilaksanakan, macam mana pula yek?Pendapat saya, kita perlu "ganti" masa tersebut, contohnya tidur lambat dari jadual biasa kita.Jika biasanya tidur pukul 12tgh malam, lanjutkan ke satu jam, maknanya tidur pukul 1 pagi, sebab itu adalah ganti rugi buat masa yang hilang tadi!Ataupun bangun seawal empat pagi untuk membuat tugasan kita.

Lagi satu sistem countdown di planner, untuk aim berapa hari lagi ke "event day/klimaks".Kenapa penting, supaya kita peka dengan masa, dan  tugasan yang masih belum siap.Diari pun boleh guna, tapi saya guna cara kalendar/planner dan highlight countdown tu, supaya saya tak leka.Maklumlah saya ni jenis cepat teralit.Jadi itu adalah cara saya mengatasi kelemahan saya ketika itu.Contoh countdown tu macam ni.

credit to google -countdown calendar
Ruang kosong di dalam kotak , saya tuliskan countdown dengan highlight (pink, biru, hijau) yang penting nampak nombor countdown tu.

Serius, ia berkesan untuk saya ketika belajar dahulu.Sekarang saya nak cuba praktikkan dalam status saya, sebagai wanita bekerjaya punya komitmen  kepada suami, anak dan ibunda tercinta.

In Sha Allah, nanti saya kongsikan ye, supaya hidup kita akan lebih teratur

Nota Naluri:
Tengah serabut uruskan masa dan kehendak diri huhu..Akan aktif kembali ke mahkamah, aktiviti peribadi dan keluarga selepas ini.
 

2 inspirasi naluri :-):

suri said...

sy dh cuba hum..skrg jdi suri rumah, bloger, isteri,,pikir masak, amik ank ke taska hua..mmg letih..pastu handle bt tudung labuh,,kraft mmg letih tpi cuba tak skip..klu terskip gak sy tdo jer jlu hrp2 bgu awl blh buat mana2 kerja yg termiss heeee

ieza ashaari said...

dulu, masa za belajar, za wat kalendar sendiri utk alertkan diri. yg kelakarnya, member2 bilik yg alert dgn kalendar za.. hihi.. za kdg lupa tgk kalendar.. kenangan sungguh.